Ini merupakan serba sedikit potongan cerita yang bakal dikarang tidak lama lagi...Insyaallah....
Tangannya laju menaip mesage kepada kawan baiknya...'Rina...Camna ni...Aku rasa tak sedap hati la.....Aku baru je kenal dia.Tp,dia dah nak serius dengan aku.Kau fahamkan?Kita kan menuntut lagi...Macam mana nie???' Bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Ekin. 'Ala...Kau relax la...Aku rasa dia main-main....Mana ada budak lelaki baru habis degree da nak kawin....Duit pun tak cukup lagi....' Rina cuba untuk menaikkan semangat sahabatnya. Ye la...Final exam dah tak lama.Kalau asyik fikir,tak tenang belajar....Hish...susah jugak.....
Alhamdulillah.....Final exam berlalu pergi...Dan sekarang masa untuk bercuti...Yea!!! Pertama,balik ke rumah ni,nak Qada' tidur yang tak cukup sepanjang final exam berlangsung.... Kedua,nak makan puas-puas masakan yang mama masak.... Gulai tempoyak,gulai ayam pencen,pajeri nenas,semosa ikan dan semestinya nasi lemak istimewa yang mama buat sepanjang hidupku.... Sedapnya.....Inilah dia,tekak orang melayu. Belacan, cencaluk dan budu....kalau makan sampai berganda pinggan.....Hahahaha..... Dah seminggu aku berada di rumah...Dan seminggu jugaklah nikmat bercuti di Home Sweeeet Home terasa... Apa taknya...Tak da masa untuk diluangkan untuk buat assignment,report dan sebagainya....Best giler.... Pasal kejadian yang berlaku sebelum exam baru ni pun sudah ku lupakan.... Nasib baik... Namun, langit tak selalunya terang dan indah.Kadangkala hujan turut menampakkan muka. Waktu tu,aku sedang merajinkan diri membersihkan halaman rumah.Daun-daun pokok mangga kusapu habis. Tanpa disangka, tiga buah kereta mewah berhenti di hadapanku. Nasib baik aku pakai tudung. Biasanya tidak..Huhuhuh....Tak baik betul.... Serta merta kerjaku tergendala... Berkerut dahiku memandang kereta mewah di hadapanku. 'Sapa pulak yang datang ni. Sesat ke?'kataku di dalam hati. Rasa mahu sahaja kuangkat kaki ni masuk ke dalam rumah.Tapi karang,di cop kurang ajar pulak. Dengan memaniskan muka,(sebenarnya buat-buat manis jer).... Ku sapa mak cik yang terlebih dahulu keluar dari kereta BMW 5 series tu.... 'Mak cik cari sapa?'tanyaku sopan ala-ala Miss World...Hahahaha...'Ni rumah Amniya Yamini ke?'....Serta merta janntungku bagai disentap...Paaap! 'Ya mak cik...Sayalah orangnya.'Jelas terpancar di suaraku keketaran yang amatlah dasyat....Ya Allah...Semoga ini bukan realiti......
'Alhamdulillah....Bang,ni rumah Niya bang......'Mak cik tu membongkokkan dirinya ke dalam kereta memberitahu seseorang...'Boleh mak cik berjumpa dengan mak kamu?'Penuh sopan wanita di hadapanku ini bertanya...'Ada,mak cik masuklah dulu...Saya panggilkan....'Aku berlalu pergi. Dapat kurasakan dadaku sarat dengan beban seolah-olah mahu pecah......
'Pasal kehidupan dia ni biarlah dia pilih sendiri...Nanti saya tanyakan kepada empunya badan.' Sungguh jelas suara mama menampar telingaku walaupun aku duduk terkaku di dalam bilik..... Derapan kaki mama mematikan lamunanku..... 'Kakak tahu kan sebab mereka ke mari?' Aku hanya mengangguk lemah... Mama bertanya lagi, 'Mama tak paksa,tapi terpulang kepada kakak untuk berfikir sama ada untuk menerimanya.... Mama cadangkan,kakak terima dahulu,dan beritahu mereka kakak perlukan masa seperti yang kakak mahu,dan jika kakak pasti,kita boleh teruskan ......Apa kata kakak?'Mama mengulus lembut tanganku...Aku kebuntuan idea...'Kakak ikut saja....'Entah macam mana kalimah ini terkeluar dari bibirku....
Mama hanya tersenyum....
Hanya sampai sini sahaja saya dapat tulis...Harap dapat komen dan cadangan dari kawan-kawan agar cerita ini menjadi lebih menarik....Insyaallalah....
Jangan lupa yer........
No comments:
Post a Comment