Pages

Saturday, August 6, 2011

Oooooo.... tak puasa yer..????

Salam readers,
Rajin la pula aku post entry pagi2 cuti yang indah ni yer..?
Semua tengak nyenyak diulit mimpi.... 
Aku ni terhiper active sampai tak boleh tidur dah lepas subuh tadi...
Lagipun, tak elok tidur lepas subuh ni kan...
Tutup pintu rezeki.... hehehhehe
Padahal, sebelum ni aku tidur tak hingat *kalau tak der class pagi lah*

Aku bukan nak bebel pasal tidur pagi semua ni, 
aku nak cerita pasal,
KEGAGALAN MENAHAN DIRI DI BULAN PUASA

haaa.... huruf beso semua... kasi jelas dan nyata...
Apa yang tidak tertahan tu...?
Aku nak share satu benda je... Bukan makan nasi, bukan minum air, bukan nak makan aiskrim...
Tetapi, ROKOK!

Cik abang sekalian,
awak tu merokok kononya jauh dari pandangan orang...
Malangnya, mataku masih dapat menangkap perbuatan kalian yer...

Paling tak boleh blah,
time tu ramadhan ke-3, di bazar ramadhan Shah Alam seksyen 13 (depan Stadium Melawati), 
dah pukul 7 ptg dah... tinggal 1/2 jam je lagi nak berbuka...
Sedang kami gembira sambil menjinjit juadah berbuka puasa, 
didepan aku ni ada la minah yang "sopan sungguh tak terkata"...
Berbekalkan seluar pendek atas lutut, baju ketat sambil menjinjit juga juadah berbuka puasa...

Si mamat dalam kereta berdekatan tu memang nampak sangat lah memandang ke arah gadis sopan berkenaan.... Dalam hati aku, 
"Hai la mamat ni... Tak boleh menahan ke nafsu pandangan tu...?"
Bila kami dah hampir dengan kereta dia (dia pakai perdana), 
aku hampir2 ternganga bila nampak rokok di bibir dia...
Muka bangga merokok di dalam kereta sambil kami perhatikan dia...
Yang aku tak tahan, bila aku pandang dia lama, dia pandang aku sambil dahi ke depan, mata ke atas dahi...
Eh... cane nak cakap eh... heheeh... susah nak explain....

Tak malukah anda wahai lelaki,
sedangkan kanak2, sebagai contoh sepupuku,
baru umur 4 TAHUN, tetapi dia berjaya sempurnakan puasa dia setakat ini...
Alhamdulillah.... Ni dah tua bin bangka,
bulu sana sini.... Masih lagi tak boleh nak tahan nafsu berasap tu...

Aku ingatkan di situ je aku dapat tengok free show merokok di bulan puasa...
Semalam aku balik kampung...
Dah pukul 7 ptg (sama la pulak timing tu),
aku nampak sekumpulan pemuda kampung dekat tepi simpang kilang sawit (dekat dengan sekolah seri jengka....)
Selumber tapir je mereka2 ini merokok sambil bergelak ketawa....
Aku tak tau nak cakap apa dah...
Masing2 dah besar....
Rasanya kalau mak ayah tak cukup memberi didikan,
di sekolah, para guru dah tentu memberikan sepenuh didikan yang sepatutnya...
SENDIRI MAU INGAT yer...!




Hebat lah budak ni, sehari 40 batang rokok dia bedal!
Bankrupt bapak dia... lulz

 




Ezfa: Sayangi-lah organ dalaman anda.... Kerana kita lahir Allah s.w.t sudah anugrahkan cukup sifatnya....


Salam sayang,
-Ezfa-

No comments:

Post a Comment