11 hari dalam wad di DEMC
Salam buat semua pembaca.... Sekejap je rasa dah 11 hari aku berkubang di wad kat hospital ni... Awal 2 hari pertama di hospital, tak keruan rasanya.. Pandang dinding tak kena, pandang syiling tak kena, tengok tv lagi tak kena... terasa sangat....sangat....sangat.... BOSAN! Beberapa hari selepas tu, baru la boleh adapt dengan wad ni.... Sepanjang aku berada kat sini, alhamdulillah, ramai teman2 yang datang memberikan sokongan moral.... Malah, sahabat baikku, Tasha, Mimi dan Fira kerap bertandang ke mari.... Aku pulak rasa serba salah... Diorang pun ada tugasan dan tanggungjawab lain.... Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi temanku dunia akhirat ini.... Sayangggg sangat kat korang.... ^^, Kiri: cik mimi, cik fira, cik ezfa dan cik tasha Bagi yang telah bertandang ke wad saya dari mula2 saya masuk wad sampai ke semalam, Teha, Moon, Mariam, Ainul, Nawwar, Mimi, Sue, Afiq, Syireen, Nana, Andi, Nia, sahabat baik saya dari sekolah menengah dulu, Ashikin dan kawannya dari UITM......