Salam buat semua pembaca....
Semalam, 19/03/2011 aku, mama, nia, niqa, nurin and hannah balik ke kg mama di Jengka 4. Kami tiba di kampung pd pukul 2 lebih. Lama giler tak balik kampung. Lepak2 kt kg memang best. Pada petangnya hari hujan, so x der la panas sgt =P
Lepas solat maghrib dan dinner, kami berkemas2 untuk balik ke Temerloh, dalam riuh2 suasana tu, mama ternampak kereta di rumah tok sebelah kerana sebelum ni tok tu masuk hospital. Mama singgah la melalui pintu dapur. Laluan tu gelap sangat2. Time tuh anak tok yg buka, ayah edi. Hannah ada dengan aku and nia dalam kereta. Dia dah bising2 nak keluar nak pegi kat mama. Time tu dalam kul 9mlm. Dalam aku larang dia, hannah tetap buka pintu nak keluar. Time tuh mama da masuk dekat tempat driver. Dia lari keluar dari kereta, dan menuju ke pintu dapur rumah tok tu. Tapi, seorang pun tak ada. Aku pandang hannah je. Macam tak boleh buat apa2. Yang ada paling dekat dengan dia, mak sedara aku, Nde Andak. Dah la nde tengah dukung baby dia.
Tiba2 nde andak menjerit kata hannah berlari ke belakang rumah tok sebelah yg SANGAT2 GELAP! Aku stil x bertindak. Aku, dania n mama dalam kereta x bergerak langsung untuk ambil adik. Aku x tau kenapa. Macam terpaku. Nde andak berlari ambil hannah sambil dia mendukung baby dia, Hasif. Laju nde andak berjalan sambil memegang tangan hannah ke kereta. Nde pesan suruh bawa adik masuk kereta cepat. Aku rasa tak sedap hati. Hannah yang bising2 tadi tiba2 jadi senyap. tak bercakap.
Aku masukkan hannah ke tempat duduk depan. Duduk sekali dengan aku. Tok wan pesan suruh bacakan ayat Kursi dekat telinga dia. Lagi la aku rasa lain macam. Mama dgn dani tgh cuti2... Waktu mama reverse kn kereta, aku rasa x sedap hati. Sebelum kami keluar dari kawasan rumah tok n tokwan, mama buka tingkap di depan porch kereta tok di mana semua orang tgh berkumpul. Mak sedara aku seorang lagi riuh memanggil anak2 nya masuk.
Waktu mama stop tu, nde cik yg ada di belakang nde nyai kata yg ada benda panggil hannah. Dia ada kelebihan. Sebelum nih dia memang nampak 'benda2' yg ada di sekeliling dia. Ni semua dengan izin Allah. Dia tak minta untuk dibuka mata batin. Tapi itulah yang berlaku pada dia.
Nde cik kata lagi, benda tu dah lama panggil hannah. Start hannah duduk dalam kereta lagi. Sebab tu hannah beria-ria nak keluar. Waktu nde cik bagitau kitaorang, memang meremang la bulu roma. Cepat2 mama naikkan tingkap. Tok n tok wan pesan suruh drive elok. Baca ayat2 suci dan bisikkan di telinga hannah.
Sepanjang perjalanan aku baca ayat 5,7 dan 15 dari buku surah2 pilihan yang aku memang letakkan di dalam kereta. Alhamdulillah, tepat 10.40mlm, kami tiba di rumah. Sebelum kami masuk ke rumah, mama call angah, pesan kat dia suruh pasangkan ayat 14 dari handphone angah di bilik mama. Angah ni pun sengal. Duk tanya kenapa... kenapa.... Rasa cam nak bagi makan kasut je kat mak cik nih. Sebelum masuk rumah, mama pesan kat kami adik beradik untuk bagi salam dan langkah ke dalam rumah dengan kaki kanan. Dan angah mama pesan untuk jawab salam tu. Angah ni main2. Jawab tak betul. Rasanya kena cubit dengan mama.
Dalam sejam kami dekat rumah, Hannah baru bangun dari tidur. Menangis2 dia. Tak nak berenggang dari mama. Mama rsa pelik. B4 dia, dia kalau bngun tido tak penah menangis. Bacaan ayat 14 stil dipasang di bilik, ruang tamu dan dapur rumah sampai kali ke berapa tak tau la. Sebelum tido, aku tanya hannah, apa yg dia nampak. Dia kata, dia nampak mama panggil dia, tapi rupa mama macam hantu kak limah. Dia cakap kak limah je aku dah gelak2. Hadoiii adik aku nih... Hannah kata lagi, rambut dia mengembang (tp cara dia ckp bkn gini la ek.. sy translate je.. minah ni agak pelat).
Yg membuatkan aku rsa x sedap badan bila Hannah kata dia terbang ke atas. Pakai baju putih, tangan dia diluruskan ke atas dan terbang (dah macam superman da kn?) Untuk pengetahuan korang, hannah sekarang berusia 2 tahun 7bulan. Walaupun sebutannya tidak jelas, tapi dia berusaha menceritakan apa yg dia nampak. B4 dis banyak kali dah dia nampak 'benda' kat rumah. yg itu akan aku cerita kemudian.
Pagi tadi, mama telifon tok wan. Yang ni lgi seram. Tok wan kata benda tu marah mak sedara aku ambil hannah coz dia tak sempat nak ambil hannah. Benda tu datang ke dapur tok wan aku. Dengan mata merah menyala, dia memandang ke mak sedara aku yg boleh melihat 'benda2' tu. Nde cik terus pergi ke tok wan. Dia rasa x sedap hati. Lebih teruk lagi, benda tu mengelilingi rumah tokwan untuk mencari hannah. 'Benda' tu mengintai di setiap tingkap untuk cari hannah. Korang bayangkan lah. Seram kan...? Nasib baik la kami dah balik rumah. Kalau tak, tak boleh tidur la aku....
Mama tanya la nde cik, camne rupa benda yg nde cik nampak tu (mama tak bagitau lagi apa yg hannah nampak). Nde cik cakap, rupa 'benda' tu perempuan, rambut mengerbang, mata merah dan nampak macam berumur dalam 40-an. Memang sama apa yg hannah nampak sebab hannah nampak macam mama yg panggil dia. Dia ingatkn mama, sebab tu dia berlari mengikut benda tu. Nasib baik nde andak sempat bertindak, kalau tak hannah dah boleh dibawa lari oleh benda tu. Malam tadi, tok aku pun meremang bulu roma bila dia melalui dapur. Aku rasa benda tu tunggu hannah kat situ.
"Ya, Allah, ku pohon pada-Mu agar dilindungi dari perkara2 ghaib yg cuba memesongkan dan mengganggu keluargaku...."
Lepas ni kami kena lebih berhati2 dan memberi tumpuan pada Hannah.
Macam ni la kot rupa 'benda' tu |
huishhhh...seram nieh citenye...takot2..huhu..
ReplyDeletekan..???
ReplyDeletensib baik mak sedara sy smpat brtindak.. klu x.. x tau la...
x ley blah benda tu cari keliling umah... haih...