Salam buat semua readers...
First skali, syukur Alhamdulillah kerana Allah s.w.t telah melancarkan proses kelahiran puteri bongsu kami (insyaaallah).
Syukur juga, aku dapat berada di hopital, menemani mama pada malamnya dan ambil feel dapat adik baru :)
Al kisah,
Baby Hulma ni kami ingatkan dapat la keluar on tahun baru 2012.
Mama dah ready dengan barang babynya, pakai kain batik macam orang nak beranak, ke Klinik Pakar Wanita Chan Mentakab on 1st January 2012. Pukul 3 petang dia gerak. Tup tup, tak sampai sejam, dengar bunyi kereta kat luar.
Laa, tak jadi beranak. Mama tak sanggup buat paksa sebab dia akan sakit lama. Doc kata kedudukan baby agak tinggi. Belum cukup 40 minggu lagi. So, kalau paksa, memang akan tanggung sakit yang agak lama.
Honestly, kami adik beradik agak terkilan waktu tu. Aku and angah balik jumaat tu dengan harapan dapat tengok baby baru on Sunday tu. Cepat2 aku beristighfar. Cik Ezfa, beranak ni bukan macam nak buat ayam masak lemak ke, jahit baju kurung ke. Sakit nak beranak ni sakit yang kedua paling sakit selepas sakit nak MATI! bayangkan. Aku jadi pentingkan diri sendiri time tu. Tak pikir perasaan mama. Ezfa...ezfa :(
On 5th January 2012 (Thursday), 9.45pm,
Lahir la baby gegurl. Ditemani abah sepanjang proses delivery, dan berbekalkan air selusuh yang dibaca oleh abah beberapa potongan ayat al-Quran tertentu, serta doa dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah s.w.t, alhamdulillah, dipermudahkan urusan delivery. Syukur!
Kami adik beradik di rumah resah gelisah menunggu berita dari mama. Kelakarnya, lebih kurang pukul 8mlm abah masih lagi relax tengok tv. Mama berulang2 kali call abah memberitahu conditionnya. Sampai satu call, around, 8.30pm, dengar abah bising pasal nak buat operation. Apa lagi, kelam kabut kami adik beradik pergi ke abah untuk kepastian. Abah kata mama nak operation. Sebab dah rasa sakit. Tak tahan dengan rasa sakit, mama decide untuk operate. Mama...mama.. biasa la tengah sakit. Memang nak cari jalan mudah.
Hampir pukul 9mlm, barulah abah bersiap untuk bergerak ke klinik. Jarak perjalanan dari rumah kami ke klinik tu lebih kurang 15 minit. Sampai sahaja di sana, mama memang dah ready nak push. Tak sampai setengah jam, lahir la minah kecik ni. Ok, done with all the cerita. Kalau ikutkan, memang banyak yang aku nak share. Tp, biar aku share gambar dulu. Cerita tu lain kali aku tulis. Ok..?
Ni gambar sejam lepas Hulma keluar,
Hulma Rania 1 hour after birth |
Ni first gambar yang mama hantar pada kami. Semua terkejut.. Ni boboi ke gegurl..? Yang si niqa dengan nurin dah gelak-gelak. Hidung kembang lah. Mata sepet lah. Minah ni memang nak kena. Baby kalau betul2 baru lahir standard la kembang muka dia. A few hours lepas tu, muka dia dah kecik sikit.
Hulma Rania 5 hours after birth |
Berbeza kan..? Tadi kembang semangkuk. Sekarang dah nampak comel dia ni :)
Layan lagi a few pictures.
Hulma Rania 1 day after birth |
Hulma Rania at home on 6/1/2012 |
Dengan kakak Hannah |
Hulma Rania minum susu botol *for this day only, the rest- susu cap kantung* |
Sedap tido puteri bongsu |
Bila kakak depressed adik menangis :)) |
Hulma Rania Binti Ahmad Halmi |
Dan gambar dia berusia seminggu,
Hulma and Hannah a week after |
and also.....
Hulma Rania a week after birth :) |
kalau tengok pic last tu, pipi dia dah tembam sikit.
Tak sabar nak tunggu cuti CNY.
Nanti aku update lagi :)
Salam kakak sulung dapat adik baru,
- Ezfa -