Pages

Monday, December 31, 2012

Pengalaman UMRAH 2012: Berita gembira

Madinah airport: Syukur kami selamat mendarat :) 


Salam readers...
6-18 Julai 2012 lepas aku selamat menunaikan umrah buat pertama kalinya!
Syukur sangat2 diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana...
Perasaan kat sana.... sayu, sangat gembira, sangat teruja!
Sayu kerana mengenangkan dosa2 lampau kita....
Sangat gembira kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki di sana dan beribadah dengan penuh rasa syukur! Alhamdulillah....
Sangat teruja ketika melawat makan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.... teruja mengelilingi kaabah (tawaf)...
Allahuakhbar! 

Tapi, untuk ke sana, bukanlah sesenang ABC untuk aku pergi...
Seribu satu ujian yang aku dapat....
Dari menguji hati perasaan.... mental.... sehingga lah fizikal aku...
Dan Allah juga menguji tahap kesihatan aku...
Sepanjang tahun 2011 & 2012 adalah tahun aku kerap sakit...
Antibiotic dah macam2 jenis masuk dalam badan ni...

Cerita bagaimana aku boleh terpanggil untuk mengikuti umrah bersama lecturers dan kawan2 dari MSU ni bermula dari short semester (bulan 5,2011)...
Time tu kawan2 aku berkumpul selepas paper final (luar chancellor hall)...
Aku tanya Mimi..."Kenapa korang berkumpul ni..?"
Mimi, "Oh... Ain nak bagi taklimat sikit pasal umrah nanti.."
Aku, "Umrah..? Korang pergi bila..?" - Aku dah jadi exited tiba2....
Mimi, "Insyaallah bulan 9 nanti....."
Aku, "Ada kosong lagi tak..? Saya berminat nak join lah..."
Mimi, "Tak tau la ezzati.... nanti mimi tanya ain...."
Aku, "Kena bayar berapa yer..?"
Mimi, "So far rm1000 je sebab nanti kita akan dapat bantuan (derma)"
Aku, "Nanti mimi tanyakan ain yer... Nak sangat pergi... Mintak2 dapat lah" 
Mimi, "Insyaallah... nanti mimi tanyakan yer" 

Macam tu lah dialong permulaannya.....
Sejak hari tu, hati aku berdebar2 je menanti kalau2 mimi ada call bagitau yang ada kekosongan untuk turut serta menunaikan umrah.... Amin...amin!

Aku tak ingat bulan berapa.... Maybe bulan 7 rasanya....
Mimi sms aku, "Salam zati, pasal umrah tu, mimi nak zati ganti mimi... sebab kalau ikut masa berangkat tu bulan 9, mimi kena ke sabah.... ikut keluarga bercuti.. so, mimi tak dapat pergi"
Laju jari jemari aku me'reply' sms mimi...
"Betul ke ni mimi? Alhamdulillah....." Punya lah aku gembira sangat sampai aku tak sedar air mata ni dah mengalir!
Cepat je aku call mama...
Dan mama menyokong kuat untuk aku pergi....
Dan sejak hari itu, doa tidak putus2 agar perjalanan aku ke sana dipermudahkan....

Lebih kurang dalam bulan 8,2011...
Berita kurang enak aku dapat...
Umrah terpaksa postponed kerana masalah sponsor..
Duit tabung perjalanan kami ke sana masih belum cukup...
Jumlah yang akan mengikut khabarnya 30 students, 3 lecturers....
Jadi, kami memerlukan duit yang agak banyak untuk menampung kos pakej kami...

Dan jadual umrah kami ditangguh ke Disember, 2011...
Aku dah risau sangat sebenarnya...
Risau takut plan umrah ini tidak jadi!

Menghampiri hujung oktober,
hati ni masih terasa belum ada tanda2 umrah bakal terjadi tahun ini...
Masuk pertengahan November 2011...
Aku kena demam.... Sehingga dimasukkan ke hospital....
2 minggu pulak tu... Ceritanya di sini ...

Aku keluar wad di pertengahan Disember, 2011...
Sepanjang aku di hospital... Aku risau sangat kerana langsung persiapan umrah aku tak dapat buat.... Dari persiapan barang2 hinggalah persiapan bersama kursus umrah...
Bila aku keluar wad, 
lagi sekali aku dapat berita, 
plan umrah postponed kepada March, 2012!
Kali ni aku sedikit lega...
Kerana aku masih punya masa...

Masa berlalu.... 
Menghampiri Februari, 2012....
Sekali lagi.... sekali lagi tarikh umrah itu terpaksa di postponed!
Mungkin akan dibuat pada May, 2012....
Dari 30 orang yang akan ikut... tinggal 20 jer katanya...
Masuk tahun baru ini, aku kena allergic... habis bengkak satu badan....
Dekat sebulan juga lah aku menanggung sakit bengkak2 di badan!

Masa berlalu lagi,
Menghampiri April....
Kami diberitahu, ada yang bermasalah dengan masa....
Class dan practical.... Tarikh ditunda lagi sekali...
Kali ini, tidak tahu bila... tetapi, Miss Halijah (lecturer yang approve ni semua) tetap mahu umrah ni berjalan....
Bulan 4 ni pula, aku kena demam....
Hampir seminggu aku terlantar di katil...
Ditambah pula aku kena excessive bleeding (menstrual cycle) dari bulan March,2012... 
Orang lain kena period 7 hari...
Aku kena 80 hari!
Sampai pucat la muka ni....

Malangnya, hujung April, 2012...
Umpama jatuh ditimpa tangga....
Bertimpa2....
Aku dapat satu berita yang hampir2 membuatkan aku hilang arah...
Pedih sangat (Maaf tak dapat dikongsi di sini ceritanya- kisah lama)
Tapi, atas sokongan ahli keluarga dan kawan2 baik...
Aku kuatkan semangan untuk berdiri....
Ditambah pula aku mendapat tahu kami sekeluarga disihir orang....
Dan aku adalah yang paling teruk dalam ahli keluarga aku yang kena...
Allah masih menguji aku....
Satu persatu lembaran dibuka... 
Ceritanya ada di sini, PART 1 dan PART 2

2 May, 2012...
Kali ini aku... aku yakin tarikh akan titetapkan...
Insya Allah, kami akan berangkat pada 6-18 July 2012 :)
Syukur....syukur...
Setelah pahit jerih aku dapat...
Tarikh akhir telah ditetapkan....
Tanah haram... aku datang :)

ps: Nantikan sambungan persiapan pula lepas ni yer....


Salam sayang,
-Ezfa-

Tuesday, December 11, 2012

Kena tipu dengan Scotia Bank dari UK

New update:
Lagi pengalaman orang yang ditipu menggunakan Scotia bank di United Kingdom untuk diberikan kepada business partner di Nigeria.


Resolved Question

Show me another»

Scam or not? ScotiaBank nigeria?

so long story short, ive been talking to this woman about this transaction thing. the bad news is that ive already sent the item to her, and she says that the money (300 ish) cannot be transfered due to the limit (which is stupid). Instead, she said that i should go do a western union transfer to her for 1000 dollars and she will pay me back. I have sent her an email about this scam (ScotiaBank), and this is the latest email..








TRANSFER LIMIT!


Dear Beneficiary, (My name)

We received a disturbing scam fraud web linkhttp://forum.lowyat.net/topic/1990716/al… from our client Mrs. _________ and she made us realize that the web link was from you. We are aware of the frauds out there and it is so unfortunate that our bank has been one of the victim banks to be listed among the major banks used for frauds by different fraudsters in different location in the world.


We are not relentless in curbing this fraud rate, we are doing everything within our capacity to protect the good image of our bank, Scotia Bank. We have been receiving several scam alerts and we are doing our very best to notify the public of this immediate danger of fraud by different individuals trying to harm the very non-suspicious public.


Mrs. Katie Graham is a certified client in our bank. This transaction has been approved by Scotia Bank and we guarantee you of appropriate transfer of the money to your account upon receiving the western union receipt. We implore you to go ahead with the payment and make provision of the receipt of payment.


Here at Scotia Bank, you can be assured that your security and safety is our topmost concern.

We hope to read back from you soon.

Sincerely,
Scotia Bank




Thank you for using Scotia Bank Online Banking System ( Wire Transfer )®. We look forward to serving your online with better services in the future.

what do i do?

Best Answer - Chosen by Asker

100% SCAM

I find it hard to believe that in 2012 there are still people who have never heard of the Nigerian scam. This scam has been going around more than 10 years

Stop talking to this criminal and file a police report. You will never get any money and your item is gone. You sent your item to a criminal who is now going to be phishing for your bank account details, not to send you money but to empty your bank account. They will make counterfeit checks in your name with your account number and use them to buy even more items being sold online and the money will be taken out of your account

There is NO Scotiabank in Nigeria. Egypt is the only country on the African continent that has a Scotiabank branch. If the email is not from @scotiabank.com (NOTHING else) then you know that email is not from Scotiabank
  • 1Rating: Good Answer
  • 0Rating: Bad Answer
Asker's Rating:
5 out of 5
Asker's Comment:
thank you guys.. unfortunately i have not heard about this thing when i should :( i feel really bad, and how do i file a police report?


Salam readers....
Sepanjang hari ni aku rasa tak sedap hati....
Memikirkan aku mungkin menjadi salah seorang "MANGSA PENIPUAN INTERNET"!
Selama ni aku baca dan dengar je cerita orang...
Tapi, hari ni.... Aku adalah salah seorang mangsa... Sobs..sobs...

Al-kisah, 
Aku ada barang yang mahu di let go secepat mungkin...
Mungkin kerana stress memegang barang tersebut terlalu lama...
Aku amik keputusan untuk menerima sesiapa sahaja yang nak beli including mereka yang berada di luar negara...
Kerana exited, aku set deal dengan orang tersebut....
Di sini, aku letak semua details dia:

Ni first email dia:
OK,how much is your best price??i currently work here in UK But i want to buy both for my client working with British American tobacco company in Nigeria,i will pay for the shipping charges..kindly check the shipping cost and get back to me with the total cost+shipment.

2nd email dia:

OK i agree with your best total cost + shipment and regarding the payment  i am going to make payment from my  bank account with (Scotiabank
                HERE IS THE STEP AND PROCEDURE OF THE PAYMENT
 1 i have sent your bank details to my bank and make the payment once they finish the payment,you will just wait for the email from my bank which inform you that i made the payment
  2 So once you got the email from my bank, you will need to go and send the item and scan the shipment receipt to my bank at (EMAIL) and once my bank got the shipment receipt they will remit the funds to your account and you will be able to receive your cash payment at your bank immediately.my bank will serve as a third party to protect both the buyer and the seller so as to make sure the business goes smooth and fine, and i hope to protects both of us So once you agree with the payment procedure i will proceed with the payment.  PLS KINDLY READ AND UNDERSTAND MY BANK PROCEDURE OKAY.

hope to hear from you soon.


Ayat tunggang langgang (baru ni aku perasan...)
Tadi aku google - Ditipu pembeli di United Kingdom menggunakan Scotia Bank. Rupa2 nya dah banyak orang kena tipu....

Aku dah post barang tu... kena charge berpuluh ringgit.....
Aku emailkan pada Scotia bank tu slip pos Malaysia tu... mula2 dia kata dalam proses... 
Tak lama lepas tu, email datang, kata duit tak dapat masuk sebab minimum duit nak dihantar ke Maybank Malaysia RM1500.... So si Muibat Azlan ni masukkan RM880..... Total sekali dengan barang tu Rm1500..... Pihak bank tu mintak aku masukkan Rm880 duit aku sendiri, baru total Rm1500 jadi milik aku....

Oleh kerana hati ni memang tak berapa rasa nak sedap sepanjang hari ni...
Aku ignore je email tu.... Aku bagi alasan kat si Muibat Azlan tu yang aku tak ada duit banyak tu... Dia macam paksa aku masukkan.... 

Baru tadi aku mintak pendapat akak polis kat rumah aku ni...
Rupa2 nya dah banyak kes kena tipu mcm ni....
Dan Scotia Bank adalah salah satu bank yang popular menelan duit ramai orang...
Aku masih bernasib baik sebab tak transfer duit tu lagi ke pihak sana....
Kalau aku dah bagi, memang aku ni bodoh kuasa 1000! 

Ni pun aku dah rugi sebenarnya...
Rugi barang dah dihantar.... Rugi puluhan ringgit kos pos laju lagi....
PENGAJARAN: Kalau menjual barang, jangan lah exited nak menjual sampai ke luar negara. Jangan masukkan duit kalau pihak sana minta. Esok aku nak call Pos Malaysia.. Sempat tak aku nak cancel barang aku tu dari diterbangkan ke Luar Negara.... Puihhh!!

Details si penipu:
here is my address in UK  muibat azlan
37 Lilac Court
Swindon
SN25 6PR
Wiltshire
ENGLAND
United Kingdom
+447031909641


Jadi, kawan2...
Sila berhati2... Jangan jadi macam saya.... Wuuuuuu.... 
Harap2 esok pos Malaysia kata barang tak hantar ke sana lagi....

Sunday, December 2, 2012

Gangguan makhluk ghaib (part 2)

Sambungan dari part 1:

Ustaz masuk...
Ustazah tu bagitau ustaz,
"Ustaz, ada benda tak kena dengan budak ni... satu badan saya rasa panas..... ustaz tengokkan.."
Aku pandang mama.... Mama apa lagi,
"Kan mama dah cakap... tu tak nak pegi lagi berubat...."
Aaaahhh... Rasa nak lari pun ada....


Ustaz ambil selimut dan bantal yang ada dalam bilik rawatan tu...
Dia suruh aku baring...
Alamak.... part macam ni yg aku tak berkenan ni...
"Bismillah......" Ustaz menekan perut kiri aku, beralaskan selimut tebal yang dibentangkan atas aku.... Sambil mulut terkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran...
Zaaap!! Terasa satu sentakan kuat dalam perut aku....
Dari rasa "wak segan", aku jadi "wak hilang segan..."
Sakit mencucuk-cucuk...menarik-narik dan ada juga rasa seperti dihiris pisau dalam perut ni.
Hanya Allah yang tahu sakitnya!
Ustaz masih lagi meneruskan bacaan....
Aku yang mulanya mengerang, mula memusingkan badan...
Nak larikan "panahan cucuk" dari ustaz...
Teresak-esak aku menangis....
Memang basah dah tudung yang aku pakai....
Tak tahu lah berapa lama masa rawatan tu diambil....
Mama, Nde Nyai (adik mama) dan anak2 dia duduk senyap je kat tepi aku....

Siap rawatan ustazah yang memegang aku sepanjang rawatan berkali-kali beri pesanan untuk jadi "kuat"...

Aku ni "kuat makan" tu kuat dah.... Mungkin rohani aku tak cukup kuat :P
Aku rapatkan dudukku dengan mama...
Mama pandang je....
"Lepas ni kita pegi berubat lagi..."
"Alaaa..... tak nak la mama.... sakit... " 
Sekali lagi aku hampir kena cubit dengan mama! Saboo je lah!

Mama: Kenapa dengan anak saya ye ustaz....
Ustaz: Dengan dia ni ada gangguan sikit.... ada pantang nak kena ikut.. jangan makan benda berbisa macam nenas dan rebung... Lepas ni, kena berubat lagi, sebab benda ni dah lama ada dalam badan. 
Aku: 'speachless'......
Mama: Pasal rumah kami kan ustaz.... macam mana nak pagar ye... hari tu saya tabur garam luar rumah, malam saya tak boleh tidur... benda tu datang marah dekat saya.... 
Ustaz: Pasangkan dulu cd surah al-baqarah 3 hari berturut.... *dan ada lagi pesanan dari ustaz yg aku pun dah x ingat* Anak ni, mandikan dengan air yang saya bagi nanti, mandi 3 hari....

Dan kami pun balik la ke rumah....
Ingatkan lepas berubat ni ok lah sikit...
Seminggu aku merana kerana kena ear infection... kena dua telinga pulak tu *agaknya kalau telinga ni ada 6, smua la kena jugak*
Menepek je la aku atas katil selama 2 minggu tu... Mama panggil kadang2 buat tak tahu....
Bukan sebab saja buat tak tahu... tapi tak dengar... telinga bengkak... rasanya lobang telinga tu dah totally block, tu yang bila orang bercakap, mama panggil jadi tak dengar tu....
2 kali aku ke klinik menukar ubat.... Dari antibiotic erythromycin yg aku guna, bertukar ke Augmentin.... ubat tahan sakit, ubat hilang bengkak tu mula2 aku makan... tapi bila datang denyut2 cinta dalam telinga ni, Masha Allah, SAKIT!! rasa nak hantuk je kepala ni ke dinding...

So, aku stop makan ubat tahan sakit, dan ubat bengkak... Aku makan Paracetamol...
Baru boleh tidur....

Ni cerita pasal sakit kat badan aku...
Bukan badan aku je sakit...
Rumah tercinta pun rupanya sakit...
Sakit angkara perbuatan khianat manusia...
Itulah, manusia kalau tak ada perasaan dengki, iri hati, dendam dan benci tu,
tak akan jadi benda2 macam ni dekat diri aku... keluarga aku dan rumah aku...
Lepas kami bercerita (di dalam rumah), merancang untuk pindah rumah...
Rumah kami nampak "sakit".... Syiling satu persatu bocor.... Luar rumah nampak suram...
Ini rosak...itu rosak... Sampai 2 tahun lepas, rumah kami dimasuki perompak...

Rupa-rupanya rumah ni pun ada perasaan...
Selama ni dia berusaha melindungi kami... panas dan hujan...
Sihir yang dihantar oleh laknatullah ini pun terlindung pada asalnya...
Sampai satu tahap, terlalu banyak 'benda' yang berada di rumah kami...
Dan satu2 kejadian berlaku....

Kelibat hitam seperti orang minyak....
Suara orang menangis sayu....
Pocong....
Telifon rumah dimain-mainkan....
Alarm rumah berbunyi di tengah malam....
Syiling rumah bergegar selepas pukul 12 tengah malam...
Binatang peliharaan di rumah satu persatu mati...
Ikan di kolam satu persatu mati (walaupun jaring dah dipasang, ikan tetap mati di luar kolam... dan perut ikan yang hilang seolah-olah dimakan rakus sedangkan isi ikan tidak terusik...)
Tengah malam berbunyi besi berlaga..
Kelibat nenek tua dalam rumah....
Rambut adik ditarik sehingga menyebabkan kepala terhentak di dinding... waktu tu pukul 2 pagi...
Badan aku lebam2... seperti digigit benda...
Nenek aku diganggu semasa tidur ketika berada di rumah aku...
Beberapa kali aku terdengar mama memanggil nama aku, pukul 4 pagi setelah aku terjaga dari tidur kerana terkejut secara tiba2...
Dalam toilet di bilik mama, bunyi bising seperti ada yang bermain air dan cebok di tengah malam...

Banyak sangat dah gangguan yang kami terima...
Seminggu selepas aku berubat,
seminggu jugak lah kami satu keluarga dengar bunyi seperti lembu disembelih di luar rumah...
Bunyi tu boleh dengar dalam pukul 2 pagi...

Mesti korang tertanya2 kenapa aku tak tidur lagi..? Aku buat apa tengah2 malam macam tu kalau dah tahu rumah teruk kena kacau.....

Sebabnya------------> AKU TAK BOLEH TIDUR!
Pusing la atas katil macam mana....
Tetap tak boleh tidur.....
Kira la kambing banyak mana....
Tetap tak boleh tidur...

Aku kuatkan semangat aku...
Tipulah kalau aku kata bunyi2 yang aku dengar tu, tak takutkan aku...
Tapi disebabkan aku TAK NAMPAK.... so aku masih kuatkan semangat!
Aku ingat ALLAH S.W.T banyak! Aku yakin ni ujian Allah utk uji iman kami anak beranak....
Allah nak uji, aku ingat tak pada-Nya ketika kejadian macam ni terjadi....
Aku yakin! Aku yakin Allah akan sentiasa bantu kami.... Allah akan sentiasa bersama kami...

Sahabat2,
andai anda juga merasai pengalaman seperti aku.....
Jangan jadikan alasan ini untuk anda hilang arah dan panduan...
SENTIASA bersama2 ahli keluarga.....
SENTIASA mendoakan kesejahteraan mereka.... keselamatan mereka...
Kita tidak keseorangan.... 
Allah ada....
Dia MAHA ADIL....
Yang menghantar itu ini pada kita....
Ini peluang kita untuk perbaiki sikap lama kita...
Moga Allah s.w.t beri balasan setimpal atas apa yang mereka dah lakukan!
Allahuakbar!!




*pesanan untuk diri sendiri dan para sahabat juga*