Pages

Thursday, December 15, 2011

11 hari dalam wad di DEMC

Salam buat semua pembaca....
Sekejap je rasa dah 11 hari aku berkubang di wad kat hospital ni...
Awal 2 hari pertama di hospital, tak keruan rasanya..
Pandang dinding tak kena, 
pandang syiling tak kena,
tengok tv lagi tak kena...
terasa sangat....sangat....sangat.... BOSAN!

Beberapa hari selepas tu, baru la boleh adapt dengan wad ni....
Sepanjang aku berada kat sini,
alhamdulillah, ramai teman2 yang datang memberikan sokongan moral....
Malah, sahabat baikku, Tasha, Mimi dan Fira kerap bertandang ke mari....
Aku pulak rasa serba salah...
Diorang pun ada tugasan dan tanggungjawab lain....
Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi temanku dunia akhirat ini....
Sayangggg sangat kat korang.... ^^,
Kiri: cik mimi, cik fira, cik ezfa dan cik tasha


Bagi yang telah bertandang ke wad saya dari mula2 saya masuk wad sampai ke semalam, Teha, Moon, Mariam, Ainul, Nawwar, Mimi, Sue, Afiq, Syireen, Nana, Andi, Nia, sahabat baik saya dari sekolah menengah dulu, Ashikin dan kawannya dari UITM.... ke ada lagi nama yang tercicir..? Hehehe...

Kiri: cik Syamimi, cik Ainul, cik Ezfa, dan cik Nawwar

Dalam 11 hari kat sini, aku pun tak ingat berapa test dah aku buat.... Darah tak payah cakap la bertabung2 nurse dan doctor ambil..... Phew! Sampai lebam la tangan aku kiri kanan....

1st day:
- Ambil darah 1 syringe besar

- Ambil sample urine

- Ambil sample kahak

2nd day:
- Ambil darah lagi tapi syringe kecik sikit
- Ambil sample urine
- Ambil ujian x-ray


3rd-8th day:
- Ambil darah syringe kecik
- Ambil sample stool

9th day:
- Ambil darah 1 syringe kecik
- Buat ultrasound untuk check organ dalaman seperti kidneys, liver, spleen

10th day (hari yang paling banyakkkkk ujian kena buat!):
- Ambil darah at 4am 1 syringe besar
- Ambil sample belakang tekak untuk ujian H1N1
*waktu doctor masukkan swab yang besar tu, 2 kali aku nak termuntah... seksa rasanya!

- Buat ujian x-ray lagi
- ECG (electrocardiogram)
*kalau tengok pada gambar ni, paham2 je la kan. 

- Lastly buat ultrasound untuk jantung (echocardiogram)


Untuk hari ni, pagi2 buta pukul 4 pagi nurse datang bagi antibiotic drip dan ambil darah 1 syringe besar macam biasa. Rasa macam da lali dengan jarum yang mencucuk kat tangan ni. Lebam sana sini tu adat la.

Petang ni tak sure doctor nak run test apa lagi untuk aku....

Tadi, aku tanya doctor, kalau kawan aku datang melawat, boleh berjangkit ke dengan aku? Sebab sekarang ni kena batuk teruk sangat, so risau kalau kita ni bagi penyakit kat orang yang datang melawat.

Doctor cakap, lebih baik jangan bagi kawan-kawan datang. Sebab batuk saya ni memang boleh bagi berjangkit pada yang datang melawat.. 

Aku pun cakap la, yang mama nak datang hari sabtu ni. Doctor terus melarang. Sebab mama sekarang tengah sarat, tak nak berjangkit kat dia. 

Bila aku bagitau mama je, dari suara dia ceria terus dia down. Macam2 ikhtiar dia bagitau aku. Nak pakai mask la, itu la, ini la. Aku bertegas tetap tak bagi dia datang... Aku faham, hari-hari dia risaukan aku. Dalam masa yang sama, hari-hari aku risaukan condition dia. Ni mama makan tak lalu. Nurse dah bising pasal berat dia tak naik2. Sedangkan dia dah sarat. Mama...mama.... Insyaallah, kaklong survive kat sini.

*sayang mama sampai syurga :) *

Sampai sini je la aku share cerita dari wad ni ha. Insyaallah, ada idea nak menulis lagi, nanti aku post lagi. Ok?

Salam sayang dari DEMC,
- Ezfa -

Wednesday, December 14, 2011

Apa itu Mycoplasma Pneumonia and Escherichia Coli (E.Coli)

Salam dear readers dan selamat tengah hari....
Tik tok tik tok dah 10 hari aku "berkubang" di Darul Ehsan Medical Center (DEMC)....
Perkara yang sama aku buat hampir setiap hari...


Ringkasan jadual:
5am - Nurse kejut untuk ambil tekanan darah, bagi antibiotic, ambil darah/ urine sample / stool sample and amik suhu badan...
8am - Nurse hantar breakfast, cuci bilik, aku amik sarapan...
10am - Doctor and nurse datang untuk buat pemantauan kat aku, amik tekanan darah, suhu badan, explain sana sini :)
12pm - Nurse hantar lunch, aku makan, lepas makan terbongkang atas katil :P
2pm - Nurse datang ambil tekanan darah, suhu badan and bagi ubat demam n batuk....
5pm - Nurse and doctor datang lagi untuk ambil tekanan darah, suhu badan dan check breathing aku...
6pm - Nurse hantar dinner, aku melantak lagi..
8pm - Nurse datang ambil tekanan darah and suhu badan...

dan seterusnya berulang.... ulang.... dan ulang.... 5 hari pertama memang wajib setiap hari ambil urine sample and blood sample... Sakit..?? Memang sakit terutamanya bila second day tu, 6 kali nurse cucuk tangan aku... Katanya darah tak mau keluar... Cucuk, tarik.... Cucuk, tarik..... 1 kali di pelipat tangan (dekat atas siku tu), 3 kali di tepi pergelangan tangan, dan 2 kali di belakang tapak tangan.... Memang rasa nak marah sangat kat nurse tu... Tapi, disebabkan pinggang and kaki aku yang lebih sakit, so aku masih dapat bertahan. Sakit di pinggang aku lebih sakit dari kena cucuk jarum... Bayangkan!

Cukup serba sedikit luahan hati perasaan berada di hospital, aku nak share dengan semua sahabat mengenai jangkitan yang aku dapat....

1. Mycoplasma Pneumonia

2. Escherichia Coli (E.coli)

Mula-mula masuk wad tu, doctor detect Mycoplasma tu dalam urine aku. So, katanya aku kena urine infection atau saintificnya UTI (urinary tract infection). 

Macam mana aku dapat UTI ni..?



Teringat kembali zaman di semester 3, aku belajar Clinical Microbiology dengan seorang lecturer menyinga dari India ni haaa.... Bila di wad ni aku tersenyum sendiri..
Aku selalu cerita kat mama macam mana E.coli dari anus, boleh beralih arah ke urethra. 
E.coli yang berada di anus, boleh "transfer" ke urethra, jika berlaku kesilapan ketika "cleaning prosess" tu..... So, berhati2 ya kaum hawa.... Kadang2 kita rasa cara cucian dah betul, hakikatnya, bacteria itu boleh berpindah ke urinary system kita....

Akibatnya, kerana aku demam agak lama, E.coli tu dah masuk ke dalam salur darah aku. Dan hidup melata di dalam badan ni. Kesannya, setiap sendi kaki dan pinggang aku sakit seperti dicucuk-cucuk dan dihiris dengan pisau.

Punca aku dapat E.coli ni..?


Doctor assumed aku dapat dari makanan yang tercemar. Bila makan, aku kena diarrhea. Dan proses seterusnya macam di atas tu. Pusing2, situ juga... Haih, sabo je lah. 

Apa itu E.coli?
- Ianya merupakan gram negative bacteria
- Berbentuk rod shape (if observed under microscope)
- Biasanya boleh ditemui di lower intestine of warm blooded organisms (endotherms)
- Boleh menyebabkan keracunan makanan
- Manakala virulent strains of E. coli boleh menyebabkan gastroenteritisurinary tract infections, and neonatal meningitis
- In rare case, virulent strains are also responsible for hemolytic-uremic syndrome,peritonitismastitissepticemia and Gram-negative pneumonia.

Jangan dipandang sebelah mata bacteria ni. Sakit di badan kesan presence bacteria ni, memang tak tido malam. Seksa!

Itu cerita pasal E.coli.... Ni cerita pasal Mycoplasma Pneumonia pula....


Mana aku boley dapat Mycoplasma ni..?
Doc kata kemungkinan aku ada kat tempat yang udaranya tercemar dengan mycoplasma ni... Aku inhaled, masuk dalam lungs, last2, circulate dalam darah.


Akibatnya, aku kena batuk dan selsema... Kerana Mycoplasma yang aku kena ni jenis Pneumonia..... 
So far kat hospital ni, dah 2 kali buat x-ray... 
Yang first tu tak ada apa2 masalah....
Tadi baru buat x-ray ke 2.... 
Petang ni dengar la explaination dari doctor if there is any abnormalities pada gambar x-ray tu...


Apa itu Mycoplasma Pneumonia..?




Mycoplasma Pneumonia merupakan jangkitan di dalam paru-paru kerana kehadiran bacteria Mycoplasma pneumoniae / M.pneumoniae.
Kesan dari jangkitan tu, kita boleh kena Atypical pneumonia atau Viral pneumonia. 
Untuk kes aku, tak sure aku kena side mana... Kena tanya doctor balik ni....




Biasanya mycoplasma ni serang orang muda, yang berumur 40 ke bawah. 
Antara yang berisiko untuk dapat jangkitan ni pada orang yang bekerja / tinggal di kawasan yang sesak seperti di tempat belajar dll. 


Simptoms.... 
Common symtoms:
- Sakit di bahagian dada
- Menggigil
- Batuk, biasanya kering dan tidak berdarah
- Berpeluh berlebihan
- Demam (sangat tinggi)
- Sakit kepala
- Sakit tekak / tekak swallowed


*semua symptom tu ada pada aku...


Less common symptoms:
- Sakit di dalam telinga
- Sakit mata, atau bengkak
- Sakit di bahagian otot dan joint stiffness
- Neck lump
- Bernafas laju
- Skin lesions atau rash


Untuk menguji kehadiran E.coli dan Mycoplasma pneumonia tu, doctor akan runs beberapa blood test, x-ray, urinary test, dan test on stool.


Sini je la aku dapat cerita serba sedikit apa yang terjadi pada aku.....
Kalau ada info lebih nanti, aku post lagi :)


Sahabat semua,
doakan kesejahteraan kesihatan saya....
Semoga Allah merahmati kalian... Amin...






Salam sayang dari DEMC,
- Ezfa - 

Monday, December 5, 2011

Demam, menggigil dan sakit sendi

Salam readers....
Post hari ni aku nak share pasal demam....
JANGAN ambil mudah pasal demam...

Aku kena demam da lebih 2 minggu....
Before this da 2 kali jumpa doctor kt Temerloh.... 
Rasa geram sungguh dengan doc yang bertugas tu...
Yang first, tanya sakit apa sambil sms....
Yang second, mulut doc tu berat je nak tanya detail kt kita...
Aku pula yang membebel panjang...
Last2, 2-2 antibiotic dari doc2 tu tak jalan dengan aku...
Seksanya la menanggung sakit...

Awal subuh, sakit sendi dari pinggang ke kaki...
Kalau berjalan nak ke toilet tu da macam orang dalam pantang bersalin....
Masuk pukul 10 lebih, dah kuat sikit badan ni...
Tapi kuat ni tak bertahan lama....
Kalau petang hujan (pulak sekarang memang musim hujan), 
lutut ni da start menggeleter...
Jari-jemari sejuk...
Bila rasa kat pipi, panas bukan main lagi...

Berbungkus aku macam zombi atas katil setiap kali lepas isyak setiap malam...
Hari ni, aku tekad nak pegi hospital pakar... dekat DEMC, specialist kt Shah Alam...
Nak buat blood test... takut kena denggi sebenarnya...
Bila da buat blood test, doc tak puas hati... darah ok je.... Tapi kenapa aku kena demam 2 minggu...
Skali lagi aku kena test.... Urinary test...
Waktu amik sample urine tu baru perasan yang urine aku keruh.... warna coklet....

Tak lama lepas tu, doc panggil lagi.... Dia kata ada infection dlm air kencing aku...
Puncnya dia tak tahu.... 
Sedihnya---- aku kena tahan kat ospital tu....
AKu tanya dia, boleh tak transfer ke hospital besar temerloh...
Dia cakap dia tak yakin hospital temerloh boleh terima....
Disebabkan sini pakar, penjagaan lebih baik... 
Dia boleh buat surat so that aku ley masuk wad kt temerloh...
Tapi.... itu la... susah nak cakap...
Lagipun aku ada kad insuran perubatan...
Semua kos wad ditanggung insuran....
Mama and abah pun suruh stay kat sana....
Aku:--------> pasrah je la :(

fakta kali ni:
1. Ni first time aku masuk hospital (ward)..... tapi, time first time ni la jugak parents aku tak ada kat sisi... sob..sob....
2. Demam berpanjangan 2 minggu, dan sakit sendi seluruh badan, especially time malam dan cuaca sejuk dan kena aircond-----------> sakit tak tertahan.....
3. Seminggu baru ni, aku tak boleh solat secara normal... kena pakai kerusi.... coz aku tak boleh rukuk and sujud... rasa lutut macam kena siat2 je dengan pisau...

Doakan aku cepat sembuh seperti sediakala ye teman2 :)

Thursday, November 3, 2011

Short post: Tekanan

Salam readers....

Short post utk hari ni,
aku nak mengadu pasal tekanan....
Banyaknya tekanan yang aku dapat lately...
Nama je cuti...
Sakit kat kepala ni Allah s.w.t je yg tahu...
Atas, 
Bawah,
Kiri,
Kanan...

Semuanya tekanan buat aku...
Sesak rasanya dada ni nak bernafas...
Senaknya otak ini tika memikirkannya...
Hanya pada Allah tempat aku mengadu...
Tiada yg lain....
Baik mama, abah, adik2 atau kawan2...

Aku tak mahu give up....
Tidak sekali2...

Monday, October 24, 2011

Short post: Setahun ini....

Salam readers...
Sikit je aku nak post...

Alhamdulillah...
"Setahun" sudah :)




Insyaallah,
nanti aku ceritakan ^^,

Wednesday, August 24, 2011

Seronoknya balik raya 2011

Salam di tengah malam yang dingin semua!


Esok hari apa..??
RABU!!!
Yeay.... 


Kenapa aku exited semacam nak balik raya kali ni..?
1. Sebab beli banyak handbag kat sogo..? NOPE!
2. Sebab nak bawa balik banyak baju kotor..? NOPE! Pemalas la ezfa nih!
3. Sebab esok ko sampai rumah lambat sebab ko bertolak kul 6 dari shah alam? NOPE! 
4. Sebab aku nak ketuk kepala ko sebab.... sebab.... "heheheheh.... jangan marah mak"


Al-kisah, 
Perkara yang aku idam-idamkan selama ini...
Ce teka.... Ce teka....
OK! Enough with the guessing....
Kerana,
Kini, aku punyai kad TOUCH N GO sendiri- berhad!


Touch n go special punya :)

Aku penah survey harga untuk buat kad touch and go kat pluss....
Akak tu cakap, RM70...
Mak aih.... Mahal bebeno....
Koi tak cukup budget... hehehehe

Nak dijadikan cerita,
rezeki ramadhan gamoknya....
Aku nak beli makanan untuk berbuka...
Sekali ada abang-abang kad touch n go promote kat aku...

"Dik, mai beli kad touch n go untuk balik raya ni.."
"Berapa harga bang..?"
"RM10... kami tengah buat promosi... bla bla bla bla... free bla bla bla bla... dapat bla bla bla bla"
"Ooooooooo..... saya amik la satu"

Exited giler aku....
Yeah... Aku dapat kad touch n go dengan harga RM10, dengan berisi duit RM5 dalam kad tu....
Mudah la sikit perjalanan cuti ni nanti... 
Tak perlu beratur panjang macam ari tu...
Setengah jam weih kat tol karak....
Tak suke... tak suke... tak suke....!

Second thing yang aku rasa exited ni...
Sebabnya,
tahun ni aku balik dengan kekasih tersayang....
Yup! Teman, sahabat dan kekasih kemana jua aku pegi....
Nama dia......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
CC.....
Kaler putih.....
Wangi macam kat lovely lace :)
Tapi, kalau 3 minggu aku tak balik Temerloh,
huih.... kotornya tak hengat!
Aku sayang CC sangat2! Nomu nomu nomu chuae :)

CC di parking hostel :)
Sian kena jemur, berujan kat situ....

Tahun ni, first time aku balik dengan minah ni... 
heee....
Semoga dipermudahkan perjalanan ku Ya Allah pada esok hari...
Kerana aku akan bertolak dari Shah Alam pukul 6ptg...
Tambah jam, sejam....
Sampai rumah dalam pukul 9mlm la rasanya....

So,
SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN... ^___^v

Sape-sape yang drive sendiri tu, 
drive baik-baik...
Kalau mengantuk, berhenti kat RnR....
Sebelum bertolak, jangan lupa baca doa naik kenderaan...

Sape-sape yang naik bas tu...
Jangan lupa baca doa naik kenderaan...

Have a safe JOURNEYS guys!


Salam sebelum balik raya,
- Ezfa -



HAZAMI - Mungkir bahagia



Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri
Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
Tuk mengungkap rindu
(Korus)
Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Ku kesali
Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan
Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku
(Ulang korus 2x)
Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya
Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia



Salam readers....
Kenapa aku tiba-tiba post lirik lagu ni..?
Aku tengah dengar Sinar fm sambil kemas-kemas barang nak balik raya....
Elok-elok aku tengah dengar lagu raya tu, tiba-tiba masuk lagu ni...
Menusuk kalbu weih....
Sabo je lah!

Sambil dengar lagu dari Hazami ni, 
Terkenang-kenang kisah dulu....
Kisah kini pun aku teringat jugak...
Haih, susahnya bila jadi seorang yang mudah tersentuh perasaannya....

Semoga jalanku dan dia dipermudahkan Allah s.w.t...
Dengan harapan hadirlah rasa bahagia itu berkat kesabaranku selama ini...
Senang cakap, 
Ya, Aku sedang RINDU! 
Rindu yang rasa macam nak pecah dada ni....

Doaku buatnya tidak putus ku titipkan setiap hari....
Agar dipermudahkan urusannya di sana...
Agar selamat kepulangannya ke mari....
Insyaallah :)

Sambil jiwang2 sikit sebelum ni,
entah datang mana idea nak buat ayat ni,



Kutenung dada langit....
Pana, dan masih lembut ku memandang ke arahnya....
Kerana aku tahu, kita melihat bulan yang sama....
Mungkin bintang dan awan yang berbeza......
Dengan harapan....
Moga doaku buatmu sampai di sana....

Insyaallah :)



Salam sayang,
- Ezfa -

Tuesday, August 23, 2011

Akan Datang..... Hulma Rania

Salam readers,

Akan datang,
HULMA RANIA :)

Siapa Hulma Rania...?
Artis ke..? Oh NO NO NO! Tak suke artis-artis ni :P
Bakal doctor ke..? Insyaallah
Bakal engineer ke..? Insyaallah
Bakal mengharumkan nama negara ke..? Insyaallah

Mula-mula berita mengenai akan datangnya si Hulma Rania ni aku sambut dengan dingin!
Aku tak suka.... Aku rasa macam ramai sangat dah.... Serabut!
Sebabnya mengenangkan sikap si Nurin and Niqa yang memang suka naikkan darah aku....


Tapi, melihatkan bonda bersungguh-sungguh.... Doanya tak putus-putus.... Aku mula redha...
Tak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada bonda...
Tak mahu bonda rasa tersisih...
Tak mahu bonda rasa terbeban dengan ketidak-puas hati kami semua...


Sekarang, 5 bulan sudah si Hulma Rania ni terpelihara bersama bondanya....
Hanya kadang-kadang kami bermain dengannya...
Pada mulannya kami memanggilnya dengan panggilan Muhammad Auzaie...
Dengan harapan si Putera pula peneman setia....

Insyaallah... Dengan semangat bonda, 
akan datangnya Hulma Rania yang dinanti....
Semoga dipermudahkan segalanya....
Amin ^_^


Hannah Sofia dengan "coming soon"

Ezfa: Cari-cari nama semalam macam berkenan dengan nama Amanda... Alisha Nur Amanda... Haih, sabo je lah... Nak kawin lambat lagi... ^__^v


Salam sayang,
- Ezfa - 

Sunday, August 21, 2011

Raya vs. orang mulut becok sibuk bertanya!

Salam buat readers....
Agaknya kenapa yer aku buat headline macam kat atas tu....
Sebabnya, selama 21 tahun aku bernafas, aku lemas dengan segala pertanyaan si polan bin ponpon.... 

KENAPA..???

Yang aku geram-nya, soklan2 cepu mas timah semua dia nak tanya bila aku balik kampung, nak bercuti.... Kita mood tengah baik, ko bak datang sini, hilang terus mood aku.... DOWN giler!
Cik Polan oiii, aku bukanlah manusia sempurna macam ko.... 
"Belajar sampai over the sea"
"Pointer ko 4.0 sokmo"
"Muke ko cantik and kacak tak hengat!"
"Ko kaye giler sampai rumah ko ley lawan tingginya rumah kat Dubai tu"
"Suara ko sedap sampai semua orang mabuk kepayang kat ko"
"Ko masak sedap giler... sampai semua orang nak makan ko lah pasal tak cukup"

*kenapa aku letak tanya kat atas.... Ala.... Macam TANGAN KE DADA, MATA KE ATAS TU! Paham-paham je lah...*


Sebagai contoh....

1. Aku nak ambil UPSR...*tahun 2002*
Si polan: Eh k.long dapat berapa A trial hari tu...? 
Aku: hmmm..... 3A je... *rasa down giler*
Si polan: 3A jer..?? Teruknya... Ko blajar ke tak kt sekolah tu.... Main je keje... bla bla bla bla bla..
Aku: T________T

2. Aku dapat result SPM... *tahun 2007*
Si polan: K.long dapat berapa SPM..?
Aku: Hmmmmmmmmm....... 3 jer....
Si polan: 3...???????? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha (macam nak terbako je urat telinga aku dengar dia gelak!) Tak de la kalau macam ni.... Dapat banyak tu... Mana tempat belajar yang ambik budak dapat 3A je...? 
Aku: T_____________T


Lagi contoh pasal jerawat....
- Dulu, aku kena jerawat teruk sangat kat muka.... Start darjah 6... Macam gunung berapi meletup-letup.... Tapi, kini tidak lagi... Gunalah sabun cap ayam tak pakai kasut! 

Si polan: Eh, apesal teruk beno muke ko ni kaklong? Dah macam kawah bulan... Macam gunung berapi meletup-letup pun ada....
Aku: err..?? T____T


Apa perasaan korang bila jadi macam ni... Geram kan..? Penat dah aku nak melarikan diri, menangis... Sebab soalan2 dari si polan ni yang langsung tak memberi kata semangat... Tau nak fire aku je... Fap...Fap....Fap! Aku bukanlah macam orang lain yang spm nya hebat, belajar tempat yang hebat.... Dan pujian padanya hebat2... 

Tu baru scene belajar... Belum lagi scene pasal berat badan! WHAT????

Contoh:
Si polan: Eh, ko ni makin gemuk yer kaklong.... Dah macam Shanie... *kebetulan ada citer ape tah kat tv, ada Shanie kat situ... Then, semua orang gelak .....*
Aku: T____________T

Lagi:
Si polan: Huihhh k.long, beso nye badan, kalah mama.... Makan apa jadi macam ayam daging ni... Kuat makan lah ni!
*semua orang kat situ gelak lagi....*
Aku: T___________T

Dan lagi:
Si polan: Eh k.long, aku ingat ko da kurus, makin gemok ada.... Tak reti2 nak diet ke..??
*Semua orang kt situ gelak*
Aku: T______T

Dan paling teruk aku kena:
Si polan: Woi gemok, bila nak diet???
AKu: @(@)*@(*$*&$*($&@%$&%@&


Tada!!! Bulat kan Ezfa :)


Haih.... Penat la kalau macam ni.... Nak jawab.... Dan jawab.... Jawab lagi.... PENAT TAU!
Aku pun ada perasaan.... Bukan aku tak cuba untuk mengubah penampilan diri... Tapi, semangat kuat tu belum ada... hehehhe.... Tapi, aku memang selalu makan hati la... Kalau balik kampung, mati selera anak tekak aku... Padahal perut aku lapar.... Aku tak sanggup nak menahan peritnya telinga ni dengar FIRE ko tuh....

Alahai orang perasan bagus.....!
Tapi kan, tahun ni muka aku bulat lagi... hahahhaha
Ada mak KESAH??
Sebab mak ada mulut nak menjawap...
Tak pun mak buat muka je nanti...
Tapi, mak takut, benteng air mata pecah lagi nanti.....
Aduhaiii lah EZFA!

sabo je lah!
Aku tau, Allah Maha mendengar rintihanku..... Doaku..... Dan kupohon ketenangan dalam berhadapan gelagat manusia2 yang macam ni....




Ezfa: Ooooo...lalalala.... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya... Lalalalalala...... ^___^v 


Salam luahan rasa,
-Ezfa-

Saturday, August 6, 2011

Oooooo.... tak puasa yer..????

Salam readers,
Rajin la pula aku post entry pagi2 cuti yang indah ni yer..?
Semua tengak nyenyak diulit mimpi.... 
Aku ni terhiper active sampai tak boleh tidur dah lepas subuh tadi...
Lagipun, tak elok tidur lepas subuh ni kan...
Tutup pintu rezeki.... hehehhehe
Padahal, sebelum ni aku tidur tak hingat *kalau tak der class pagi lah*

Aku bukan nak bebel pasal tidur pagi semua ni, 
aku nak cerita pasal,
KEGAGALAN MENAHAN DIRI DI BULAN PUASA

haaa.... huruf beso semua... kasi jelas dan nyata...
Apa yang tidak tertahan tu...?
Aku nak share satu benda je... Bukan makan nasi, bukan minum air, bukan nak makan aiskrim...
Tetapi, ROKOK!

Cik abang sekalian,
awak tu merokok kononya jauh dari pandangan orang...
Malangnya, mataku masih dapat menangkap perbuatan kalian yer...

Paling tak boleh blah,
time tu ramadhan ke-3, di bazar ramadhan Shah Alam seksyen 13 (depan Stadium Melawati), 
dah pukul 7 ptg dah... tinggal 1/2 jam je lagi nak berbuka...
Sedang kami gembira sambil menjinjit juadah berbuka puasa, 
didepan aku ni ada la minah yang "sopan sungguh tak terkata"...
Berbekalkan seluar pendek atas lutut, baju ketat sambil menjinjit juga juadah berbuka puasa...

Si mamat dalam kereta berdekatan tu memang nampak sangat lah memandang ke arah gadis sopan berkenaan.... Dalam hati aku, 
"Hai la mamat ni... Tak boleh menahan ke nafsu pandangan tu...?"
Bila kami dah hampir dengan kereta dia (dia pakai perdana), 
aku hampir2 ternganga bila nampak rokok di bibir dia...
Muka bangga merokok di dalam kereta sambil kami perhatikan dia...
Yang aku tak tahan, bila aku pandang dia lama, dia pandang aku sambil dahi ke depan, mata ke atas dahi...
Eh... cane nak cakap eh... heheeh... susah nak explain....

Tak malukah anda wahai lelaki,
sedangkan kanak2, sebagai contoh sepupuku,
baru umur 4 TAHUN, tetapi dia berjaya sempurnakan puasa dia setakat ini...
Alhamdulillah.... Ni dah tua bin bangka,
bulu sana sini.... Masih lagi tak boleh nak tahan nafsu berasap tu...

Aku ingatkan di situ je aku dapat tengok free show merokok di bulan puasa...
Semalam aku balik kampung...
Dah pukul 7 ptg (sama la pulak timing tu),
aku nampak sekumpulan pemuda kampung dekat tepi simpang kilang sawit (dekat dengan sekolah seri jengka....)
Selumber tapir je mereka2 ini merokok sambil bergelak ketawa....
Aku tak tau nak cakap apa dah...
Masing2 dah besar....
Rasanya kalau mak ayah tak cukup memberi didikan,
di sekolah, para guru dah tentu memberikan sepenuh didikan yang sepatutnya...
SENDIRI MAU INGAT yer...!




Hebat lah budak ni, sehari 40 batang rokok dia bedal!
Bankrupt bapak dia... lulz

 




Ezfa: Sayangi-lah organ dalaman anda.... Kerana kita lahir Allah s.w.t sudah anugrahkan cukup sifatnya....


Salam sayang,
-Ezfa-

PTPTN oh PTPTN!!!

Salam readers,
Baru tadi aku share post ucapan selamat menyambut bulan ramadhan...
Post yang ni aku nak bebel pasal PTPTN aku.... *tak abis2 lagi nak dibebel pasal ni...hehehhe*

Minggu lepas, sebelum ramadhan,
akhirnya aku dapat juga hantar agreement ptptn tu....
Setelah setahun setengah terkandas di tengah jalan....
Walaupun terpaksa menelan air liur yang tak sedap ni kerana,
aku kena bayar sendiri RM30,000.00......!!!

Wuhuhuhuhuh...... Mula2 sampai berdenyut2 kepala ni nak pikir mana aku nak cekau duit ni..????
Nak gadai laptop, barang kemas yang tak berapa nak kemas, kamera, handphone, ape lagi...
Tak cukup..... Dengan penuh rasa rendah diri, aku call mama...
Setelah pot pet pot pet dekat 1/2 jam bercakap, kata2 dari mama tersayang melegakan urat tengkuk yang dah menegang ni....

Actually, sebelum ni dah bayar RM15k..... Aku bayar ansur2 setiap bulan RM1k.....
Kiranya bila dicampur jumlah semua, RM45k.....
Wooohohoohoh...... Banyak tu! 

Punya duit pinjaman aku diberi separuh sahaja sebabnya, 
1. Aku sepatutnya hantar agreement bulan 3, 2010.... tapi, si counselor bijaksana lagi budiman MSU ni silap isikan borang PTPTN aku..... so, aku kena betulkan dan kena hantar document bulan 6,2010 nanti....

2. Selamat masuk bulan 6, setelah 4 jam beratur untuk hantar agreement, *penat tak hingat weih* dengan penuh confident aku serahkan document kat org ptptn tu...
Abang ptptn: Adik, cos awak ni nak foundation dari MSU sendiri.... 
Aku: Eh.... orang kat account and consellor kata boley je....
Abang ptptn: Ni syarat baru.... Memang kena ikut syarat ni... Adik tak boley hantar document lagi, kalau hantar pun akan ditolak....
Aku:???????????? erk!

Lemah longlai aku balik.... oh MIGRAIN!!!

3. Aku berulang alik ke account department MSU, tanya akak yang uruskan ptptn ni... Dia dah amik nama aku, detail bagai, dan katanya aku kena tunggu approval untuk diluluskan syarat tempat belajar sebelum ni.... Bila kelulusan diberi... Katanya TIDAK TAHU.... Huh!

4. Setiap bulan aku bertanya.... Penat tau... Rasa nak terputus urat tengkuk ni bila pikir... pikir dan pikir... 

5. Masuk bulan 4, 2011, syarat tu dah digubal dan aku dari UNISEL tercinta ni dah boleh apply balik... Akak account tu suruh aku buat permohohan baru... Semangat giler aku... Balik2 ostel je terus gi beli number pin dari BSN.... Aku isi kat e-pinjaman ptptn....

6. Seminggu lepas tu, terdetik hati aku untuk bertanya di account department.... Aku tunjukkan detail borang yang aku isi.... Akak tu geleng2 kepala.... Aku dah berdebar2 dah ni... Benda lagi la ni!!
Akak account: Adik, awak silap isi borang ni....
Aku: Hah...????? Betul la ni kak.... detai saya dah letak betul2....
Akak account: Sekarang permohonan bukan lagi di e-pinjaman ptptn, tapi di ptptn.gov.my
Aku: Saya tak tahu... Kalau tak guna lagi page tu, kenapa page tu ada lagi...?
Akak account: Yang tu akak tak tahu, so, awak kena buat permohonan lain lah....
Aku:Erk?????

7. Hari berganti hari... Bulan berganti bulan.... Ada lagi masalah.... Aku dapat email dari ptptn yang mengatakan,
DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PTPTN ANDA DITOLAK ATAS SEBAB KOS TIDAK AKTIF...
what..???? Sakit balik kepala dan urat tengkuk aku.... Aku print detail surat semua, esoknya aku ke account dept lagi....

Kali ni, abang account yang bagi jawapan..
Aku: Saya dapat email dari ptptn, yang permohonan ptptn saya ditolak sebab kos tidak aktif, kena boleh jadi macam ni...?
Abang account: oh.... sekarang ni page ptptn ada problem, semua yang buat permohonan dapat email permohonan ditolak. Dalam masa terdekat ni pihak ptptn akan menyemak semula permohonan...
Aku: So, surat ni tak valid lah..?
Abang account: tak, nanti pihak ptptn akan menyemak semula, dan kamu akan hantar document bulan 7 nanti...
Aku: Alhamdulillah 

Hilang terus senak di kepala ni...

8. Tanggal 28/07/2011, akhirnya aku berjaya menghantar document tanpa sebarang masalah.... Syukur Ya Allah.... Malangnya tidak bagi sahabat aku yang dari Unisel ni juga.... Permohonan-nya ditolak kerana syarat dari ptptn mahukan C+ untuk biology untuk kos kami. Malangnya, dia dari sekolah teknik dan tidak mengambil biology.... Dan dia buat foundation in medical science (sama seperti aku dulu) di UNISEL dengan harapan dapat menyambung di bidang perubatan di tempat belajar swata ni..... 
Dia dah macam putus harapan... katanya kalau lepas ni dia tak dapat hantar pemohonan lagi, dia nak berhenti belajar... Aku tak tau nak cakap apa... Dia dah sem 3 (setahun setengah belajar, tinggal separuh jalan lagi).... Aku harap ptptn dapat pertimbangkan syarat ni untuk pelajar di IPTS...

Bagi aku, belajar di IPTS ni banyak bagi peluang untuk semua orang.... Contonya seperti ni, dia tak pernah ambil subject biology, dan bila habis spm, dia berminat untuk sambung di bidang perubatan (bukanlah bidang perubatan tu merujuk macam doktor di hospital je), dan dia berpeluang untuk sambung belajar dalam Foundation in medical science di UNISEL.... dari situ, dia bakal menyambung di mana2 aliran bidang perubatan... MALANGNYA, bila syarat yang macam ni, harapan seorang pelajar bakal terkubur macam tu sahaja lah... Usaha dia yang dah separuh jalan tu pun bakal terbiar macam ni je..??

Semoga Allah permudahkan urusan sahabatku ini....

Dan aku, alhamdulillah, mama dan abah dah berbincang... Mama suruh aku bersemangat untuk terus belajar dan JANGAN MAIN2! itu yang dia paling tekankan.... Insyaallah mama....

Dan mama kata aku jangan risaukan masalah duit ni.. Insyaallah, ada rezeki untuk membayarnya.... Sedih aku mendengarnya... Rasa bersalah sebab terasa membebankan abah dan mama untuk membayar yuran pengajian aku sedangkan adik2 pun perlukan perhatian kewangan.... T_____T"

"Ya Allah, ku pohon kepadamu..... Jauhilah kesusahan dan kemudaratan yang datangya dari ku kepada ibubapa ku..... Aku tak mahu membebankan mereka.... Permudahkanlah segala urusan ku ini agar aku tidak membebankan ibubapaku dalam apa jua perkara.... Sebagai anak, sepatnya akulah yang meringankan beban mereka.... "







Ezfa: Geram dengan orang kat account department, dulu kata bila buat pinjaman baru, boleh buat rayuan sebab pinjaman yang berkurang jadi RM30k tu, dapat balik RM60k.... MALANGNYA, kata2 tinggal kata2... Banyak sangat alasan yang dia bagi.... Cakap pandai! Huh!



Salam dari, 
-Ezfa-