Salam readers, Alhamdulillah kita menghampiri pertengahan tahun 2026. Aku percaya, banyak kisah yang kita telah harungi beberapa ketika ini. Yang berdepan ujian. Yang menikmati kebahagiaan. Yang sedang berusaha untuk perbaiki masa lampau. Semoga semuanya dipermudahkan. Aku tak terkecuali. Dan aku menggelarkan ujian ini sebagai 'mid-life crisis'. Sesuai dengan usiaku yang bakal menginjak 36 tahun bulan depan. Saban hari berperang dengan perasaan dan emosi sendiri. Malah jasad juga kadang kala sakit itu ini. Ada masa kita boleh rasa positive tu. Bila menjunam ke dasar, Allah saja tahu perasaannya. Aku akan cuba menggunakan platform blogger yang dah terlalu lama bersarang ini untuk aku 'brain-dump' segala isi dan luahan hati. Tapi focus aku lebih kepada idea yang mungkin boleh jadi pencetus jalan untuk penulisanku kelak. Antara topic yang aku plan nak share InsyaAllah akan datang. 1. Cinta antara benua 2. Keluarga 3. Kesihatan - Kanser tiroid 4. Waktu puncak kerjaya - pl...
Posts
Dilemma anak sulung perempuan
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum my dear readers. MashaAllah lamanya ku biarkan blog kesayangan ni bersawang 😅 Last posting tentang pengalaman menunaikan umrah pada tahun 2013. Alhamdulillah masih sihat tubuh badan hari ni (walaupun baru lepas kebah demam minggu ni dek penangan 3rd dose booster vaccine Pfizer - insyaAllah nanti akan dikongsikan di ruangan posting yang lain). Posting pertama selepas 8 tahun yang kuberi nama dilemma anak sulung perempuan. Sebenarnya dah lama terpendam di dalam hati. Sejak 3-4 tahun ni dan adik2 semakin membesar, terasa beban di bahu sedikit terasa. Terutama bila ia berkaitan tentang urusan jodoh dan perkahwinan. Sehingga hari ni, 31 tahun aku masih belum pernah berkahwin. Dan adik2 semuanya perempuan tidaklah jauh bezanya dengan usia aku, juga masih belum berkahwin. Fasa usia mencari jodoh kata orang kata. Aku mendapat khabar berita, ada adikku yg bercinta dengan pak arab baru2 ni. Perkara pertama yang aku lakukan, tepuk dahi 🤦🏻♀️ Benar, nak berkahwi...
Pengalaman UMRAH 2012: Persiapan mental dan fizikal
- Get link
- X
- Other Apps
Salam buat pembaca blog Merah ni :) Punya la tertangguh lama post pasal umrah ni... Busy sangat di final semester (final year) ni haa.... Kalau tajuk sebelum ni, (boleh klik pada link di bawah) PENGALAMAN UMRAH 2012: BERITA GEMBIRA Kali ni tajuknya ~ PENGALAMAN UMRAH 2012: Persiapan mental dan fizikal Mental ~ Jiwa, rohani, perasaan, metaliti kita... Fizikal ~ Jasmani, badan kita 2 benda ni kalau berkerjasama, Insya Allah, kita akan jadi kuat! Kuat menempuh dugaan dan halangan... Kuat menahan hawa nafsu... Kuat melawan gelora perasaan dan jiwa kacau.. Dan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini, Aku tak ketinggalan untuk menyediakan mental dan fizikalku untuk ke sana... Dari segi mental, aku banyak mendapat panduan dan nasihat dari orang terdekat, malah ada buku2, dan blog dari orang lain yang berkongsi pengalaman umrahnya di alam maya ni... Dari situ aku belajar banyak perkara... Terima kasih blogger! Syukran :) Dari segi fizikal, aku pastikan aku b...
Pengalaman UMRAH 2012: Berita gembira
- Get link
- X
- Other Apps
Madinah airport: Syukur kami selamat mendarat :) Salam readers... 6-18 Julai 2012 lepas aku selamat menunaikan umrah buat pertama kalinya! Syukur sangat2 diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana... Perasaan kat sana.... sayu, sangat gembira, sangat teruja! Sayu kerana mengenangkan dosa2 lampau kita.... Sangat gembira kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki di sana dan beribadah dengan penuh rasa syukur! Alhamdulillah.... Sangat teruja ketika melawat makan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.... teruja mengelilingi kaabah (tawaf)... Allahuakhbar! Tapi, untuk ke sana, bukanlah sesenang ABC untuk aku pergi... Seribu satu ujian yang aku dapat.... Dari menguji hati perasaan.... mental.... sehingga lah fizikal aku... Dan Allah juga menguji tahap kesihatan aku... Sepanjang tahun 2011 & 2012 adalah tahun aku kerap sakit... Antibiotic dah macam2 jenis masuk dalam badan ni... Cerita bagaimana aku boleh terpanggil untuk mengikuti umrah bersama lecturers dan ...