Pages

Monday, May 16, 2011

Resepi Chips Chocolate (ala2 f.a tu).....

Salam buat pembaca blog EZFA...
Da lama rasanya aku x tulis berkaitan resepi...
Rindu je rasa...
Post kali ni, aku nk kongsi dengan kawan2, resepi yang datangnya dari mak ngah sanggangku....
Terima kasih mak ngah for da recipe....
And 4, cik Tasha... Sorry coz i took so much time to post dis recipe n make u wait 4 almost 1 year la pula kn... heeee...

Mari siapkan mental dan fizikal tuk buat biskut ni... Ayuh!

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 ketul butter (sy guna buttercup)
  • 2 biji telur (kuning sahaja ye)
  • 4 cawan coklat cip / 750gram
  • 2 cawan kacang almond (dibakar sehingga rangup dan ditumbuk separuh kasar)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 4 cawan tepung gandum (kalau nampak keras, jangan habiskan)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar serbuk koko (kalau nak buat dark coklat cookies, lebihkan coklat dalam 1 sudu lebih)
  • 2 cawan gula kastor


Cara membuatnya:
  • Pukul gula + butter hingga kembang
  • Masukkan perlahan-lahan telur, pukul hingga kembang
  • Masukkan esen vanilla + tepung jagung hingga sekata (jangan pukul kasar dan terlalu lama)
  • Masukkan kacang almond, coklat cip, serbuk koko dan kacau sekata tetapi tidak terlalu lama dan kasar.
  • Akhir sekali masukkan gula kastor dan tepung jagung (juga kacau sekata, JANGAN PUKUL TERLALU LAMA dan KUAT)
  • Gunakan 2 sudu untuk mengambil sedikit dari adunan dan letakkan ke dalam dulang pembakar perlahan-lahan dan lembut. JANGAN TEKAN ADUNAN untuk mengelakkan ia dari menjadi cacat dan keras
  • Bakar dalam oven bersuhu 170 degree celcius dalam tempoh 15-20 minit.
p/s: Untuk hasil yang lebih baik, gunakan tenaga tangan iaitu menggunakan sudu kayu untuk membancuh adunan. Memang terasa sangat lenguh dan penat tetapi hasilnya SANGAT AWSOME!!
sebijik biskut kt famous amo... tu lah! huuhhu...

SELAMAT MENCUBA.... nanti kalau da cuba jgn segan silu kongsikan di ruangan komen ya!

Beberapa gambar dari hasil penat lalah saya :)

yg kuning2 dalam dulang tu tepung yang aku tabur b4 letak cookies ni... Bukan kotoran OK?


ni first time buat... So, rupanya x de la cantik mana... Next time, kalau aku buat lagi, aku amik gambar lawa2, and of course rupa cookies ni pun akan diupdate...huhuhu...





Ezfa: Bila la boleh buat cookies ni lagi yek? Raya... hmm... insyaAllah :)

Friday, May 6, 2011

Collection of epic meal time from youtube

Salam,

Siapa sini penah tengok video dari group yang buat makanan GIGA MEGA high in cholestrol segala lah! Mereka ini memang x sayangkan jantung agaknya... Tapi kalau tengok lengan masing2, mantop jer... Past makan gi gym la kot...
Sini, aku kumpulkan some of the videos yg buatkan aku dan adik2 yang baru lepas makan lunch ari tu nak muntah balik benda yang dah dimasukkan dalam perot nih... Tapi, mengenangkan makanan yang aku makan tadi dimasak dengan penuh kasih sayang dari bonda tercinta, so, aku tahan persaan gelodak mau muntah nih! Phew.... Boley lak diorang ni letak bacon, dan bacon dan bacon yg aku rasa berlapis2... Dengar nama bacon je dah rasa loya.. tu belum tegok diorg yg 'bijaksana' ni amik seekor b*** yang agak besar ni dan bungkuskn dengan berlapis2 daging lain...

Cakap banyak pun x guna, korang layan je la video nih @_@"

And a few more videos:







 




















Dan banyak lagi.... ^_^

Game yang memang YUCKs!

Salam,
Sebelum mid sem exam minggu lepas, lecturer aku ada tunjukkan satu video dari jepun... Jepun kan suka buat game2 yang memang x masuk akal... Ada je game pelik2 diaorg buat... Hari tu, aku da search 'funny japan game', boleh la pulak keluar game yang lucah... Hdoiii... Kt situ ada 2 team, diorang kena baling bola kecik, sambil diorang berdiri atas slide yg licin dan permukaan yang tinngi ke atas.. Diaorg kena baling bola tu ke arah kotak2 kecil yang menempatkan girl jepun yang memang comel2 belaka... Nasib la kalau diaorg dapat baling tepat ke arah petak di 'atas' or 'bawah'.. Haih....

Ada yang lagi satu game tu, sorang kawan dia kena ikat kat tempat duduk, kawan sorang lagi ditonggengkan punngung (sambil mengeluarkan punggung yg x berseluar tp bercencored la), kalau dia jawab salah soalan yang ditanya MC, punggung kawannya akan semakain hampir ke mukanya dan lastly terus dia kena cium tang tempat tu... Pulak kawan dia terlepas "gas beracun", rasa memang macam nak muntah! Kuss semangat.... Bak kata abang ambulan HKLBR, "Bala ni bala, bala...bala..."

  Game yang aku tengok ni memang bakal membuatkan korang rasa nak muntah kerana beberapa ekor haiwan yang bakal mereka gunakan... x der la lucah tuk game nih... Siapa yang berani, sila tengok, korang layan sampai habis tau! Heeee




Shhh... Diam2 boley ~.~"

Assalamualaikum :)
Second entry malam ni aku nak tegur satu perangai yang aku kena hadapi siang tadi dalam lecture......
"BERBORAK DALAM KELAS TIME LECTURER MENGAJAR"

memang rasa nk marah tadi... Disebabkan ni first time bercakap dengan dia, so aku minimize-kn kata2 aku tadi...
Al-kisah siang tadi class kul 12pm, aku yang tengah bahagia duduk kt meja tu sorang2, masuk la sorang awek ni... Dah la lambat, tp, lecturer x kisah sangat time tu coz baru nk start topic... Mula2 dia ni duduk la kat belakang aku... Then, dia tukar, duk sekali semeja(yg ley muat 3 orang).. Tersengeh2 udoh rupe dia ler... Aku pun sengeh je la balik.. Dia tnya, class baru start ke..? Notes amik kt spe..? Tu ok lagi... Aku yg memang tengah KONSENTRET giler ni coz lecturer tu encem (ehem2...), ley plak mak cik ni tnya,
"Awak duduk mana..?"
"Sem ni amik berapa subject...? Subject apa..?"
"Dah sem berapa duduk kt MSU nih.."
hadoiiii... suara dia pun rasanya lecturer ley dengar... tension betul aden! Dah termiss apa yg sir Mahathir cakap... Aku habis cuba x mau cakap sangat... Dia plak banyak soklan...

So, kawan2 kt sana, tolong.... tolong dan tolong la jangan ajak saya berborak time sy tengah dengar lecture yer... kalau setakat nak tanya soalan yg tak paham ke, termiss apa yg lecture bagitau ke, nk pinjam pen, pemadam satu pencil box ker, X PER... SY X KISAH... tp tolong la jangan ajak berborak dan silap ari bulan, kena halau kelas... Nauzubillah... x mau seyh!

Boley yer.... Pesanan ringkas dibawakan tulus dari hati yang ikhlas dan sedikit geram siang tadi 0_0'



Thursday, May 5, 2011

Selamat Pengantin Baru Asyikin dan suami, Nakir

Salam sayang buat readers....
Dah berbulan aku tinggalkan blog ni sepi x berupdate...
Disebabkn mid sem short sem bru je habis, so aku bersemangat sket nk update mana2 yg aku boleh share... Ada kawan tanya, bila nk update blog... Maaf yer... Sibuk (yg x berapa sibuk kdg2)... Dan selebihnya malas yg lebih menguasai...

Hari ni aku nk cerita pasal Hari Pernikahan sahabat seperjuangan dari tingkatan 1 hingga 5 di SMK Seri Kuantan @ nama barunya, SMK Sultanah Hajjah Kalsom tercinta :)

Bukan Asyikin Azaluddin sahaja yang baru melangsungkan perkahwinan, tapi ada sorang lagi sahabat yang sekelas dengan aku dulu time form 1-2 (klu x silap..hehehe) Syafiq Sharipudin yg juga telah selamat bernikah dengan pasangannya, Syafiqah (aku suka couple ni... Hubby nama Syafiq, wife nama Syafiqah... Soooo sweet LAH!) pada Febuari,2011 lalu...

Di sini, aku share sikit gambar Wedding Day Asyikin Azaluddin dengan hubby tercintanya...







Lokasi: Lepar Hilir 4, Gambang, Pahang
Tarikh: 1/05/2011
Comment: Sangat CANTIK ok! Seri pengantin yang sangat berseri2.. Seronok betul tengok...
Buat sahabat, Nurul Asyikin Azaluddin dan suami, Nakir, Selamat Pengantin Baru, semoga sabar dan ikhlas dalam melayari alam rumahtangga. Semoga dianugrahkan anak2 yg soleh dan solehah. Semoga kekal bahagia hingga syurga. Amin... :)


Dan, seorang lagi pasangan pengantin tahun ini, Syafiq dan Syafiqah :)




Buat sweet couple ni, semoga bahagia hingga syurga dan dianugrahkan zuriat yang soleh dan solehah... Amin :)

So kawan2, sapa pulak lepas ni..?? Awak..? Kamu..? Dia..? Aku..???? hahahaha... no way!
Sambil tu, aku selitkan lah kat sini, lagu pengantin baru, khas untuk semua sahabat2 aku yg kawin tahun ni, sebelumnya, or akan datang..... Pok pam pok pam puuummm pom pom pom (cam dah bunyi mercun je ni) ^__^v



aku: kawin nnt nk kaler merah ke ek..? ke nk cari wane yg uptodate... heeee