Posts

Showing posts from 2011

11 hari dalam wad di DEMC

Image
Salam buat semua pembaca.... Sekejap je rasa dah 11 hari aku berkubang di wad kat hospital ni... Awal 2 hari pertama di hospital, tak keruan rasanya.. Pandang dinding tak kena,  pandang syiling tak kena, tengok tv lagi tak kena... terasa sangat....sangat....sangat.... BOSAN! Beberapa hari selepas tu, baru la boleh adapt dengan wad ni.... Sepanjang aku berada kat sini, alhamdulillah, ramai teman2 yang datang memberikan sokongan moral.... Malah, sahabat baikku, Tasha, Mimi dan Fira kerap bertandang ke mari.... Aku pulak rasa serba salah... Diorang pun ada tugasan dan tanggungjawab lain.... Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi temanku dunia akhirat ini.... Sayangggg sangat kat korang.... ^^, Kiri: cik mimi, cik fira, cik ezfa dan cik tasha Bagi yang telah bertandang ke wad saya dari mula2 saya masuk wad sampai ke semalam, Teha, Moon, Mariam, Ainul, Nawwar, Mimi, Sue, Afiq, Syireen, Nana, Andi, Nia, sahabat baik saya dari sekolah menengah dulu, Ashikin dan kawannya dari UITM......

Apa itu Mycoplasma Pneumonia and Escherichia Coli (E.Coli)

Image
Salam dear readers dan selamat tengah hari.... Tik tok tik tok dah 10 hari aku "berkubang" di Darul Ehsan Medical Center (DEMC).... Perkara yang sama aku buat hampir setiap hari... Ringkasan jadual: 5am - Nurse kejut untuk ambil tekanan darah, bagi antibiotic, ambil darah/ urine sample / stool sample and amik suhu badan... 8am - Nurse hantar breakfast, cuci bilik, aku amik sarapan... 10am - Doctor and nurse datang untuk buat pemantauan kat aku, amik tekanan darah, suhu badan, explain sana sini :) 12pm - Nurse hantar lunch, aku makan, lepas makan terbongkang atas katil :P 2pm - Nurse datang ambil tekanan darah, suhu badan and bagi ubat demam n batuk.... 5pm - Nurse and doctor datang lagi untuk ambil tekanan darah, suhu badan dan check breathing aku... 6pm - Nurse hantar dinner, aku melantak lagi.. 8pm - Nurse datang ambil tekanan darah and suhu badan... dan seterusnya berulang.... ulang.... dan ulang.... 5 hari pertama memang wajib setiap hari ambil urine sample and blood s...

Demam, menggigil dan sakit sendi

Image
Salam readers.... Post hari ni aku nak share pasal demam.... JANGAN ambil mudah pasal demam... Aku kena demam da lebih 2 minggu.... Before this da 2 kali jumpa doctor kt Temerloh....  Rasa geram sungguh dengan doc yang bertugas tu... Yang first, tanya sakit apa sambil sms.... Yang second, mulut doc tu berat je nak tanya detail kt kita... Aku pula yang membebel panjang... Last2, 2-2 antibiotic dari doc2 tu tak jalan dengan aku... Seksanya la menanggung sakit... Awal subuh, sakit sendi dari pinggang ke kaki... Kalau berjalan nak ke toilet tu da macam orang dalam pantang bersalin.... Masuk pukul 10 lebih, dah kuat sikit badan ni... Tapi kuat ni tak bertahan lama.... Kalau petang hujan (pulak sekarang memang musim hujan),  lutut ni da start menggeleter... Jari-jemari sejuk... Bila rasa kat pipi, panas bukan main lagi... Berbungkus aku macam zombi atas katil setiap kali lepas isyak setiap malam... Hari ni, aku tekad nak pegi hospital pakar... dekat DEMC, specialist kt Shah Alam....

Short post: Tekanan

Salam readers.... Short post utk hari ni, aku nak mengadu pasal tekanan.... Banyaknya tekanan yang aku dapat lately... Nama je cuti... Sakit kat kepala ni Allah s.w.t je yg tahu... Atas,  Bawah, Kiri, Kanan... Semuanya tekanan buat aku... Sesak rasanya dada ni nak bernafas... Senaknya otak ini tika memikirkannya... Hanya pada Allah tempat aku mengadu... Tiada yg lain.... Baik mama, abah, adik2 atau kawan2... Aku tak mahu give up.... Tidak sekali2...

Short post: Setahun ini....

Salam readers... Sikit je aku nak post... Alhamdulillah... "Setahun" sudah :) Insyaallah, nanti aku ceritakan ^^,

Seronoknya balik raya 2011

Image
Salam di tengah malam yang dingin semua! Esok hari apa..?? RABU!!! Yeay....  Kenapa aku exited semacam nak balik raya kali ni..? 1. Sebab beli banyak handbag kat sogo..? NOPE! 2. Sebab nak bawa balik banyak baju kotor..? NOPE! Pemalas la ezfa nih! 3. Sebab esok ko sampai rumah lambat sebab ko bertolak kul 6 dari shah alam? NOPE!  4. Sebab aku nak ketuk kepala ko sebab.... sebab.... "heheheheh.... jangan marah mak" Al-kisah,  Perkara yang aku idam-idamkan selama ini... Ce teka.... Ce teka.... OK! Enough with the guessing.... Kerana, Kini, aku punyai kad TOUCH N GO sendiri- berhad! Touch n go special punya :) Aku penah survey harga untuk buat kad touch and go kat pluss.... Akak tu cakap, RM70... Mak aih.... Mahal bebeno.... Koi tak cukup budget... hehehehe Nak dijadikan cerita, rezeki ramadhan gamoknya.... Aku nak beli makanan untuk berbuka... Sekali ada abang-abang kad touch n go promote kat aku... "Dik, mai beli kad touch n go untuk balik ...

HAZAMI - Mungkir bahagia

Image
Dihimpit dicengkam rindu ini Gerimis duka ku Menggamit kenangan silam Resah dan pilu menghampiri Sunyinya malamku kelam Pedih kemelut cinta Dingin kelu bicara Tuk mengungkap rindu (Korus) Sayang ku mungkir pada kejujuranmu Menolak segala bahgia dihadapanku Kasihku mungkir pada kata janjiku Berlari aku jauh dari cintamu Ku kesali Dihanyut dilambung ombak lara Sepiku berkelana Melayari jiwa nestapa Menggagahi rasa kesayuan Leburlah harapan cinta Namun kesetiaanmu Kugenggam bagai hukuman Mengheret langkahku (Ulang korus 2x) Maafkan daku Kekasih hati cinta kita berakhir Maafkan daku Kerna ku memungkirinya Maafkan daku Kekasih hati cinta jadi begini Maafkan daku Ku mungkir bahagia Salam readers.... Kenapa aku tiba-tiba post lirik lagu ni..? Aku tengah dengar Sinar fm sambil kemas-kemas barang nak balik raya.... Elok-elok aku tengah dengar lagu raya tu, tiba-tiba masuk lagu ni... Menusuk kalbu weih.... Sabo je lah! Sambil dengar lagu dari Hazami ni,  Terkenan...

Akan Datang..... Hulma Rania

Image
Salam readers, Akan datang, HULMA RANIA :) Siapa Hulma Rania...? Artis ke..? Oh NO NO NO! Tak suke artis-artis ni :P Bakal doctor ke..? Insyaallah Bakal engineer ke..? Insyaallah Bakal mengharumkan nama negara ke..? Insyaallah Mula-mula berita mengenai akan datangnya si Hulma Rania ni aku sambut dengan dingin! Aku tak suka.... Aku rasa macam ramai sangat dah.... Serabut! Sebabnya mengenangkan sikap si Nurin and Niqa yang memang suka naikkan darah aku.... Tapi, melihatkan bonda bersungguh-sungguh.... Doanya tak putus-putus.... Aku mula redha... Tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada bonda... Tak mahu bonda rasa tersisih... Tak mahu bonda rasa terbeban dengan ketidak-puas hati kami semua... Sekarang, 5 bulan sudah si Hulma Rania ni terpelihara bersama bondanya.... Hanya kadang-kadang kami bermain dengannya... Pada mulannya kami memanggilnya dengan panggilan Muhammad Auzaie... Dengan harapan si Putera pula peneman setia.... Insyaallah... Dengan semangat bonda,  akan datangn...

Raya vs. orang mulut becok sibuk bertanya!

Image
Salam buat readers.... Agaknya kenapa yer aku buat headline macam kat atas tu.... Sebabnya, selama 21 tahun aku bernafas, aku lemas dengan segala pertanyaan si polan bin ponpon....  KENAPA..??? Yang aku geram-nya, soklan2 cepu mas timah semua dia nak tanya bila aku balik kampung, nak bercuti.... Kita mood tengah baik, ko bak datang sini, hilang terus mood aku.... DOWN giler! Cik Polan oiii, aku bukanlah manusia sempurna macam ko....  "Belajar sampai over the sea" "Pointer ko 4.0 sokmo" "Muke ko cantik and kacak tak hengat!" "Ko kaye giler sampai rumah ko ley lawan tingginya rumah kat Dubai tu" "Suara ko sedap sampai semua orang mabuk kepayang kat ko" "Ko masak sedap giler... sampai semua orang nak makan ko lah pasal tak cukup" *kenapa aku letak tanya kat atas.... Ala.... Macam TANGAN KE DADA, MATA KE ATAS TU! Paham-paham je lah...* Sebagai contoh.... 1. Aku nak ambil UPSR...*tahun 2002* Si polan: Eh k.long dapat berapa A...

Oooooo.... tak puasa yer..????

Image
Salam readers, Rajin la pula aku post entry pagi2 cuti yang indah ni yer..? Semua tengak nyenyak diulit mimpi....  Aku ni terhiper active sampai tak boleh tidur dah lepas subuh tadi... Lagipun, tak elok tidur lepas subuh ni kan... Tutup pintu rezeki.... hehehhehe Padahal, sebelum ni aku tidur tak hingat *kalau tak der class pagi lah* Aku bukan nak bebel pasal tidur pagi semua ni,  aku nak cerita pasal, KEGAGALAN MENAHAN DIRI DI BULAN PUASA haaa.... huruf beso semua... kasi jelas dan nyata... Apa yang tidak tertahan tu...? Aku nak share satu benda je... Bukan makan nasi, bukan minum air, bukan nak makan aiskrim... Tetapi, ROKOK! Cik abang sekalian, awak tu merokok kononya jauh dari pandangan orang... Malangnya, mataku masih dapat menangkap perbuatan kalian yer... Paling tak boleh blah, time tu ramadhan ke-3, di bazar ramadhan Shah Alam seksyen 13 (depan Stadium Melawati),  dah pukul 7 ptg dah... tinggal 1/2 jam je lagi nak berbuka... Sedang kami gembira sambil menjinj...

PTPTN oh PTPTN!!!

Image
Salam readers, Baru tadi aku share post ucapan selamat menyambut bulan ramadhan... Post yang ni aku nak bebel pasal PTPTN aku.... *tak abis2 lagi nak dibebel pasal ni...hehehhe* Minggu lepas, sebelum ramadhan, akhirnya aku dapat juga hantar agreement ptptn tu.... Setelah setahun setengah terkandas di tengah jalan.... Walaupun terpaksa menelan air liur yang tak sedap ni kerana, aku kena bayar sendiri RM30,000.00......!!! Wuhuhuhuhuh...... Mula2 sampai berdenyut2 kepala ni nak pikir mana aku nak cekau duit ni..???? Nak gadai laptop, barang kemas yang tak berapa nak kemas, kamera, handphone, ape lagi... Tak cukup..... Dengan penuh rasa rendah diri, aku call mama... Setelah pot pet pot pet dekat 1/2 jam bercakap, kata2 dari mama tersayang melegakan urat tengkuk yang dah menegang ni.... Actually, sebelum ni dah bayar RM15k..... Aku bayar ansur2 setiap bulan RM1k..... Kiranya bila dicampur jumlah semua, RM45k..... Wooohohoohoh...... Banyak tu!  Punya duit pinjaman aku diberi separuh ...