Pages

Monday, December 31, 2012

Pengalaman UMRAH 2012: Berita gembira

Madinah airport: Syukur kami selamat mendarat :) 


Salam readers...
6-18 Julai 2012 lepas aku selamat menunaikan umrah buat pertama kalinya!
Syukur sangat2 diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana...
Perasaan kat sana.... sayu, sangat gembira, sangat teruja!
Sayu kerana mengenangkan dosa2 lampau kita....
Sangat gembira kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki di sana dan beribadah dengan penuh rasa syukur! Alhamdulillah....
Sangat teruja ketika melawat makan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.... teruja mengelilingi kaabah (tawaf)...
Allahuakhbar! 

Tapi, untuk ke sana, bukanlah sesenang ABC untuk aku pergi...
Seribu satu ujian yang aku dapat....
Dari menguji hati perasaan.... mental.... sehingga lah fizikal aku...
Dan Allah juga menguji tahap kesihatan aku...
Sepanjang tahun 2011 & 2012 adalah tahun aku kerap sakit...
Antibiotic dah macam2 jenis masuk dalam badan ni...

Cerita bagaimana aku boleh terpanggil untuk mengikuti umrah bersama lecturers dan kawan2 dari MSU ni bermula dari short semester (bulan 5,2011)...
Time tu kawan2 aku berkumpul selepas paper final (luar chancellor hall)...
Aku tanya Mimi..."Kenapa korang berkumpul ni..?"
Mimi, "Oh... Ain nak bagi taklimat sikit pasal umrah nanti.."
Aku, "Umrah..? Korang pergi bila..?" - Aku dah jadi exited tiba2....
Mimi, "Insyaallah bulan 9 nanti....."
Aku, "Ada kosong lagi tak..? Saya berminat nak join lah..."
Mimi, "Tak tau la ezzati.... nanti mimi tanya ain...."
Aku, "Kena bayar berapa yer..?"
Mimi, "So far rm1000 je sebab nanti kita akan dapat bantuan (derma)"
Aku, "Nanti mimi tanyakan ain yer... Nak sangat pergi... Mintak2 dapat lah" 
Mimi, "Insyaallah... nanti mimi tanyakan yer" 

Macam tu lah dialong permulaannya.....
Sejak hari tu, hati aku berdebar2 je menanti kalau2 mimi ada call bagitau yang ada kekosongan untuk turut serta menunaikan umrah.... Amin...amin!

Aku tak ingat bulan berapa.... Maybe bulan 7 rasanya....
Mimi sms aku, "Salam zati, pasal umrah tu, mimi nak zati ganti mimi... sebab kalau ikut masa berangkat tu bulan 9, mimi kena ke sabah.... ikut keluarga bercuti.. so, mimi tak dapat pergi"
Laju jari jemari aku me'reply' sms mimi...
"Betul ke ni mimi? Alhamdulillah....." Punya lah aku gembira sangat sampai aku tak sedar air mata ni dah mengalir!
Cepat je aku call mama...
Dan mama menyokong kuat untuk aku pergi....
Dan sejak hari itu, doa tidak putus2 agar perjalanan aku ke sana dipermudahkan....

Lebih kurang dalam bulan 8,2011...
Berita kurang enak aku dapat...
Umrah terpaksa postponed kerana masalah sponsor..
Duit tabung perjalanan kami ke sana masih belum cukup...
Jumlah yang akan mengikut khabarnya 30 students, 3 lecturers....
Jadi, kami memerlukan duit yang agak banyak untuk menampung kos pakej kami...

Dan jadual umrah kami ditangguh ke Disember, 2011...
Aku dah risau sangat sebenarnya...
Risau takut plan umrah ini tidak jadi!

Menghampiri hujung oktober,
hati ni masih terasa belum ada tanda2 umrah bakal terjadi tahun ini...
Masuk pertengahan November 2011...
Aku kena demam.... Sehingga dimasukkan ke hospital....
2 minggu pulak tu... Ceritanya di sini ...

Aku keluar wad di pertengahan Disember, 2011...
Sepanjang aku di hospital... Aku risau sangat kerana langsung persiapan umrah aku tak dapat buat.... Dari persiapan barang2 hinggalah persiapan bersama kursus umrah...
Bila aku keluar wad, 
lagi sekali aku dapat berita, 
plan umrah postponed kepada March, 2012!
Kali ni aku sedikit lega...
Kerana aku masih punya masa...

Masa berlalu.... 
Menghampiri Februari, 2012....
Sekali lagi.... sekali lagi tarikh umrah itu terpaksa di postponed!
Mungkin akan dibuat pada May, 2012....
Dari 30 orang yang akan ikut... tinggal 20 jer katanya...
Masuk tahun baru ini, aku kena allergic... habis bengkak satu badan....
Dekat sebulan juga lah aku menanggung sakit bengkak2 di badan!

Masa berlalu lagi,
Menghampiri April....
Kami diberitahu, ada yang bermasalah dengan masa....
Class dan practical.... Tarikh ditunda lagi sekali...
Kali ini, tidak tahu bila... tetapi, Miss Halijah (lecturer yang approve ni semua) tetap mahu umrah ni berjalan....
Bulan 4 ni pula, aku kena demam....
Hampir seminggu aku terlantar di katil...
Ditambah pula aku kena excessive bleeding (menstrual cycle) dari bulan March,2012... 
Orang lain kena period 7 hari...
Aku kena 80 hari!
Sampai pucat la muka ni....

Malangnya, hujung April, 2012...
Umpama jatuh ditimpa tangga....
Bertimpa2....
Aku dapat satu berita yang hampir2 membuatkan aku hilang arah...
Pedih sangat (Maaf tak dapat dikongsi di sini ceritanya- kisah lama)
Tapi, atas sokongan ahli keluarga dan kawan2 baik...
Aku kuatkan semangan untuk berdiri....
Ditambah pula aku mendapat tahu kami sekeluarga disihir orang....
Dan aku adalah yang paling teruk dalam ahli keluarga aku yang kena...
Allah masih menguji aku....
Satu persatu lembaran dibuka... 
Ceritanya ada di sini, PART 1 dan PART 2

2 May, 2012...
Kali ini aku... aku yakin tarikh akan titetapkan...
Insya Allah, kami akan berangkat pada 6-18 July 2012 :)
Syukur....syukur...
Setelah pahit jerih aku dapat...
Tarikh akhir telah ditetapkan....
Tanah haram... aku datang :)

ps: Nantikan sambungan persiapan pula lepas ni yer....


Salam sayang,
-Ezfa-

No comments:

Post a Comment