Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat.
Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit denganperempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.
Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adabJika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.
Antara tidur yang dilarang adalah:
1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.
Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.Tips kurangkan tidur
- KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!
p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat.
No comments:
Post a Comment