MashaAllah lamanya ku biarkan blog kesayangan ni bersawang 😅 Last posting tentang pengalaman menunaikan umrah pada tahun 2013.
Alhamdulillah masih sihat tubuh badan hari ni (walaupun baru lepas kebah demam minggu ni dek penangan 3rd dose booster vaccine Pfizer - insyaAllah nanti akan dikongsikan di ruangan posting yang lain).
Posting pertama selepas 8 tahun yang kuberi nama dilemma anak sulung perempuan. Sebenarnya dah lama terpendam di dalam hati. Sejak 3-4 tahun ni dan adik2 semakin membesar, terasa beban di bahu sedikit terasa. Terutama bila ia berkaitan tentang urusan jodoh dan perkahwinan. Sehingga hari ni, 31 tahun aku masih belum pernah berkahwin. Dan adik2 semuanya perempuan tidaklah jauh bezanya dengan usia aku, juga masih belum berkahwin. Fasa usia mencari jodoh kata orang kata.
Aku mendapat khabar berita, ada adikku yg bercinta dengan pak arab baru2 ni. Perkara pertama yang aku lakukan, tepuk dahi 🤦🏻♀️ Benar, nak berkahwin dengan pak arab tak salah. Tapi kisah di sebalik pertemuan dan beberapa petunjuk yang ada memberi kegusaran di hati aku. Aku cuba untuk husnuzon, dan jadi positive tapi tetap rasa something is wrong. Antara info yg aku terima dari adik aku,
1. Mereka berkenalan di alam maya. Dating app (nama dirahsiakan).
2. Katanya mamat tu mempunyai restaurant nasi arab. Pernah sekali adik dan housemate dia terjah restaurant dia, tapi mamat tu tak ada. Bila call, msg dia kata ada hal. Okay maybe lah betul2 ada hal. 2nd time dia terjah mamat tu still tak ada. Call tak angkat, msg tak reply. Bila adik balik, baru dia call kata dia keluar jumpa kawan. Phone teringgal. Macam pelik. Kalau jumpa kawan, katakanlah jumpa dkt kedai makan ke mana2, mesti nak guna mysejahtera kan? Dah 2 kali jadi. Aku dah nampak red flag dah dekat sini. Betul ke tu kedai dia? Ke tukang masak je?
3. Last 2 weeks mereka keluar dating dekat kawasan sungai sempadan Perak - Selangor. Katanya picnic. Aku tak tau dia pergi berdua atau ada kawan teman. Bila aku tanya dia tukar topic. Dia post gambar balik dari picnic teman laki tu jumpa kawan arab lain dkt restaurant. Perkara pertama yang aku nampak, pak arab tu pakai seluar pendek setengah peha! Berduyun komen aku dengan Mama masuk. Abah tak cakap banyak cuma Abah pernah cakap kawin dengan melayu je kenapa nak orang luar? Part ni aku dah susah hati. Aku cuba tak nak pikir tapi benda tetap ada rolling dalam kepala ni. Semalam aku call Mama, aku cakap Mama kena berkeras nasihat dia, tapi Mama jawab kalau dah jodoh dia biarlah. Nak buat macam mana. Jangan dengki. Tap! Rasa macam kena tampar angin. Tak terasa di pipi. Tapi terasa di hati. Dengki? Demi Allah aku bukan dengki. Tapi sebab nature aku rasa nak protect adik2 aku dari benda2 yang mungkin akan terjadi kalau tak berhati2. Aku tahan tangis aku semalam. Sabar hati. Sabar.
4. Kita sambung ke point terakhir. Adik pernah cerita dia selalu dapat call dari Umi dia. Bila time diaorg keluar, kalau Umi dia call dia akan bangun dan duduk jauh. Kalau betul Umi (seorang ibu), memang kena duduk jauh ke? Kan cakap arab? Adik aku ni bukannya paham. Ke bini? Takut dengar suara perempuan duduk dekat 💁🏻♀️ Another red flag 🙅🏻♀️
Aku sedar diri. Dah umur 31 masih tak kawin2 lagi. Tapi sibuk nak nasihat orang pasal jodoh. Ye tau. Bila jadi macam ni kadang2 aku rasa macam nak give up lantak korang lah nak buat apa. Malas ambik tahu. Tapi aku tau. Kalau aku buat macam tu, kalau jadi apa2, akan jadi 2 perkara. Satu, parents akan salahkan aku sebab tak halang ke, bagi amaran sebelum ni. Dua, adik aku akan datang dekat aku meluah perasaan menangis2, sampai aku pun affected. Aku tak nak tengok parents aku susah hati. Ada je yang kata aku ni overthinking. Aku jadi macam ni sebab aku pernah kena. Bercinta tapi ditipu. Rupanya dia laki orang! Orang melayu je pun. Lepas jadi macam ni aku jadi takut sangat. Bila umur dah bertambah ni nak bercinta, kena hold perasaan suka tu dulu. Selidik betul2 dulu latar belakang dia. Bukan macam zaman kita muda2 dulu. Kalau bercinta InsyaAllah bukan dengan laki orang lagi. Bukan kena selidik yang lelaki je. Bercinta dengan orang perempuan pun sama. Check betul2, tu bini orang ke, tunang orang ke. Dekat office ni ada je kes bercinta dengan bini orang. Nauzubillah. Aku tak paham apa yang perempuan ni pikir sampai sanggup buat laki dia macam tu.
Aku tak boleh tengok parents aku susah hati sebab aku akan sangat terkesan. Rasa depressed! Kadang2 lepas solat isyak aku saja duduk lama aku cuba lapangkan fikiran. Allah belum kurniakan aku jodoh seorang suami sampai hari ni sebab Allah tahu aku tak cukup kuat nak berhadapan ujian perkahwinan 😢. Aku redha. Aku percaya takdir Allah. Aku bukan terima bulat2 tak usaha takdir ni. Berapa ramai lelaki yang aku jumpa, semuanya buntu. Tahun 2019 dengan tunang orang. Tahun 2020 dengan laki orang. Lepas tu aku nak berehat tak nak pikir pasal ni lagi. Penat sebenarnya nak menangis dan comfort kan diri sendiri. Hati dah banyak kali terluka. Kalau Allah kata belum sampai masa, atau tak boleh tetap tak boleh. Siapa kita nak melawan takdir. Usaha doa2, baik di waktu mustajab berdoa dan doa yang aku sampaikan di Mekah sendiri pada tahun 2012, 2013, 2014, 2017. Dan parents menunaikan haji pada 2015 pun sama, disampaikan doa aku yang mahu bernikah ni. Semuanya masih belum bertemu jawapan. Tak apa. Percaya dengan Allah. Sabar dan teruskan berdoa.
Cuma ada ketika emosi yang tidak stabil ni buatkan aku beremosi. Waktu ni kita kena kuat. Kuat untuk tenangkan hati agar kuat dan kental dengan ujian hidup. Berkait pula dengan masalah kesihatan. Aku luahkan pada kawan2 baik dan Mama agar tidak terbeban dalam hati. Tapi tak semua aku luahkan. Tempat utama luahan berlaku di atas sejadah. Usai solat malam. Luahkan semuanya. Rasa sedih. Rasa kecewa. Rasa hidup tak berguna. Rasa hidup membebankan. Aku luahkan semua. Alhamdulillah rasa lega. Sebab segala luahan ni tak mampu aku ceritakan pada sesiapa.
Aku harap Allah berikan hidayah dan petunjuk untuk adik aku dalam urusan jodoh dia. Doaku, “Ya Allah, jika lelaki ini membawa mudarat kepada adikku, keluarga ku dan agama kami. Kupohon agat kau berikan kepada adiku petunjuk dan jauhkanlah dia dari kami semua.” Amin y.r.a.
Salam sayang,
Cik Ezfa
30 Oct 2021