Salam buat semua pembaca....
Sekejap je rasa dah 11 hari aku berkubang di wad kat hospital ni...
Awal 2 hari pertama di hospital, tak keruan rasanya..
Pandang dinding tak kena,
pandang syiling tak kena,
tengok tv lagi tak kena...
terasa sangat....sangat....sangat.... BOSAN!
Beberapa hari selepas tu, baru la boleh adapt dengan wad ni....
Sepanjang aku berada kat sini,
alhamdulillah, ramai teman2 yang datang memberikan sokongan moral....
Malah, sahabat baikku, Tasha, Mimi dan Fira kerap bertandang ke mari....
Aku pulak rasa serba salah...
Diorang pun ada tugasan dan tanggungjawab lain....
Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi temanku dunia akhirat ini....
Sayangggg sangat kat korang.... ^^,
Kiri: cik mimi, cik fira, cik ezfa dan cik tasha |
Bagi yang telah bertandang ke wad saya dari mula2 saya masuk wad sampai ke semalam, Teha, Moon, Mariam, Ainul, Nawwar, Mimi, Sue, Afiq, Syireen, Nana, Andi, Nia, sahabat baik saya dari sekolah menengah dulu, Ashikin dan kawannya dari UITM.... ke ada lagi nama yang tercicir..? Hehehe...
Kiri: cik Syamimi, cik Ainul, cik Ezfa, dan cik Nawwar |
Dalam 11 hari kat sini, aku pun tak ingat berapa test dah aku buat.... Darah tak payah cakap la bertabung2 nurse dan doctor ambil..... Phew! Sampai lebam la tangan aku kiri kanan....
1st day:
- Ambil darah 1 syringe besar
- Ambil sample urine
- Ambil sample kahak
2nd day:
- Ambil darah lagi tapi syringe kecik sikit
- Ambil sample urine
- Ambil ujian x-ray
3rd-8th day:
- Ambil darah syringe kecik
- Ambil sample stool
9th day:
- Ambil darah 1 syringe kecik
- Buat ultrasound untuk check organ dalaman seperti kidneys, liver, spleen
10th day (hari yang paling banyakkkkk ujian kena buat!):
- Ambil darah at 4am 1 syringe besar
- Ambil sample belakang tekak untuk ujian H1N1
*waktu doctor masukkan swab yang besar tu, 2 kali aku nak termuntah... seksa rasanya!
- Buat ujian x-ray lagi
- ECG (electrocardiogram)
*kalau tengok pada gambar ni, paham2 je la kan.
- Lastly buat ultrasound untuk jantung (echocardiogram)
Untuk hari ni, pagi2 buta pukul 4 pagi nurse datang bagi antibiotic drip dan ambil darah 1 syringe besar macam biasa. Rasa macam da lali dengan jarum yang mencucuk kat tangan ni. Lebam sana sini tu adat la.
Petang ni tak sure doctor nak run test apa lagi untuk aku....
Tadi, aku tanya doctor, kalau kawan aku datang melawat, boleh berjangkit ke dengan aku? Sebab sekarang ni kena batuk teruk sangat, so risau kalau kita ni bagi penyakit kat orang yang datang melawat.
Doctor cakap, lebih baik jangan bagi kawan-kawan datang. Sebab batuk saya ni memang boleh bagi berjangkit pada yang datang melawat..
Aku pun cakap la, yang mama nak datang hari sabtu ni. Doctor terus melarang. Sebab mama sekarang tengah sarat, tak nak berjangkit kat dia.
Bila aku bagitau mama je, dari suara dia ceria terus dia down. Macam2 ikhtiar dia bagitau aku. Nak pakai mask la, itu la, ini la. Aku bertegas tetap tak bagi dia datang... Aku faham, hari-hari dia risaukan aku. Dalam masa yang sama, hari-hari aku risaukan condition dia. Ni mama makan tak lalu. Nurse dah bising pasal berat dia tak naik2. Sedangkan dia dah sarat. Mama...mama.... Insyaallah, kaklong survive kat sini.
*sayang mama sampai syurga :) *
Sampai sini je la aku share cerita dari wad ni ha. Insyaallah, ada idea nak menulis lagi, nanti aku post lagi. Ok?
Salam sayang dari DEMC,
- Ezfa -
No comments:
Post a Comment