Pages

Monday, May 16, 2011

Resepi Chips Chocolate (ala2 f.a tu).....

Salam buat pembaca blog EZFA...
Da lama rasanya aku x tulis berkaitan resepi...
Rindu je rasa...
Post kali ni, aku nk kongsi dengan kawan2, resepi yang datangnya dari mak ngah sanggangku....
Terima kasih mak ngah for da recipe....
And 4, cik Tasha... Sorry coz i took so much time to post dis recipe n make u wait 4 almost 1 year la pula kn... heeee...

Mari siapkan mental dan fizikal tuk buat biskut ni... Ayuh!

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 ketul butter (sy guna buttercup)
  • 2 biji telur (kuning sahaja ye)
  • 4 cawan coklat cip / 750gram
  • 2 cawan kacang almond (dibakar sehingga rangup dan ditumbuk separuh kasar)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 4 cawan tepung gandum (kalau nampak keras, jangan habiskan)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar serbuk koko (kalau nak buat dark coklat cookies, lebihkan coklat dalam 1 sudu lebih)
  • 2 cawan gula kastor


Cara membuatnya:
  • Pukul gula + butter hingga kembang
  • Masukkan perlahan-lahan telur, pukul hingga kembang
  • Masukkan esen vanilla + tepung jagung hingga sekata (jangan pukul kasar dan terlalu lama)
  • Masukkan kacang almond, coklat cip, serbuk koko dan kacau sekata tetapi tidak terlalu lama dan kasar.
  • Akhir sekali masukkan gula kastor dan tepung jagung (juga kacau sekata, JANGAN PUKUL TERLALU LAMA dan KUAT)
  • Gunakan 2 sudu untuk mengambil sedikit dari adunan dan letakkan ke dalam dulang pembakar perlahan-lahan dan lembut. JANGAN TEKAN ADUNAN untuk mengelakkan ia dari menjadi cacat dan keras
  • Bakar dalam oven bersuhu 170 degree celcius dalam tempoh 15-20 minit.
p/s: Untuk hasil yang lebih baik, gunakan tenaga tangan iaitu menggunakan sudu kayu untuk membancuh adunan. Memang terasa sangat lenguh dan penat tetapi hasilnya SANGAT AWSOME!!
sebijik biskut kt famous amo... tu lah! huuhhu...

SELAMAT MENCUBA.... nanti kalau da cuba jgn segan silu kongsikan di ruangan komen ya!

Beberapa gambar dari hasil penat lalah saya :)

yg kuning2 dalam dulang tu tepung yang aku tabur b4 letak cookies ni... Bukan kotoran OK?


ni first time buat... So, rupanya x de la cantik mana... Next time, kalau aku buat lagi, aku amik gambar lawa2, and of course rupa cookies ni pun akan diupdate...huhuhu...





Ezfa: Bila la boleh buat cookies ni lagi yek? Raya... hmm... insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment