Pages

Wednesday, April 18, 2012

Cerita anak ayam, ibu ayam dan pak musang...


Pada zaman dahulu, tinggal satu keluarga ayam yang besar di reban belakang rumah pak Samad.
Diantara ayam2 itu, turut ada ibu ayam dan anaknya yang bernama Tauge. Tauge seekor anak ayam yang sangat lincah dan bijak. Dia juga sangat patuh kepada arahan ibunya.

Sedang keluarga besar ayam2 ini hidup aman dan damai, tanpa mereka sedari, mereka sedang diperhatikan oleh seekor musang besar yg sangat jahat. Musang itu sudah lama memendam rasa untuk melapah ayam2 di dalam reban itu. Namun, dia harus brhati2 agar rancangannya berjaya. 

Sedang pak musang merangka strategi untuk memerangkap ayam2 itu, dia didatangi seekor musang yg lain. Musang itu mengugut pak musang untuk membenarkn dia untuk turut serta dalam rancangan pak musang. Jika tidak, dia akan memberitahu ayam2 tersebut rancangan itu. Pak musang berasa sangat geram dan marah. Dengan hati yg trpaksa, dia membenarkn musang itu trlibat di dalam rancangannya.


Pak musang dan musang yg lain itu langsung tidak menyedari kehadiran si ayam Tauge yg sedang bermain berhampiran mereka. Lantas, dengan penuh berhati2, Tauge pulang ke reban untuk memberitahu ibunya. 

Ibu Tauge sangat risau akan keselamatan mereka semua. Dia cuba untuk memberitahu ayam2 yg lain bahawa musang sedang mengintip mereka. Malangnya, ayam2 yg lain telah mentertawakan dia. 

Ibu ayam berasa sangat sedih. Kerana ahli keluarganya sendiri tidak percaya dengan kata2 nya dan Tauge. Tauge mendapat satu idea. Dia mengajak ibunya untuk panjat ke atas pokok besar brhampiran reban untuk semalaman agar mereka terselamat dari ancaman musang.

Ibunya bersetuju, lantas mereka membuat persiapan untuk duduk di atas pokok itu. Ayam2 yg lain masih tidak percaya dengan kata2 Tauge. Mereka berangapan yg tauge sengaja untuk menjaja cerita untuk menakutkan mereka. 

Sepanjang malam itu, Tauge dan ibunya tidak dapat melelapkn mata di atas pokok. Tiba2, Tauge dapat melihat kelibat 2 ekor musang yg menyelinap masuk ke dalam reban. Riuh rendah suara ayam memekik meminta tolong. Tauge dan ibunya berasa sangat takut. 

Sedang dalam ketakutan itu, perut Tauge memulas2 dan dia ingin melepaskan angin di dalam perutnya. 
"Ibu, boleh tak tauge kentut sikit je. Tauge sakit perut la"
"Tak boleh! Nanti musang2 tu dengar. Mati kita nanti"
"Boleh la ibu, Tauge kentut sikit je. Musang tu tak akan dengar"
"Tak boleh ibu kata, nanti musang itu dengar. Bila musang tu dah hilang, baru Tauge boleh kentut"
"Ibuuuuuu......" tanpa sempat menghabiskan ayat, "Boooooooooot... bomm bomm bommmm... Putttt" Angin kuat dan bunyi persis bom atom keluar berserta kentut Tauge.

Musang2 yang sedang cuba menangkap ayam2 di dalam reban itu tersentak. Mereka ingatkan bunyi senapang patah pak Samad. Lantas terus musang2 itu keluar dari reban dan hilang di celah2 semak.

Bukan musang sahaja yg terkejut, ayam2 malah pak samad dan isteri turut terkejut. Sangka mereka budak nakal bermain mercun di belakang rumah. Baru pak samad perasan bunyi ayam2 membingit di rebannya.

Keesokan harinya, pak samad membaiki pagar reban ayamnya. Beliau perasan kesan tapak kaki musang berhampiran rebannya. Ayam2 yg lain pula, meminta maaf kepada Tauge dan ibunya kerana langsung tidak mempercayai kata2 mereka. 

Selepas kejadian itu, musang langsung tidak menampakkn dirinya, dan hiduplah ayam2 itu dalam keadaan sejahtera.




Time aku dan angah kecik2 dulu, kami selalu tidur di bawah ketiak abah, dan sebelum tido, abah akan ceritakan cerita ini, dan beberapa cerita yang lain kepada kami. Bagi aku, cerita ini sangat kelakar dahulu. Kerana cara abah menyampaikan bagaimana tauge mahu kentut, dan terpaksa menahannya. 

Masa berlalu, adik2 pun bertambah (^^,). Abah da tak ceritakan cerita ini kepada mereka. Sebabnya, mereka semua tidur dengan aku dan angah. Rugi betul. Kami dulu, kalau tak boleh tidur kalau tak dengar cerita dari abah. Bila aku dah masuk 10 tahun, barulah dipaksa untuk tidur di bilik sendiri...

Kalau kita perhatikan, cerita di atas bukanlah sekadar jenaka kosong. Mulanya aku tidak sedar, dan ingatkan cerita ini hanya jenaka. Namun, cerita ini terselit seribu satu kisah dimana ia berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh:
1. Merendah2 kan orang lain
2. Bercakap belakang
3. Menyesal kemudian
4. Tidak mendengar nasihat
5.  Sesuatu yang tidak disangka2
dan macam2 lagi, mengikut pandangan masing2....




Cerita dari abah, bersama
- Ezfa- 

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/ada-7-hal-ini-dalam-hubungan-cinta-anda.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/pesan-terakhir-holly-sehari-sebelum.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/simak-di-sini-bedanya-mi-dan-pasta.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete