Pages

Wednesday, May 9, 2012

Duhai Hati :(

Salam readers....
Pagi-pagi tadi lagi aku dikejutkan dengan panggilan telifon...
Cukuplah jika aku tidak menyatakan nama dan siapa mereka...
Yang pasti.. Hati aku cukup tercalar kini...

Tercalar dan pasti meninggalkan parutnya...
Kerana orang yang saya sangat sayang turut terluka dan tercalar perasaannya...

Ya Allah...
Apa silapnya orang yang saya sayang itu..
Sehinggakan perasaannya terguris begitu rupa...
Ramai yg tertipu dengan lakonan bahagianya...
Sedangkan dalam sungguh lukanya...

Kisah ini masih baru...
Mungkin juga telah lama...
Kerana aku buta tanda2...
Buta melihatkan perubahannya...
Sabar wahai hati...
Ini ujian Allah Ezfa...

Sedang aku masak untuk makan tengah hari tadi..
Aku terfikir...
Ramai orang disekeliling aku diuji dengan diambil nyawa orang yang sangat mereka sayang..
Tidak tergambar perasaan mereka, menahan pedih di jiwa...
Kerana, yang pergi adalah buat selama-lamanya...

Aku,
baru diuji dengan campur tangan orang lain...
Sangatlah sedikit ujian itu jika dibandingkan dengan musibah orang lain...
Tapi, getar geram dan marah sangat tinggi memuncak di saat ini...
Sabar Ezfa!

Teringat kata2 ustazah yang ku kenal,

Bila musibah itu datang... selain ujian utk keimanan kita... mungkin juga kerana kesilapan kita dahulu...
*ayat ni yg buatkn aku lebih trmenung jauh*.........



Kesilapan lalu.......
Mungkin juga kata-kataku...
Mungkin juga perilaku ku....

Ya Allah, tuhan yang Maha Mendengar tiap rintihan hambanya...
Kuatkan lah rasa sabar di dada ini....
Jangan jadikan aku menjadi seorang yang tidak sedar diri kerana marah...
Aku mesti kuat untuk sandaran orang yang sangat aku sayang.... sangat aku cinta.... Kerana beliau nyawaku... Kerana beliau keutamaan ku selepas Mu, Ya Allah, dan Rasulullah s.a.w sebelum keutamaan ini berganjak ke bawah kerana aku perlu utamakan suamiku dahulu selepas Mu, Ya Allah dan Rasulullah s.a.w.....

Ya Allah, tuhan yang Maha Memahami tiap derita hambanya....
Lindungilah mereka2 yang sangat aku cinta ini dari kufur kepada-Mu...
Lindungilah mereka2 yang sangat aku cinta ini dari perbuatan khianat manusia....
Lindungilah mereka2 yang sangat aku cinta ini dari bisikan syaitan yang ternyata tidak putus2 usahanya untuk menarik umat Nabi Muhammad s.a.w ini untuk bersama mereka di neraka jahanam.....

Ya Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
Jauhkanlah rasa curiga yang sangat tinggi pada perasaanku...
Kerana kemudiannya mungkin menjadi fitnah.......
Amin......







2 comments:

  1. benarkn diri ini untuk bertanya sesuatu...adakah ini berkaitan dgn percintaan?...hati yg tercalar itu disebabkn oleh org yg pernah kite sayangi?...jika benar, sabarlah wahai sepupu,kerna hati ini jg pernah merasa itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan2...
      x der kena mengena dgn percintaan ke apa...
      Tp, benda yg berlaku ni amat dekat dgn diri ini....
      Btw, ni sepupu yg mana ye..?

      Delete