Mesti anda semua pelik kenapa aku mesti KURANG AJAR..
Kurang ajar......
Apa yang kurang..?
Ajar nya...
Ajar apa?
Semua lah... Kata-kata, perilaku, ayat yang dituturkan...
Kenapa mesti jadi kurang ajar..?
Kerana sekali air bah, sekali pantai berubah....
Akan aku cuba bertahan...
Memikirkan ayat-ayat yang bakal dituturkan kelak...
Tak lama dah...
Beberapa minggu je lagi...
Jangan ditanya kenapa aku jadi begini..
Kerana seseorang yang telah meragut keseluruhan kepercayaan aku...
Kepercayaan dalam ikhlas berkata-kata...
Kepercayaan dalam ikhlas memberikan kasih sayang kepada kami...
Kepercayaan dalam tiap bait perbuatan....
Hilang semua kepercayaan itu...
Nasi sudah pun menjadi bubur...
Percayalah,
tidak pernah sekali pun aku menjangkakan berita ini...
Ibarat menyentap kasar jantung ini...
Diragut habis setiap urat nadi..
Agar aku tidak boleh bernafas lagi...
Setiap luahan rasa di blog ini aku share kan dekat mukabuku aku...
Aku jamin..
Ramai yang berkata-kata bahawa aku putus cinta...
Benar!
Terasa seolah-olah putus cintaku kepada kekasih hati ini yang kukenal sejak lahir lagi...
Cukuplah aku berikan gambaran sehingga ini...
Aib....
Allah tidak pernah membuka aib siapa2 pun...
Juga, aku mesti memelihara aibnya...
Tetapi,
apakah daya...
DUKA itu lebih besar koyaknya....
Di sinilah aku menyusun jari..
Menaip satu persatu...
Dengan penuh berhati-hati..
Agar hanya perasaan aku kongsi..
Bukan aibnya aku koyak dan aku racik-racik...
No comments:
Post a Comment