Pages

Wednesday, May 20, 2009

6 minggu......6 bulan.....6 tahun......

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K .

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih
6 bulan : Im BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh Your call
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH . ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp !!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? !!!

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh...
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler Senang sikit tak perlu naik flight ...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___

kesimpulannya....smoga hubungan suami isteri x jdi cmni pd diri kita ek...hmmm...nizubillah...pada si isteri yg dapat suami cmnih...diharap dapat bersabar...huhuhuuh,, ;P

Friday, May 8, 2009

Kurang Dengar.....huhuhuhuu

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran."Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor."Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.""Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu awak akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya."Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Tuesday, May 5, 2009

Musuh dan Sahabat Iblis............



PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLISTelah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya.




Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis.""Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya,




"Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"Iblis menjawab, "Lima belas."




1. Engkau sendiri hai Muhammad.


2. Imam dan pemimpin yang adil.


3. Orang kaya yang merendah diri.


4. Pedagang yang jujur dan amanah.


5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.


6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.


7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.


8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.


9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.


10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.


11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.


12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.


13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.


14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.


15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.




Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-




1. Hakim yang tidak adil.


2. Orang kaya yang sombong.


3. Pedagang yang khianat.


4. Orang pemabuk/peminum arak.


5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.


6. Pemilik harta riba'.


7. Pemakan harta anak yatim.


8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.


9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.


10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.




Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah. Wallahualam.....

Kerana Nyamuk...... ;P

Tentera Allah (Nyamuk)Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : ¿Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini¿Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : ¿Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk¿Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : ¿Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?¿ Allah SWT berfirman : ¿Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz¿Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : ¿Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya¿Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH....

Salwa si guru kaunseling sekolah...... ;P


Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan
Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?
Pelajar itu menjawab..
Okey.. boleh saja !
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?
Kerana jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan
Saya adalah penjaga gol!

Harimau.....Tikus...Buaya dan Madu.....

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.
Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni.Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu."Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya."Macam mana nih..."Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Brake bas dan loceng....huahuahuahuha..!!

Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2Jarak diantara rumahnya dengan bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yang turun maka pemandu pun meneruskan perjalananPak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yang turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas...lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dengan nada yang marah.. Siapa yang suka-suka tekan loceng bas ini..hah!!!Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yang melakukan perkara tersebut..Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti Kenapa pakcik tak turun??Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sebab bila saya tekan saja loceng..bas mesti berhenti..!! !



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...




1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.




2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.




3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.




4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.




5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.