Pages

Thursday, April 23, 2009

Sayangilah.......dan hargailah....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
-Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sumbangan plis En.Lamin......

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

p/s:nyampah ngan org camni....kedakot cam pe th....hiaaak!!!!

Korang mungkin tak sengaja......tp.....jgn ngada-ngada...

1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.
2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.
3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.
4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.
5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.
6)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.

Kisah Hidupku.......

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa.........Syah nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu. "Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah.........kau sedar tak yang kita ni kambing?......mana boleh kambing kawin dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana......aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.
p/s:wakakakaka.....gurau-gurau jew....jgn marah...hikhikhik..

Loceng yg amat misteri....huhuhuhuh

Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang disana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yg berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yg ditugaskan untuk menolong keluarga miskinseperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yg berisi loceng kecik."Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar" jelas Tajudin."Ah?????? dapat duit 1 juta???....klakkar ke apa? Ko ingat kita nie bebudak ye?" Majid bersuara."Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu....tapi....di saat awak bunyikkan loceng itu, seseorang yg awak tidak kenali akan mati" sambung Tajudin lalu beredar dari situ.Nie dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si Salmah seboleh boleh suruh laki dia bunyikkan loceng didlm kotak itu."Awak nie kan.....percaya yer dgn kata-kata si Tajudin tadi?""Lah abg nie....cuba sajalah, mana tahu apa yg dicakapkan tu benar, kita akan kaya bang" balas Salmah."Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini....abih nanti ada org yg akan mati tau...tak ker kita nie jadi pembunuh?""Alah abg nieee, hari hari ada org matilah...lagi pun kan encik Tajudin tu cakap org yg akan mati ialah seseorang yg kita tidak kenali......alahhhh bunyikan je lah"Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada aper aper yg berlaku."Takder apa-apa pon? Kan saya dah cakap, nie tipu je...sudahlah....buat buang masa aku je..." keluh Majid sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka."Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang tunai 1 juta dollar ini" sambil memberi beg berisi wang kepada Majid dan Salmah.Mereka laki bini sepanjat berok, tak sangka yg mereka benar-benar mendapat wang 1 juta dollar itu. bukan main hepi lagi dia orang nie."Boleh saya ambil semula kotak yg saya berikan semalam?" Tajudin bersuara."Oh boleh-boleh heheh" balas Majid sambil memberi kotak berisi loceng itu, "Betul kee ada org yg mati bila kami bunyikan loceng ini?""Ya betul, org tu dah pun mati......tapi jgn bimbang org yg mati itu adalah seorang yg TIDAK ANDA KENALI" jawab Tajudin"Apa yg anda ingin buat dgn kotak ini?" tanya Majid lagi."Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yg susah dan saya akan berikan syarat yg sama juga seperti saya berikan pada anda." jawab Tajudin."Waahh bertuah lah keluarga tu ye? siapa agaknya yg encik Tajudin ingin berikan?" tanya Salmah"Oh jgn bimbang. saya akan berikan pada seseorang YG TIDAK ANDA KENALI" jawab Tajudin lalu beredar dari situ.

Friday, April 17, 2009

Kelebihan kalimah Bismillah......

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca....
Terlalu banyak kelebihan yang terdapat pada kalimah-kalimah Allah s.w.t.....hmmm.....smoga kita dapat mengamalkannya....insyaallah....
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : Siapa disini yang ada burung?
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah.
Bukan itu maksud saya.Lalu di ajukan soalan yang lain..
Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?
Maka seluruh penduduk wanita berdiri.Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung .
Maaf, bukan itu maksud saya.
Sekali lagi dia cuba bertanya.
Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya.
Separuh penduduk wanita berdiri.Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi.
Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?
Lalu isteri lelaki itu pun pun berdiri dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,menyesal tanya.
huahuahua......just for joking...huhuuhuh

Rahsia Wanita Melalui Bulan Kelahiran

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran
Januari- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
Febuari- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta
Mac- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.
April-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut
Mei-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.
Jun - banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali
Julai-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki
Ogos-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.
Setember-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak
Oktober-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati
November-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka
Disember- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki...
p/s: Klu yg baik kit jdikan pedoman...yg buruk kit jadikan iktibar dan pengajaran....Sy bulan jun...ada ke patut dia kata sy akan kawin lebih dari sekali...huhuhu...nuzubillah....smoga itu tidak terjadi...

Mana isteri saya mak....????


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
--------------------------------- MORAL: Kalau nak kahwin, kenalah rajin kerja dan simpan duit.

E-mail untuk isteri tersayang....

Seorang lelaki tlh menginap di sebuah hotel di kl.Terdapat sebuah komputer di bilik hotel itu.Dia pun mengambil keputusan utk menghantar e-mail kpd isterinya.malangnya,dia tlh tersalah taip alamat e-mail isterinya..tanpa menyedari kesilapan itu ..dia pun terus menghantar e-mail tersebut....

Di sebuah rumah, di Kedah..seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya..Janda itu mengambil keputusan utk menyemak e-mailnya utk melihat sekiranya terdapat mesej dpd saudara-mara dan teman2.selepas membaca e-mail pertama janda itu pengsan..

anak lelakinya bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai....Dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To: isteri kesayanganku
Date: 13 April 2009
Subject: Abg telah selamat sampai

Abg tahu syg pasti terkejut dgn kehadiran mesej ini.Mereka tlh menyediakan komputer di sini,dan kita blh menghantar e-mail kpd sesiapa shj terutama insan tersayang...Abg tlh selamat sampai dan tlh menginap dgn aman di sini...Abg lihat semuanya tlh di sediakan di sini utk kedatanganmu nanti...Syg.....Abg harap perjalanan syg kesini nanti,lebih bermakna spt apa ygtlh abg lalui ketika ini...

Contoh doa yang terbaik....

Nikmat yang Allah karuniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersamaan rezeki yang Allah curahkan kepada kita, jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersamaan kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Hanya saja, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyedari besarnya kurnia tersebut.

Doa yang kita mohonkan kepada Allah terbahagi kepada 3 tingkat:
1) Doa meminta dunia.Inilah doa dengan tingkatan "terendah". Dalam doa ini, tidak ada yang kita minta selain dunia, termasuk minta harta berlimpah, minta kedudukan, minta berjaya dalam bisnes atau pekerjaan, minta jodoh, dsb. Tidak salah kita berdoa seperti ini, bahkan dianjurkan dan bernilai pahala.
2) Doa minta pahala.Pada tingkatan kedua ini kita meminta agar Allah SWT membalas semua kebaikan kita dengan balasan berlipat ganda. Puncaknya, kita meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Doa tingkatan kedua ini lebih bernuansa akhirat, dan nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.
3) Doa meminta rahmat dan redha Allah.Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim lagi Mukmin . Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahwa:"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."

Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian. Rasulullah SAW mencontohkan sebaik-baik doa, yaitu:Allahumma inni as'aluka ridhaakawal jannah, wa 'audzubika min sakhaathika wannaar.Artinya, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".

Saat kita meminta ridha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak ridha kepada kita. Bila Allah sudah ridha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapatkan, dan akhirat pun akan kita peroleh.Kerana itu,- daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal;- daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur;- daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb.Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Berdoalah apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.Wallau'alam.

Antara waktu tidur yang terlarang.......

Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat.

Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit denganperempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.

Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adabJika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.

Antara tidur yang dilarang adalah:
1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.

Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.Tips kurangkan tidur
- KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!
p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat.

Adakah menonton filem porno berdosa.....?

Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan orang-orang beriman untuk menjaga pandangan dari melihat aurat atau kehormatan orang lain, sebagaimana firman Allah swtErtinya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur : 30 – 31)Senada dengan ayat diatas, Nabi saw juga telah melarang seseorang melihat aurat orang lain walaupun seorang laki-laki terhadap laki-laki yang lain atau seorang wanita terhadap wanita yang lain baik dengan syahwat maupun tanpa syahwat, sebagaimana sabdanya saw,”Janganlah seorang laki-laki melihat aurat laki-laki (lain) dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita (lain). Janganlah seorang laki-laki berada dalam satu selimut dengan laki-laki lain dan janganlah seorang wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain.” (HR. Al Baihaqi)Di dalam film-film porno, batas-batas aurat atau bahkan inti dari aurat seseorang diperlihatkan dan dipertontonkan kepada orang-orang yang tidak halal melihatnya, ini merupakan perbuatan yang diharamkan baik orang yang mempertontokan maupun yang menontonnya.Untuk itu tidak diperbolehkan bagi seseorang menyaksikan film porno walaupun dengan alasan belajar tentang cara-cara berhubungan atau menghilangkan kelemahan syahwatnya karena untuk alasan ini tidak mesti dengan menyaksikan film tersebut akan tetapi bisa dengan cara-cara lainnya yang didalamnya tidak ditampakkan aurat orang lain, seperti buku-buku agama yang menjelaskan tentang seks, buku-buku fiqih tentang pernikahan atau mungkin buku-buku umum tentang seks yang bebas dari penampakan aurat seseorang didalamnya.Menonton Film Porno Termasuk PerzinaanAdakah Hukuman Bagi Orang Yang MenontonnyaSebagaimana disebutkan diatas bahwa tidak ada nash yang secara tegas menyebutkan bahwa orang yang melihat atau menyaksikan aurat orang lain, seperti menonton film porno ini dikenakan hukuman (hadd) akan tetapi si pelakunya harus diberikan teguran keras dan tidak ada kewajiban baginya kafarat.Ibnul Qoyyim mengatakan,”Adapun teguran adalah pada setiap kemaksiatan yang tidak ada hadd (hukuman) dan juga tidak ada kafaratnya. Sesungguhnya kemaksiatan itu mencakup tiga macam :1. Kemaksiatan yang didalamnya ada hadd dan kafarat.2. Kemaksiatan yang didalamnya hanya ada kafarat tidak ada hadd.3. Kemaksiatan yang didalamnya tidak ada hadd dan tidak ada kafarat.Adapun contoh dari macam yang pertama adalah mencuri, minum khomr, zina dan menuduh orang berzina. Sedangkan contoh dari macam kedua adalah berjima’ pada siang hari di bulan Ramadhan, bersetubuh saat ihram.Dan contoh dari macam yang ketiga adalah menyetubuhi seorang budak yang dimiliki bersama antara dia dan orang lain, mencium orang asing dan berdua-duaan dengannya, masuk ke kamar mandi tanpa mengenakan sarung, memakan daging bangkai, darah, babi dan yang sejenisnya. (I’lamul Muwaqqi’in juz II hal 183)Wallahu A’lam.

Thursday, April 16, 2009

Angelina Jolie akan melawat Malaysia...!!!!!!!!

Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang dilalui oleh Angelina tempoh hari."Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan anak kami".Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat."Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapa angkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Brad dan Angelina Jolie akan menemui bapa Angelina, artis terkenal Malaysia, M.Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat".
huhuhuhu.....sekadar gurauan jew....Jgn marah...huhuhuhu...hihkhhihkihihkhik

Hafal dan amalkanlah.....insyaallah....

Ni ada sikit amalan yang sepatutnya kita amalkan dari dulu lagi.........Segala amalan yang kita lakukan, insyaallah diberi ganjaran yang besar oleh Allah s.w.t.....insyaallah...

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

>>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>>>
>>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
>>>
>>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
>>>
>>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
>>>
>>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
>>>
>>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
>>>
>>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
>>>banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.

Pengajaran Dari Penampar....

Assalamualaikum kawan-kawan....
Lama betul sy x update blog nih...Sibuk la...ni dah sem 2....Cowy....Insyaallah, sy ada bnyak cerita untuk dikongsi dgn korang sume...huhuhuuh....
Ini ada la citer set pasal penampar....Slamat membaca...huhuhuhu...

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.
Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!