Pages

Thursday, May 10, 2012

Saya sangat sayangkan dan cintakan ABAH & MAMA :)

Salam readers....
Cuaca 2-3 hari di Shah Alam agak panas... 
Berpeluh-peluh siang sampai ke malam...
Bila la agaknya nak hujan ni...


Maghrib tadi,
usai membaca Surah Al- Waqiah...
Mindaku terus teringatkan abah....


Abah,
Muka dia ada masa garang...
Ada masa kelakar pun ada...
Dulu time kecik2, agak takut dengan dia..
Terutamanya bila mood dia tak baik...
*kita yang mood tak baik ni pun org takut nk dekat..hikhik*


Dalam masa yang sama...
Sangat rapat dengan beliau...
Bercerita sebelum tidur...
Mandikan aku dan angah dari pagi sampai ke malam...
*sampai aku darjah 2 rasanya...*
Terjamin bersih badan...


Menyikatkan aku,
Membedakkan aku dan angah...
Lengkap pakej yang abah buatkan untuk kami :)
Bila dah besar,
Biasa la...
Mood remaja..
Terutaman bila baru nak baligh tu kan.?
Bila abah cakap sikit...
Merajuk... Hempas pintu bilik 
*buruknya perangai aku dulu*
Maafkan kaklong abah....
Bila abah bergurau dengan saiz kemontelan aku...
Bang! Barang aku hempas...
Pintu aku tutup kuat...


Abah tak marah...
Dibiarkan aku cool down dahulu...
Kemudian, dia akan pujuk aku dengan ais krim ke, ayam goreng ke...
*Pujukan berjaya... sapa nak tolak makan, rugi..hehehe*


Kini,
Anak-anak daranya kian membesar....
Aku, angah dan nia...
Kami fasa pertama anak daranya...
Ya, aku bangga punyai adik beradik 7 perempuan semuanya..
RARE tahu!


Walaupun anak2 nya kian membesar, 
Gurauannya masih seperti biasa...
Kalau dia marah tu, 
adat la...
Mana ada orang yang tak ada mood nak marah....


Malam ni tak tahu kenapa...
Terasa sayu dan sangat rindukan abah dan mama...
*padahal, baru jumpa 4 hari lepas :)*
Rasa macam sepanjang hidup ini,
terutamanya lepas baligh ni,
Banyak sakitkan hati mama dan abah...
Ternaik suara...
Memberontak...
*kenapa ni ezfa?*


Ibubapa ni Allah bagi pinjam sementara je...
Tiada ibubapa yang hidup kekal selamanya...
*Menitis air mata ini*
Rasa seolah-olah, masih banyak kekurangan dalam membalas jasa mama dan abah..
Masih terlalu banyak kekurangan dalam menyenangkan hati dan perasaan mama dan abah...


Ku pohon, Ya Allah,
Diberi peluang untuk terus berjasa kepada mereka, sehingga hari tua...
Menyayangi mereka dengan penuh rasa cinta kepada mereka selepas cinta pertamaku buat-Mu Ya Allah, dan cinta keduaku buat Rasulullah s.a.w....


Kalau mama, abah baca tinta kaklong ini..
Kaklong, sangat2 sayang mama & abah...
Walau apa pun yang jadi...
Walau apa pun yang berlaku....
Mama, dan abah tetap ada kami...
Yang akan sentiasa memberikan sokongan,
Moga Allah melindungi kalian dari perbuatan khianat manusia dan syaitan...


*aidilfitri 2011*





p/s: Pada yg telah melakukan 'sesuatu' kepada keluarga kami, aku tak akan maafkan, kecuali, anda datang meminta maaf, dia hadapan seluruh ahli keluarga aku, ceritakan semua yang telah kau buat. Bertaubatlah... kerana apa yg kau buat tu syirik... Jatuh kpd kufur terhadap Allah.. Ingat, bertahun keluarga kami "bertahan" kerana perbuatan khianat kau.... Allah s.w.t itu Maha Adil. 

No comments:

Post a Comment