Posts

Showing posts from April, 2009

Sayangilah.......dan hargailah....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini: -Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu sur...

Sumbangan plis En.Lamin......

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin. En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....? Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini. En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya? Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak.. En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan? Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.(sebelum tok peng...

Korang mungkin tak sengaja......tp.....jgn ngada-ngada...

1)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa. 2)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam. 3)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja. 4)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga. 5)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam do...

Kisah Hidupku.......

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ter...

Loceng yg amat misteri....huhuhuhuh

Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang disana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yg berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yg ditugaskan untuk menolong keluarga miskinseperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yg berisi loceng kecik."Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar" jelas Tajudin."Ah?????? dapat duit 1 juta???....klakkar ke apa? Ko ingat kita nie bebudak ye?" Majid bersuara."Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu....tapi....di saat awak bunyikkan loceng itu, seseo...

Kelebihan kalimah Bismillah......

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi) 3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( Q...
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya. Lelaki tua : Siapa disini yang ada burung? Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah. Bukan itu maksud saya.Lalu di ajukan soalan yang lain.. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung? Maka seluruh penduduk wanita berdiri.Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung . Maaf, bukan itu maksud saya. Sekali lagi dia cuba bertanya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya. Separuh penduduk wanita berdiri.Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi. Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya? Lalu isteri lelaki itu pun pun ...

Rahsia Wanita Melalui Bulan Kelahiran

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran Januari- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja Febuari- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta Mac- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian. April-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut Mei-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki. Jun - banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekal...

Mana isteri saya mak....????

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. ...

E-mail untuk isteri tersayang....

Seorang lelaki tlh menginap di sebuah hotel di kl.Terdapat sebuah komputer di bilik hotel itu.Dia pun mengambil keputusan utk menghantar e-mail kpd isterinya.malangnya,dia tlh tersalah taip alamat e-mail isterinya..tanpa menyedari kesilapan itu ..dia pun terus menghantar e-mail tersebut.... Di sebuah rumah, di Kedah..seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya..Janda itu mengambil keputusan utk menyemak e-mailnya utk melihat sekiranya terdapat mesej dpd saudara-mara dan teman2.selepas membaca e-mail pertama janda itu pengsan.. anak lelakinya bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai....Dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer: To: isteri kesayanganku Date: 13 April 2009 Subject: Abg telah selamat sampai Abg tahu syg pasti terkejut dgn kehadiran mesej ini.Mereka tlh menyediakan komputer di sini,dan kita blh menghantar e-mail kpd sesiapa shj terutama insan tersayang...Abg tlh selamat sampai dan tlh menginap dgn a...

Contoh doa yang terbaik....

Nikmat yang Allah karuniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersamaan rezeki yang Allah curahkan kepada kita, jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersamaan kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Hanya saja, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyedari besarnya kurnia tersebut. Doa yang kita mohonkan kepada Allah terbahagi kepada 3 tingkat: 1) Doa meminta dunia.Inilah doa dengan tingkatan "terendah". Dalam doa ini, tidak ada yang kita minta selain dunia, termasuk minta harta berlimpah, minta kedudukan, minta berjaya dalam bisnes atau pekerjaan, minta jodoh, dsb. Tidak salah kita berdoa seperti ini, bahkan dianjurkan dan bernilai pahala. 2) Doa minta pahala.Pada tingkatan kedua ini kita meminta agar Allah SWT membalas semua kebaikan kita dengan balasan berlipat ganda. Puncaknya, kita meminta dimasukkan ke dalam syurga da...

Antara waktu tidur yang terlarang.......

Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat. Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit denganperempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja. Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan: 1) Akal menjadi lemah 2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncanga...

Adakah menonton filem porno berdosa.....?

Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan orang-orang beriman untuk menjaga pandangan dari melihat aurat atau kehormatan orang lain, sebagaimana firman Allah swtErtinya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur : 30 – 31)Senada dengan ayat diatas, Nabi saw juga telah melarang seseorang melihat aurat orang lain walaupun seorang laki-laki terhadap laki-laki yang lain atau seorang wanita terhadap wanita yang lain baik dengan syahwat maupun tanpa syahwat, sebagaimana sabdanya saw,”Janganlah seorang laki-laki melihat aurat laki-laki (lain) dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita (lain). Jangan...

Angelina Jolie akan melawat Malaysia...!!!!!!!!

Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang dilalui oleh Angelina tempoh hari."Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan anak kami".Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat....

Hafal dan amalkanlah.....insyaallah....

Ni ada sikit amalan yang sepatutnya kita amalkan dari dulu lagi.........Segala amalan yang kita lakukan, insyaallah diberi ganjaran yang besar oleh Allah s.w.t.....insyaallah... Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. >>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. >>> >>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. >>> >>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. >>> >>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang. >>> >>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. >>> >>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian. >>> >>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang d...

Pengajaran Dari Penampar....

Assalamualaikum kawan-kawan.... Lama betul sy x update blog nih...Sibuk la...ni dah sem 2....Cowy....Insyaallah, sy ada bnyak cerita untuk dikongsi dgn korang sume...huhuhuuh.... Ini ada la citer set pasal penampar....Slamat membaca...huhuhuhu... Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu! Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah. Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan...