Pages

Friday, October 8, 2010

Saya sayang Temerloh saya.... =)

Salam buat semua pembaca......
Hari ni mood nak bercerita mengenai tempat saya dibesarkan dan majoriti ahli keluarga berada....
Temerloh, Pahang Darul Makmur....... Tempat yang saya sangat2 sayang..... Walaupun aku dibesarkan di merata tempat, tapi Temerloh sentiasa dihati.... Aku kalau balik kampung, suka sangat dengar nenek2 bercerita dan berborak-borak sesama mereka..... Mereka guna slang Temerloh.... Kadang2 aku pown tak ley catch-up... Sebagai contoh la....

"Kerang.." Korang mesti ingat kerang yg kita makan tu kan....heeheheh...
Kerang untuk orang temerloh bermaksud, menagis dengan kuat sehingga tidak mengeluarkan suara.... Contoh ayat "Baby oak menangis kerang malam tadi... Dengar te sampai ke rumoh kome"...... (Oak tu awak.... Kome tu saya)

Ayat yang biasa Wan aku cakap kat cucu2 nya.... Contoh kat aku la.. "Kaklong, tolong capei kek jabei atas pare tuh...." Maksudnya, tolong ambilkan plastik atas para tuh.."

Lagi satu ayat faveret Wan aku, "Cupir mat cawan te.... Acer aleh kek tempat laen..." Maksudnya, Cawan tu sikit lagi nk jatuh, tolong alihkan ke tempat laen.....

Banyak lagi sebenarnya.... Aku paling suka time kenduri... Boleh dengar diorgang cakap bahasa kampung... Sekarang nih jarang aku dapat dengar anak2 muda gunakan loghat Temerloh.... Diorang kan dah "berhijrah" ke KL la.... Merata2... So, cakap pown da ala2 KL gitu...

Insyaallah, kalau dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki, aku nak bawak budak2 bilik aku ke Temerloh bulan 12 nih.... Mimi, Tasha, Fira, Seena and Teha... Diorang nih tak pernah ke Temerloh, and time ni la aku ley tunjukkan Temerloh kt diorang....

Bandar Temerloh bukan la besar pon... Kecik jer.. Tapi segala kelengkapan ada... Bank, hospital besar, Klinik swasta, balai polis, tempat shopping (esp kain pasang),and macam2 la.... Semua ada.... Sebab tu aku sangat sayangkan tempat nih....

Kalau ikut perancangan, kami akan naik bas di Stesyen Bas Pekeliling, Kuala Lumpur. Sampai ke Stesyen Bas Utama Temerloh (2jam perjalanan)... Bas akan lalu Highway Karak - Highway Pantai Timur (LPT)....

First day punya aktiviti (Sabtu):
-Bawa diorang pergi Esplanade Temerloh (jeti boat untuk orang ke seberang temerloh). Tempat u cantik... Angin kuat... Ley amik gambar banyak2.... =)

 
Esplanade Temerloh (Jeti ke seberang Temerloh)

Esplanade Temerloh (Main jetty ke Seberang Temerloh)

-Pegi Mini Zoo Mergastua Temerloh. Zoo kecik jer.. Bayaran masuk pon RM1.50 untuk dewasa, RM1.00 untuk kanak2.... Ada Buaya, kura2, kancil, burung tiung yg suka menyanyi, musang, landak, beruk albino, harimau, seladang, kancil and ape tah lagi... Boley tahan la....
-Pegi pusing Temerloh- Mentakab.... Mentakab bandar dah lama.... Kecik jer.... Majoriti penduduk adalah cina...
-Lalu Kampung Bangau ke Kampung Sanggang (rumah nenek aku), kalau nenek aku ada, boleh singgah..... Amik2 gambar of course.... Sepanjang laluan kampung nih, boleh feel angin sungai pahang.... And feel yg terbaik adalah, bau taik lembu and kerbau....heheheheh... jgn marah...
-Bawa diorgang jalan2 bandar Temerloh, kalau ada masa lagi, singgah Taman Rekriasi Temerloh... Tempat nih cantik.... Sejuk coz banyak pokok.... 





Second day punya aktivity (Ahad):
-Pergi PEKAN SEHARI TEMERLOH.... Kenapa dipanggil sehari..?? Sebab pasar tani ni start awal pagi about 7am to 1pm..... Macam2 ada kat sini..... Boley beli kerepek2 yg murah, tapi pasar ni lebih kepada barang2 basah macam ikan sungai, laut.... Mcm2 la.... 
-Habis jalan pekan sehari, x boley pegi mna2 dah... Leps zohor, bersiap2, amik bas kul 3.30.... Sampai Shah Alam dalam kul 7mlm.....  








Masakan orang Temerloh:
Time ni la diorang boleh rasa masakan orang Temerloh.... x sama mcm di Tempat lain... Tempoyak di Temerloh TERBAIK...!!! Kalau buat Ikan Patin Masak Tempoyak, bertambah la nasi... Heheheeh....

-Ikan Patin Masak Tempoyak


-Sambal gulai ayam kampung (gambar tak ada)
-Ikan bilis masak sambal tempoyak




-Kacang botol masak belacan....(gambar tak ada) 
-Menu terbaik yg aku suka kalau ada kenduri-kendara, iaitu Gulai Sayur Umbut (pucuk lembut pokok kelapa), and of course SAMBAL PEDE!!! Sangat sedap... Orang kampung panggil sambal, hakikatnya, daripada gulai yg ada petai, keladi, kulat sisir dgn satu lagi bhn sy x tau nama...heheheh... Gulai tu dimasak sehingga kering... Ditambah sikit budu... Orang darah tinggi tak digalakkan makan, mcm abah aku... Tapi, ni la makanan faveret dia... Nk buat cmner... Gambar untuk sambal pede tak der, nnt aku update laen....

Gulai lemak sayur umbut kelapa


Nanti kalau aku ada ambil gambar2 sekitar Temerloh sendiri, aku akan letak dalam blog nih..Bwt masa nih, aku amik dari google search jer dulu...heee~~~~

Amacam kawan2.....??? Welcome to Temerloh.... =)

4 comments:

  1. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    ReplyDelete
  2. Bagus. Bnyk tau pasal pahang (y) :-)
    Ajak kawan2 nant, knali bhasa n mkanan pahang.
    Ha, nk tanya terus.. Bljr dkat msu shah alam yg dkat sek 13 ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dekat Sek13 tu. Dah lama tinggalkan zaman belajar 😊

      Delete
  3. Gud2. Bwak kawan2 bg diorg knal makanan n bhasa org pahg. :-)

    ReplyDelete