Pages

Tuesday, October 19, 2010

Resepi: Ikan patin masak tempoyak

Salam buat semua pembaca.....
Minggu ni aku jadi busy musy dengan kerja2 rumah... Memasak, mengemas, cuci sana sini, hantar adik2 ke sekolah, ambil diorang dari sekolah... Phew..Penat kowt... Baru aku tau camnih la tugas mama hari2... Memang patut la mama and abah bercuti di Penang sekarang selama seminggu....

Hari Isnin baru2 ni, aku cuba masak lauk ikan patin masak tempoyak.... MENJADI...!!! Sangat2 bangga dan suka....Heheheh.... First time nih masak.... Dan tak menghampakan.... Lepas nih, boleh buat dengan lebih confident lagi... Korang pun yg tgh cuti2 kat rumah nih, boley la cuba resepi nih.... Tak susah pown.. Main campak2 jer... Heheheh....

Bahan2:
  • 1 ekor ikan patin (saiz sederhana dan dipotong 6 bahagian)- cuci bersih2... Untuk elak bau hanyir, basuh dengan satu sudu besar asam jawa.
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 1 papan petai (dibelah dua)
  • 3/4 pucuk daun kesum
  • Segenggam cili padi (kalau x mau pedas sangat, kurangkan cili)
  • Kunyit hidup (saiz dalam 1 inci)- jgn letak terlebih takut berbau kunyit kuat
  • Separuh sudu makan garam (secukup rasa)

Cara2 memasak:
  • Basuh bersih ikan patin.

Ikan ni tak basuh lagi... heheheh

  • Masukkan ikan ke dalam periuk yang sesuai.
  • Tumbuk cili, garam dan kunyit.
  • Tambah air dalam periuk (jangal lebih dari paras ikan)
  • Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi, dan masukkan tempoyak.


  • Hidupkan api (sederhana), kacau perlahan ikan bagi bahan2 sekata.



  • Biarkan gulai mendidih. Kemudian masukkan daun kesum dan petai. Jangan kacau ikan semasa ia sedang masak sebab ikan ni dagingnya lembut takut hancur.



  • Nak tau gulai ni dah masak, tengok pada kuah yg jadi pekat sikit. Dan daging ikan sudah kelihatan masak. Seperti gambar di bawah.


Macam tu la caranya... Simple jer.... Selamat mencuba.... =)

p/s: Adik2 makan sampai licin pinggan... Si Nurin sampai bertambah nasi... Suka tengok kalau orang suka makan dan hargai masakan kita.... ^-^

2 comments:

  1. nak rasa jugak...yum..yum...delicious..(cik Eva)

    ReplyDelete
  2. Cik Eva: Wah Wah!!! Cik Eva makan ikan patin kah..?? Nanti jemput datang umah raya ley saya masakkan.... tak pun mama yang masak... heheheh

    ReplyDelete