Pages

Thursday, September 30, 2010

Selamat pengantin baru Qeyla dan suami Azizi..... =)

Salam semua.... =)
Hari nih mood aku EXITED...!!! knp..?? Coz aku dpt tgk gambar kawin kawan aku time form 4 dulu..... =)

To my friend, Qeyla dan suami, selamat pengantin baru.... Walaupun tak dapat tgk live diorg kawin, tp bila tgk gmbr kawin diorg, aku rasa sgt2 EXITED.... huhuhuhu

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..... Dan hidup bahagia bersama2 yg tersayang..... Bestnyer..... =)

Ni ada gambar2 yg aku dapat dari fb sedara or kawan2 dia.... To kawan2 aku yg tak dpt pegi kawin dia dan tak tengok lagi gambar kawin dia, ni ada la 5 keping......

Gambar2 kawin Qeyla sgt2 sweet dan cantik..... Nk kawin mcm tu jugak...huhuhuhu =))




Qeila dan Azizi

Pengantin berarak di Mermaid Inn Kuantan...... =) 





Qeyla dan Azizi
 Pengantin dengan persalinan GOLD.... =)




Qeyla dan Azizi
 Qeyla ready untuk akad nikah.... =)




Qeyla dan Azizi
Pengantin dgn persalinan putih..... Cantik sgt2... =) 




Qeyla dan Azizi

Selepas acara akad nikah..... Congrats..!!!





Selamat menempuh hidup berumah tangga.......
Lepas nih sape la pulak ek..??? Ehm...Ehmm..... =)

p/s: Haish.... time aku nnt cmner la pulak ek..?? Debo la pulak... huhuhuhuhu =)

Tuesday, September 14, 2010

Resipi Mee Kung Fu (Cara Ezfa)

Salam semua.....
Ari ni aku nak share dgn korang resipi yg mudah utk dibuat and sedap untuk dimakan esp mereka yg diet or antu sayur...huhuhu

Bila seminggu lebey duk kat umah nih, teringin la pula nak makan kuey tiaw kungfu, tapi tadi cari kt dalam peti kuey tiaw tak de... Mee kuning je ada... So, layan je la masak... At the end, sedap jer...huhuhu


Bahan2:

  • 1 mangkuk kecil mee kuning

  • 1 biji telur ayam gred A

  • Seketul dada ayam dipotong dadu

  • 1 batang fish-cake

  • Semangkuk kecik sayur kubis dipotong kasar

  • 1 batang sayur jagung

  • Sedikit sayur brokoli dan bunga kubis

  • 1 sudu teh serbuk lada putih

  • 1 sudu teh sos tiram

  • 1/2 sudu makan garam

  • Beberapa titis minyak bijan (jangan lebih dari 5 titis sebab tak mau kuah berbau tengik bijan)

  • 1 sudu teh tepung jagung

  • 1 cawan air masak biasa (tak sejuk or panas)

  • 1 biji bawang merah and putih (dicincang hancur)

  • 1 sudip besar minyak masak (untuk kegunaan menggoreng mee yang dicelup telur)

  • 5 biji cili siam (kalau suka pedas, lebihkan cili ikut citarasa)-cili ditumbuk separuh hancur.

Cara membuatnya:

  • Mula2, Celupkan mee kuning kedalam telur yang sudah dipukul. Then,panaskan kuali dan masukkan 1 sudip besar minyak masak ke dalam kuali. Angkat mee dari celupan telur, dan goreng ke dalam kuali. Jangan tuang lebihan telur ke dalam mee yg digoreng kerana ia akan digunakan untuk sup.

  • Sentiasa membalik-kan mee yang digoreng agar sekata. Angkat apabila mee sudah kelihatan garing (tapi, jangan terlebih garing, takut liat...huhuh). Kemudian toskan minyak.

  • Kemudian, langkah untuk membuat sup. Buangkan lebihan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak hanya tinggal sebanyak 2 sudu makan.

  • Tumis bawang, setelah naik bau, masukkan ayam, fish-cake. Kacau sehingga agak garing.

  • Masukkan sayur, kacau sekata. Kemudian masukkan serbuk lada putih, sos tiram, garam, minyak bijan,dan masukkan cili dan tak lupa, masukkan lebihan telur ke dalam masakan. Kacau sekata.

  • Lastly, buat bancuhan tepung jangung dengan satu cawan air masak. Pastikan tiada ketulan tepung di dalam bancuhan. Tuangkan ke dalam kuali. Kacau sup sekata. Apabila sup kelihatan likat, dan telah naik bau, angkat sup ke dalam mangkuk.
p/s: Pastikan jangan biarkan sup dikacau terlalu lama di atas api. Tak mau zat dari sayur hilang....

SIAP!!! Cara nak makannya, tuang sup ke atas mee yg digoreng tadi. Cuba-lah.... dan selamat menjamu selera..... ^-^
Kalau dah cuba, sila2 la komen sana sini.....

P/s: Lagi satu, kita boleh gantikan ayam to sotong, udang, or even daging... Ikut selera masing2.. Tadi saya jumpa ayam jer dalam peti...huhuhuh =)

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Aidilfitri 2010 @ 1431h

Salam semua..... ^-^
Ari ni da masuk raya ke-4.... And mood raya masih membara...huhuhu... Sebenarnya banyak benda nk ditulis kt blog nih... Tapi, buat masa nih, aku letak yg simple2 jer.... Ari nih, aku nk letak gambar family aku sebelah abah, yg diambil pada hari raya ke-2... Cuma family mak long jer tak ada.... Time nih agak kelam kabut... Dengan si kecik sorang2 menangis coz takutkan camera-man... Iaitu Ayah De doremon..... Muka da garang... Dengan jambang sket.... Tapi, every time dia bersuara, semua org akan gelak.... Si gadis pown tersipu2 malu...Chee wah..!! huhuhu.... Ayah De doremon memang klako.... Thanks for the shot Ayah De.... ^-^

Location: Kampung Sanggang Bahagia, Temerloh, Pahang Darul Makmur
(Malaysia) ^-^
Thus, aku sangat2 bersyukur kerana dianugrahkan sebuah keluarga yg besar, meriah dan alhamdulillah, tiada masalah.... Begitu juga dengan keluarga mama..... Keluarga adalah anugerah yg tak ternilai harganya buatku.... Keluarga yang sangat supportive, dalam apa jua keadaan.... Syukur Alhamdulillah..... =)

Semoga Allah memanjangkan usia dan merahmati setiap ahli keluargaku.... Insyaallah....

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010 @ 1431H

Salam semua buat sahabat2 yg membaca blog ni.....
Alhamdulillah, selamat sudah sebulan puasa,dan kini kita boleh dengar takbir raya di ruang udara kita..... Syukur Ya Allah... Kerana diberi peluang menyambut bulan keberkatan yg lepas.. Semoga kita semua dipanjangkan umur, dan dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun hadapan... Insyaallah....

Alhamdulillah, tahun ni abah aku dapat cuti... Dan kesiannya, kawan2 seangkatannya kena ke Platform (Terengganu) pagi subuh tadi.... Dan peluang ini aku gunakan untuk menikmati sambutan Syawal bersama abah, mama dan adik2.... Lebih bermakna apabila kami beraya di rumah saudara mara yg dah bertahun tak jumpa =)

So, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA  buat mama, abah, angah, nia, niqa, nurin, hannah (si kecik yg tau main bunga api jer ) saudara mara mama and abah, kawan2 di sekolah menegah and rendah, di UNISEL Batang Berjuntai (08/09), MSU Shah Alam(2010), Jiran2 di Taman Perindu, Temerloh, org2 Temerloh =),
sahabat baik saya time sekolah menegah yg sentiasa diingati dan dirindui,
  • Nurul Aimi Binti Ahmad Shah (Maran),
  • Noor Ashikin Binti Mohd.Bahari (Chenor),
  • Ainaa Izzati Binti Aladdin (Dungun),
  • Anis Afi Syafiqah Binti Solahudin(Kuantan),
kawan2 baik di UNISEL Bestari Jaya (08/09),
  • Nurul Farhana Binti Ibrahim (Segamat),
  • Eva Anjelina (KL),
  • Suraya Binti Tajul Aripin (Bidor)
dan geng2 DA JOGGS yg sentiasa berceria di bilik nan 'indah',
  • Natasha Binti Amir Hamzah (Ipoh),
  • Mimi Suhaila (Kuala Kubu Baru),
  • Musfira (Kangar),
  • Engku Fatiha Engku Abbas (Gombak) dan
  • Harseena Atilda (Penang).......
Kalian sangat bermakna sepanjang kita berkawan dan sepanjang kita berkenalan di hayat ini..... Semoga Allah S.w.t memanjangkan jodoh persahabatan kita dengan keredhaan-Nya.....

Aku minta maaf jika terkasar bahasa, terkasar ketika bergurau senda, terguris sana sini.... Termakan, terminum hak anda tanpa izin.... 0-0 ok..???huhuhuhu

Picture: Jam Antik Aki, Kampung Sanggang Bahagia, Temerloh, Pahang =)



p/s: Semoga amalan wajib dan sunat yg telah kita kerjakan pada bulan Ramadhan yg lepas dapat kita teruskan di bulan2 akan datang.... Jangan hanya ketika bulan puasa baru tu kita solat, kita buat amalan2 sunat... Teruskan dengan ibadah sucimu.... Mohon petunjuk yg Maha Esa... Semoga kita dirahmati-Nya..... Jauhi maksiat (dari pelbagai aspek), coz aku tau ni da Raya, so "Setan" da banyak keluar.... Kawal diri anda.... Selamat Hari Raya.... Ingatan tulus ikhlas dari Ezzati Fatin (Temerloh, Pahang)

Tuesday, September 7, 2010

Akhirnya......Fuhhhh!!!

Salam semua....
Hari nih x mau cakap bnyk..... Cuma nk bagitau... Aku mengadap setting blog nih about 4 hours... BAYANGKAN.... puhh.... Da setaun layout my blog nih x bertukar.... Ni sebelum raya 'semangat' nk tukar...huhuuhu... K la.... Nanti sok aku post benda laen.... Bubbye... =)