Pages

Sunday, December 2, 2012

Gangguan makhluk ghaib (part 2)

Sambungan dari part 1:

Ustaz masuk...
Ustazah tu bagitau ustaz,
"Ustaz, ada benda tak kena dengan budak ni... satu badan saya rasa panas..... ustaz tengokkan.."
Aku pandang mama.... Mama apa lagi,
"Kan mama dah cakap... tu tak nak pegi lagi berubat...."
Aaaahhh... Rasa nak lari pun ada....


Ustaz ambil selimut dan bantal yang ada dalam bilik rawatan tu...
Dia suruh aku baring...
Alamak.... part macam ni yg aku tak berkenan ni...
"Bismillah......" Ustaz menekan perut kiri aku, beralaskan selimut tebal yang dibentangkan atas aku.... Sambil mulut terkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran...
Zaaap!! Terasa satu sentakan kuat dalam perut aku....
Dari rasa "wak segan", aku jadi "wak hilang segan..."
Sakit mencucuk-cucuk...menarik-narik dan ada juga rasa seperti dihiris pisau dalam perut ni.
Hanya Allah yang tahu sakitnya!
Ustaz masih lagi meneruskan bacaan....
Aku yang mulanya mengerang, mula memusingkan badan...
Nak larikan "panahan cucuk" dari ustaz...
Teresak-esak aku menangis....
Memang basah dah tudung yang aku pakai....
Tak tahu lah berapa lama masa rawatan tu diambil....
Mama, Nde Nyai (adik mama) dan anak2 dia duduk senyap je kat tepi aku....

Siap rawatan ustazah yang memegang aku sepanjang rawatan berkali-kali beri pesanan untuk jadi "kuat"...

Aku ni "kuat makan" tu kuat dah.... Mungkin rohani aku tak cukup kuat :P
Aku rapatkan dudukku dengan mama...
Mama pandang je....
"Lepas ni kita pegi berubat lagi..."
"Alaaa..... tak nak la mama.... sakit... " 
Sekali lagi aku hampir kena cubit dengan mama! Saboo je lah!

Mama: Kenapa dengan anak saya ye ustaz....
Ustaz: Dengan dia ni ada gangguan sikit.... ada pantang nak kena ikut.. jangan makan benda berbisa macam nenas dan rebung... Lepas ni, kena berubat lagi, sebab benda ni dah lama ada dalam badan. 
Aku: 'speachless'......
Mama: Pasal rumah kami kan ustaz.... macam mana nak pagar ye... hari tu saya tabur garam luar rumah, malam saya tak boleh tidur... benda tu datang marah dekat saya.... 
Ustaz: Pasangkan dulu cd surah al-baqarah 3 hari berturut.... *dan ada lagi pesanan dari ustaz yg aku pun dah x ingat* Anak ni, mandikan dengan air yang saya bagi nanti, mandi 3 hari....

Dan kami pun balik la ke rumah....
Ingatkan lepas berubat ni ok lah sikit...
Seminggu aku merana kerana kena ear infection... kena dua telinga pulak tu *agaknya kalau telinga ni ada 6, smua la kena jugak*
Menepek je la aku atas katil selama 2 minggu tu... Mama panggil kadang2 buat tak tahu....
Bukan sebab saja buat tak tahu... tapi tak dengar... telinga bengkak... rasanya lobang telinga tu dah totally block, tu yang bila orang bercakap, mama panggil jadi tak dengar tu....
2 kali aku ke klinik menukar ubat.... Dari antibiotic erythromycin yg aku guna, bertukar ke Augmentin.... ubat tahan sakit, ubat hilang bengkak tu mula2 aku makan... tapi bila datang denyut2 cinta dalam telinga ni, Masha Allah, SAKIT!! rasa nak hantuk je kepala ni ke dinding...

So, aku stop makan ubat tahan sakit, dan ubat bengkak... Aku makan Paracetamol...
Baru boleh tidur....

Ni cerita pasal sakit kat badan aku...
Bukan badan aku je sakit...
Rumah tercinta pun rupanya sakit...
Sakit angkara perbuatan khianat manusia...
Itulah, manusia kalau tak ada perasaan dengki, iri hati, dendam dan benci tu,
tak akan jadi benda2 macam ni dekat diri aku... keluarga aku dan rumah aku...
Lepas kami bercerita (di dalam rumah), merancang untuk pindah rumah...
Rumah kami nampak "sakit".... Syiling satu persatu bocor.... Luar rumah nampak suram...
Ini rosak...itu rosak... Sampai 2 tahun lepas, rumah kami dimasuki perompak...

Rupa-rupanya rumah ni pun ada perasaan...
Selama ni dia berusaha melindungi kami... panas dan hujan...
Sihir yang dihantar oleh laknatullah ini pun terlindung pada asalnya...
Sampai satu tahap, terlalu banyak 'benda' yang berada di rumah kami...
Dan satu2 kejadian berlaku....

Kelibat hitam seperti orang minyak....
Suara orang menangis sayu....
Pocong....
Telifon rumah dimain-mainkan....
Alarm rumah berbunyi di tengah malam....
Syiling rumah bergegar selepas pukul 12 tengah malam...
Binatang peliharaan di rumah satu persatu mati...
Ikan di kolam satu persatu mati (walaupun jaring dah dipasang, ikan tetap mati di luar kolam... dan perut ikan yang hilang seolah-olah dimakan rakus sedangkan isi ikan tidak terusik...)
Tengah malam berbunyi besi berlaga..
Kelibat nenek tua dalam rumah....
Rambut adik ditarik sehingga menyebabkan kepala terhentak di dinding... waktu tu pukul 2 pagi...
Badan aku lebam2... seperti digigit benda...
Nenek aku diganggu semasa tidur ketika berada di rumah aku...
Beberapa kali aku terdengar mama memanggil nama aku, pukul 4 pagi setelah aku terjaga dari tidur kerana terkejut secara tiba2...
Dalam toilet di bilik mama, bunyi bising seperti ada yang bermain air dan cebok di tengah malam...

Banyak sangat dah gangguan yang kami terima...
Seminggu selepas aku berubat,
seminggu jugak lah kami satu keluarga dengar bunyi seperti lembu disembelih di luar rumah...
Bunyi tu boleh dengar dalam pukul 2 pagi...

Mesti korang tertanya2 kenapa aku tak tidur lagi..? Aku buat apa tengah2 malam macam tu kalau dah tahu rumah teruk kena kacau.....

Sebabnya------------> AKU TAK BOLEH TIDUR!
Pusing la atas katil macam mana....
Tetap tak boleh tidur.....
Kira la kambing banyak mana....
Tetap tak boleh tidur...

Aku kuatkan semangat aku...
Tipulah kalau aku kata bunyi2 yang aku dengar tu, tak takutkan aku...
Tapi disebabkan aku TAK NAMPAK.... so aku masih kuatkan semangat!
Aku ingat ALLAH S.W.T banyak! Aku yakin ni ujian Allah utk uji iman kami anak beranak....
Allah nak uji, aku ingat tak pada-Nya ketika kejadian macam ni terjadi....
Aku yakin! Aku yakin Allah akan sentiasa bantu kami.... Allah akan sentiasa bersama kami...

Sahabat2,
andai anda juga merasai pengalaman seperti aku.....
Jangan jadikan alasan ini untuk anda hilang arah dan panduan...
SENTIASA bersama2 ahli keluarga.....
SENTIASA mendoakan kesejahteraan mereka.... keselamatan mereka...
Kita tidak keseorangan.... 
Allah ada....
Dia MAHA ADIL....
Yang menghantar itu ini pada kita....
Ini peluang kita untuk perbaiki sikap lama kita...
Moga Allah s.w.t beri balasan setimpal atas apa yang mereka dah lakukan!
Allahuakbar!!




*pesanan untuk diri sendiri dan para sahabat juga*



No comments:

Post a Comment