Pages

Saturday, November 3, 2012

Gangguan makhluk ghaib (part1)

Salam readers....
Sambil menaip utk berkongsi cerita ni, aku masih lagi menahan sakit di dalam telinga ni...
Kalau semalam sakitnya di sebelah kiri, hari ni aku kena ke kanan pulak. 
Haih...Sabo je lah menahan sakit bila dah nak habis cuti semester ni...
Tapi, di sebalik kisah sakit telinga ni, semuanya bermula hari aku pergi "berubat" dengan seorang ustaz di bandar ni. (Ahad lepas)

Saat kaki ni nak melangkah tangga tempat berubat tu, 
draaapppp!! 
Terasa telinga kiri ni mencucuk2 sakitnya...
Aku dakap telinga dengan tangan kiri aku....
"Mama, tak nak pegi....." 
"Tak payah nak mengada.... mandi sekejap je.."
"Telinga kaklong sakitlaaaa...." Rasa malas sangat nak melangkah ke sana....

Sampai ke sana, kami berjumpa dulu dengan pembantu ustaz. Akak tu handle orang yang nak mandi ais dekat tempat rawatan...
Dia suruh aku mandi biasa dulu, kemudian dia yang akan jiruskan ais. Lepas tu baru boleh buat rawatan dengan ustaz....
Aku dan mama angguk je...

Dekat tempat mandi tu,
akak tu suruh aku bersihkan badan, dan ratakan sabun yang disediakan...
Sabun tu warna hijau... Bau macam serai wangi...
Sapu rata, dan biar sampai meresap...
Kemudian baru bilas...
Siap membilas, aku panggil akak tu...
Makk aih, sebesen ais dengan air kaler hijau..
Bau limau, serai dengan apa tah...
Kuat jugak bau dia....

"Bismillah....." Akak tu mula menjirus mula dari atas kepala aku...
Kaki aku dilunjurkan ke depan...
Terasa sentakan di setiap urat nadi ni...
Setiap jirusan ais tu akak tu baca Bismillahillazi...
Dan setiap jirusan tu lah urat kat kepala ni menyentak2...
Sakit sangat!!
Sakit tu bukan kerana ais... 
Lain sakitnya....
Susah nak gambarkan kalau korang tak pernah rasa (sakit ni berdasarkan gangguan yang ada dalam diri sendiri)
Semakin kuat rasa sentakan dan tegang di seluruh badan,
makin kuat akak tu baca.....

Siap mandi ais, akak tu pesan jangan lap air yang mengalir kat badan ni..
Biarkan ia meresap sendiri....
Kalau ada benda tak kena, senang nak buat rawatan nanti...
Aku angguk je...
Akak tu macam tau yang aku rasa sakit kat kepala ni..
Rasa macam melayang je badan ni...
"Adik ada rasa pening atau sakit kepala tak..?"
"Ada...."
"Tak pe... kejap lagi jumpa ustaz"
Aku senyum je...

Tunggu giliran kat ruang tengah tu, 
sebab aku pergi dengan mak sedara...
Mama dgn nde nyai ada kat dalam...
Siap turn diorang, aku dipanggil masuk...

Berdebar jugak...
'Tolong la jgn jadi benda pelik2' 
Rawatan bermula dengan angah...
Seorang perawat perempuan yang "scan" angah dulu....
Bacaan ayat al-quran dibaca kejap kuat kejap slow...
Aku pun tak tahu kenapa....
Siap bacaan dibuat, dia tepuk belakang angah,
"Kuat semangat budak ni...bagus..... kuat semangat dia..."
Angah tersengih je....*suke la org puji*

Turn aku pulak...
Kalau tadi bacaan dibuat untuk angah, 
kejap kuat kejap slow, dengan aku lagi teruk...
Agak lama dia baca dengan kuat...
Lepas tu, ustazah tu raup muka aku, dan dibaca bismillahillazi lagi sekali..
Aku rasa tak sedap hati dah...

Ustaz masuk...
Ustazah tu bagitau ustaz,
"Ustaz, ada benda tak kena dengan budak ni... satu badan saya rasa panas..... ustaz tengokkan.."
Aku pandang mama.... Mama apa lagi,
"Kan mama dah cakap... tu tak nak pegi lagi berubat...."
Aaaahhh... Rasa nak lari pun ada....





Akan disambung sebentar lagi...
Ada keje sikit :)

Salam sayang,
-Ezfa-

No comments:

Post a Comment