Salam semua.....
Dalam mamai2 maghrib nih, (coz mlm td x ley tido and exam dari pagi smpai petang.....penat..!!!)
aku nk jugak kongsi pendapat pakar yg aku baca dari majalah MIDI.... (walaupun umo x msuk 40, nk baca jgak..huhuh).... Pendapat pakar ni bercerita tentang soal mencari jodoh dalam islam.... Bulat mata aku tengok artikel nih..... So, ni aku nk share dgn kawan2... Semoga kita renung2 kan... =)
Pendapat pakar:
Ustaz Wan Akashah (Penceramah bebas)
"Dalam Islam, kita wajib beriman dengan rukun iman yg enam. Salah satu daripada-nya ialah beriman dengan Qada' dan Qadar Allah taala. Pengertian Qada' dan Qadar ialah setelah kita berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh, selepas itu barulah kita bertawakkal. Apa yang berlaku, selepas daripada kita berusaha, barulah kita redha dengan Qada' dan Qadar. HAL INI TERMASUKLAH DALAM HAL PERKAHWINAN.....
Kita tak boleh menyerah bulat-bulat tanpa berusaha. Apabila ditanya dia berkata,"Nak buat macam mana, dah Qada' dan Qadar" atau "dah bukan jodoh", tanpa berikhtiar sedangkan ISLAM MENYURUH KITA MENCARI JODOH kerana JODOH JUGA ADALAH SEPERTI KITA BERJIHAD PADA JALAN ALLAH, sepertimana kita menuntut ilmu kerana perkahwinan juga adalah ibadat dan sunnah Nabi.
Pada hari ini, ada segolongan wanita atau lelaki menolak perkahwinan. Antara sebabnya kerana mereka memandang sebagai suatu bebanan yang menyekat kebebasan mereka. Ada juga yang sudah serik berkahwin semula berdasarkan pengalaman yang lepas. Oleh itu ramai yang lebih rela jadi ibu tunggal atau andartu walaupun hakikatnya tidak dapat memberikan kebahagiaan pada jiwa.
Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih. Ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinannya kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Hakikatnya, TERLALU BANYAK KERUGIAN BAGI SESIAPA YANG TIDAK MAHU BERKAHWIN. Sedangkan Nabi telah bersabda, "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak mulia, maka kahwinlah dia. Kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."
Ada setengah orang sama ada lelaki atau wanita membujang terlalu lama, tiba-tiba mendapat jodoh dan berkahwin. Islam mengatakan bahawa perkahwinan ialah kaedah terbaik bagi menolong menguatkan agama dan menghindari bisikan syaitan. Ia benteng pertahanan daripada musuh-musuh Allah s.w.t.
Perkahwinan ialah PENAWAR TERBAIK UNTUK MENGUBATI JIWA YANG KESUNYIAN. Perkahwinan juga PENAWAR TERBAIK UNTUK MEMENUHI SEGALA KEHENDAK DAN KEINGINAN MANUSIA TERHADAP SATU SAMA LAIN. Sesungguhnya perkahwinan adalah salah satu perkara yang sangat dibenci oleh syaitan apabila dilakukan oleh seorang mu'min.
Imam Al-Ghazali berkata, "Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adap2 perkahwinan dan jelas dengan tujuan perkahwinan."
Perkahwinan yang dilakukan SEMASA UMUR MASIH MUDA atau umur sudah tua semuanya sama kerana fitrah manusia saling memerlukan. Sudah menjadi fitrah manusia, yang lelaki pasti akan tertarik kepada wanita, begitu juga sebaliknya. Lantaran itu, islam menggalakkan perkahwinan tanpa menentu usia atau had-had tertentu. Islam juga tidak melarang umatnya berkahwin, malah menyuruh dan menggalakkan perkahwinan. Jika tidak melalui proses perkahwinan, berbagai-bagai keburukan pasti akan berlaku.
Perkahwinan dapat mencegah perbuatan keji seperti zina dan pergaulan bebas. Begitu juga melalui perkahwinan dapat menimbulkan RASA KASIH SAYANG dan KETENANGAN kerana Allah mencipta manusia supaya mereka mengasihi antara satu sama lain. Mereka mempunyai persamaan sama ada dari segi emosi, naluri dan lain-lain lagi.......
Sumber:
Majalah MIDI, keluaran 1 Jun 2010, m/s: 70
So, dari sini aku tgk, walaupun aku baru 20 tahun, kiranya aku kena start berusaha la.... BERSUNGGUH-SUNGGUH lagi.... huhuhuhu.....
Kawin Nde Cik (kanan) dan Nde Cu (kiri) bersama suami masing2 |
No comments:
Post a Comment