Dilemma anak sulung perempuan
Assalamualaikum my dear readers. MashaAllah lamanya ku biarkan blog kesayangan ni bersawang 😅 Last posting tentang pengalaman menunaikan umrah pada tahun 2013. Alhamdulillah masih sihat tubuh badan hari ni (walaupun baru lepas kebah demam minggu ni dek penangan 3rd dose booster vaccine Pfizer - insyaAllah nanti akan dikongsikan di ruangan posting yang lain). Posting pertama selepas 8 tahun yang kuberi nama dilemma anak sulung perempuan. Sebenarnya dah lama terpendam di dalam hati. Sejak 3-4 tahun ni dan adik2 semakin membesar, terasa beban di bahu sedikit terasa. Terutama bila ia berkaitan tentang urusan jodoh dan perkahwinan. Sehingga hari ni, 31 tahun aku masih belum pernah berkahwin. Dan adik2 semuanya perempuan tidaklah jauh bezanya dengan usia aku, juga masih belum berkahwin. Fasa usia mencari jodoh kata orang kata. Aku mendapat khabar berita, ada adikku yg bercinta dengan pak arab baru2 ni. Perkara pertama yang aku lakukan, tepuk dahi 🤦🏻♀️ Benar, nak berkahwi...