Pages

Tuesday, September 14, 2010

Resipi Mee Kung Fu (Cara Ezfa)

Salam semua.....
Ari ni aku nak share dgn korang resipi yg mudah utk dibuat and sedap untuk dimakan esp mereka yg diet or antu sayur...huhuhu

Bila seminggu lebey duk kat umah nih, teringin la pula nak makan kuey tiaw kungfu, tapi tadi cari kt dalam peti kuey tiaw tak de... Mee kuning je ada... So, layan je la masak... At the end, sedap jer...huhuhu


Bahan2:

  • 1 mangkuk kecil mee kuning

  • 1 biji telur ayam gred A

  • Seketul dada ayam dipotong dadu

  • 1 batang fish-cake

  • Semangkuk kecik sayur kubis dipotong kasar

  • 1 batang sayur jagung

  • Sedikit sayur brokoli dan bunga kubis

  • 1 sudu teh serbuk lada putih

  • 1 sudu teh sos tiram

  • 1/2 sudu makan garam

  • Beberapa titis minyak bijan (jangan lebih dari 5 titis sebab tak mau kuah berbau tengik bijan)

  • 1 sudu teh tepung jagung

  • 1 cawan air masak biasa (tak sejuk or panas)

  • 1 biji bawang merah and putih (dicincang hancur)

  • 1 sudip besar minyak masak (untuk kegunaan menggoreng mee yang dicelup telur)

  • 5 biji cili siam (kalau suka pedas, lebihkan cili ikut citarasa)-cili ditumbuk separuh hancur.

Cara membuatnya:

  • Mula2, Celupkan mee kuning kedalam telur yang sudah dipukul. Then,panaskan kuali dan masukkan 1 sudip besar minyak masak ke dalam kuali. Angkat mee dari celupan telur, dan goreng ke dalam kuali. Jangan tuang lebihan telur ke dalam mee yg digoreng kerana ia akan digunakan untuk sup.

  • Sentiasa membalik-kan mee yang digoreng agar sekata. Angkat apabila mee sudah kelihatan garing (tapi, jangan terlebih garing, takut liat...huhuh). Kemudian toskan minyak.

  • Kemudian, langkah untuk membuat sup. Buangkan lebihan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak hanya tinggal sebanyak 2 sudu makan.

  • Tumis bawang, setelah naik bau, masukkan ayam, fish-cake. Kacau sehingga agak garing.

  • Masukkan sayur, kacau sekata. Kemudian masukkan serbuk lada putih, sos tiram, garam, minyak bijan,dan masukkan cili dan tak lupa, masukkan lebihan telur ke dalam masakan. Kacau sekata.

  • Lastly, buat bancuhan tepung jangung dengan satu cawan air masak. Pastikan tiada ketulan tepung di dalam bancuhan. Tuangkan ke dalam kuali. Kacau sup sekata. Apabila sup kelihatan likat, dan telah naik bau, angkat sup ke dalam mangkuk.
p/s: Pastikan jangan biarkan sup dikacau terlalu lama di atas api. Tak mau zat dari sayur hilang....

SIAP!!! Cara nak makannya, tuang sup ke atas mee yg digoreng tadi. Cuba-lah.... dan selamat menjamu selera..... ^-^
Kalau dah cuba, sila2 la komen sana sini.....

P/s: Lagi satu, kita boleh gantikan ayam to sotong, udang, or even daging... Ikut selera masing2.. Tadi saya jumpa ayam jer dalam peti...huhuhuh =)

No comments:

Post a Comment