Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
Sunday, October 18, 2009
Sinar Cahaya Ayat Kursi....
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
Wednesday, May 20, 2009
6 minggu......6 bulan.....6 tahun......
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K .
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih
6 bulan : Im BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh Your call
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH . ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp !!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? !!!
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh...
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler Senang sikit tak perlu naik flight ...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___
kesimpulannya....smoga hubungan suami isteri x jdi cmni pd diri kita ek...hmmm...nizubillah...pada si isteri yg dapat suami cmnih...diharap dapat bersabar...huhuhuuh,, ;P
Friday, May 8, 2009
Kurang Dengar.....huhuhuhuu
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya."Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Tuesday, May 5, 2009
Musuh dan Sahabat Iblis............
Kerana Nyamuk...... ;P
Salwa si guru kaunseling sekolah...... ;P
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan
Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?
Pelajar itu menjawab..
Okey.. boleh saja !
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?
Kerana jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan
Saya adalah penjaga gol!
Harimau.....Tikus...Buaya dan Madu.....
Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni.Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu."Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya."Macam mana nih..."Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.
Brake bas dan loceng....huahuahuahuha..!!
Thursday, April 23, 2009
Sayangilah.......dan hargailah....
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Sumbangan plis En.Lamin......
Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.
En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)
En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.
p/s:nyampah ngan org camni....kedakot cam pe th....hiaaak!!!!
Korang mungkin tak sengaja......tp.....jgn ngada-ngada...
Kisah Hidupku.......
Loceng yg amat misteri....huhuhuhuh
Friday, April 17, 2009
Kelebihan kalimah Bismillah......
Rahsia Wanita Melalui Bulan Kelahiran
Mana isteri saya mak....????
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
--------------------------------- MORAL: Kalau nak kahwin, kenalah rajin kerja dan simpan duit.
E-mail untuk isteri tersayang....
Di sebuah rumah, di Kedah..seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya..Janda itu mengambil keputusan utk menyemak e-mailnya utk melihat sekiranya terdapat mesej dpd saudara-mara dan teman2.selepas membaca e-mail pertama janda itu pengsan..
anak lelakinya bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai....Dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To: isteri kesayanganku
Date: 13 April 2009
Subject: Abg telah selamat sampai
Abg tahu syg pasti terkejut dgn kehadiran mesej ini.Mereka tlh menyediakan komputer di sini,dan kita blh menghantar e-mail kpd sesiapa shj terutama insan tersayang...Abg tlh selamat sampai dan tlh menginap dgn aman di sini...Abg lihat semuanya tlh di sediakan di sini utk kedatanganmu nanti...Syg.....Abg harap perjalanan syg kesini nanti,lebih bermakna spt apa ygtlh abg lalui ketika ini...
Contoh doa yang terbaik....
Doa yang kita mohonkan kepada Allah terbahagi kepada 3 tingkat:
1) Doa meminta dunia.Inilah doa dengan tingkatan "terendah". Dalam doa ini, tidak ada yang kita minta selain dunia, termasuk minta harta berlimpah, minta kedudukan, minta berjaya dalam bisnes atau pekerjaan, minta jodoh, dsb. Tidak salah kita berdoa seperti ini, bahkan dianjurkan dan bernilai pahala.
2) Doa minta pahala.Pada tingkatan kedua ini kita meminta agar Allah SWT membalas semua kebaikan kita dengan balasan berlipat ganda. Puncaknya, kita meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka. Doa tingkatan kedua ini lebih bernuansa akhirat, dan nilainya lebih tinggi dari sekadar meminta dunia.
3) Doa meminta rahmat dan redha Allah.Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim lagi Mukmin . Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahwa:"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."
Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian. Rasulullah SAW mencontohkan sebaik-baik doa, yaitu:Allahumma inni as'aluka ridhaakawal jannah, wa 'audzubika min sakhaathika wannaar.Artinya, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".
Saat kita meminta ridha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak ridha kepada kita. Bila Allah sudah ridha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapatkan, dan akhirat pun akan kita peroleh.Kerana itu,- daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal;- daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur;- daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb.Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Berdoalah apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.Wallau'alam.
Antara waktu tidur yang terlarang.......
Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit denganperempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.
Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adabJika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.
Antara tidur yang dilarang adalah:
1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.
Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.Tips kurangkan tidur
- KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!
p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat.
Adakah menonton filem porno berdosa.....?
Thursday, April 16, 2009
Angelina Jolie akan melawat Malaysia...!!!!!!!!
Hafal dan amalkanlah.....insyaallah....
>>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>>>
>>> 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
>>>
>>> 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
>>>
>>> 4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
>>>
>>> 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang>>>>> agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
>>>
>>> 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
>>>
>>> 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
>>>banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.
Pengajaran Dari Penampar....
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.
Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!
Tuesday, February 10, 2009
Renungan buat semua.....Kisah benar...
Terlebih dahulu....Kita sedekahkan Al-Fatihah buat moyang kesayangan(perempuan) saya yang telah kembali ke rahmatullah pada 3.Febuari.2009 ( Selasa) pada selepas waktu asar (tak pasti waktu tepat meninggal)....Al-Fatihah....
Moyang saya ini berumur lebih 80 tahun.....Badan masih lagi tegap....Sebelum raya 2008, ingatannya masih lagi kuat...Namun, ramadhan 2008, wan moyang saya telah menjadi nyanyuk..(Alzhaimer).... Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah...Pada pagi raya lepas, arwah ada memberitahu rumahnya telah didatangi oleh arwah ibunya,arwah saudara maranya dan arwah anaknya.....Katanya, 'mereka' duduk di muka pintu ketika orang lain sibuk menunaikan solat sunat raya....Keadaannya yang uzur ketika itu tidak mengizinkan dirinya untuk menunaikan solat sunat raya bersama ahli keluarga yang lain.....
Ahli keluarga yang lain menganggap moyang hanya berimaginasi.... Tapi, siapa sangka, setelah 4 bulan peristiwa itu berlalu, moyang saya telah kembali ke rahmatullah seperti ahli keluarganya yang telah tiada.... Arwah meninggal dalam keadaan baik....Dia baru sahaja menikmati makanan tengah hari dan menyatakan bahawa perutnya sangat kenyang...Sedangkan dia hanya makan sedikit sahaja.... Setelah kekenyangan,arwah telah tidur sebentar...Tidak lama kemudian, arwah terbangun dan muntah....Siapa sangka,setelah muntah, rupanya malaikat maut telah mengambil moyang pergi.... Moyang pergi tanpa sebarang kesusahan.....
Ahli keluarga berkumpul pada malam 3hb...Kecuali mama....Abah kat platform minyak coz kerja and hannah demam.....mama hanya mampu menyedekahkan bacaan al-Quran buat arwah..... Kain dan kubur telah digali....Semuanya mengikut ukuran....Setelah arwah dimandikan,arwah erlu dikafankan.....Ustazah yang menguruskan agak marah kepada pembeli kain kapan....Kerana kain kapan yang digunakan mempunyai kain lebihan yang banyak...Kata si pembeli, dia telah membeli mengikut ukuran yang diberikan....Ustazah dan yang lain mendiamkan diri....Setelah dikafankan dan disolatkan, arwah dibawa turun untuk ditanam....Ketika sepupu saya memegang bahagian kepala arwah,dia perlu melalui pintu keluar yang sempit, sedangkan badannya besar...Tak muat...Tok imam suruh Yan keluar dahulu baru dikeluarkan jenazah....Tapi,Yan terlupa, dengan selamba, dia keluar bersama2 menjunjung arwah...MUAT.....? Tok imam rasa pelik....Mereka semua mendiamkan diri sekali lagi....Setibanya mereka di tanah perkuburan, sekali lagi kejadian pelik berlaku.....Ruang kubur terlalu luas....Tok imam memarahi si penggali kubur kerana tidak mengikut ukuran...Sedangkan kata si penggali kubur,dia telah mengikut ukuran yang telah diberikan.... Ahli keluarga yang lain menitiskan air mata....Bukan air mata kecewa...Tetapi air mata kelegaan..... Arwah pergi dalam keadaan mudah....Pengurusannya sangat lancar tanpa sebarang gangguan.......
Mengikut cerita mama, wan moyang merupakan seorang hamba Allah yang sangat taat dan merendah diri.....Dia juga merupakan seorang isteri yang sangat baik...Todak pernah merungut walaupun hidup dihimpit kemiskinan dan makan makanan yang sama setiap hari....Iaitu ulam dan pucuk paku.... Arwah sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang Allah anugrahkan kepadanya....Sayangnya, arwah tidak sempat merasa nikmat kemewahan dari cucu2 dan cicitnya yang sedang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.....4 dari cucu mudanya kini sedang menyambung pelajaran di luar negara.....Kebanyakannya di dalam negara...... Senyuman manis di bibir moyang sentiasa menghiasi wajahnya.... Langsung tidak menunjukkan keperitan yang dialami....
Kali terakhir saya dan keluarga bertemu moyang pada tahun 2004.......pada hari raya ke2.... Rasa terkilan lebih terasa pada mama....Kerana mama merupakan cucu kesayangan arwah... Namun, jarak antara Kuala Lipis dan Temerloh menghalang mama untuk berjumpa arwah buat kali terakhir berikutan Hannah yang demam dan ketiadaan abah..... Kali ini,mama bertekad untuk menziarahi tok moyang (lelaki) yang masih hidup....Dan pusara wan moyang.... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman da solehah...Insyaallah...Amin2 ya rabbaalalamin....